Mendaki Gunung Angsi Kali Kedua

Gunung Angsi salah satu gunung yang popular di kalangan pendaki yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kalau tak tahu, senang cerita dekat Hutan Rekreasi Ulu Bendul. 

Tinggi Gunung Angsi

Ketinggian Gunung Angsi 825 meter (2702 kaki) dan laluan trek sepanjang 4.5 kilometer untuk sampai ke puncak.

Pertama kali mendaki Gunung Angsi pada May 2016. Pertama kali mendaki Gunung Angsi dan pertama kali mendaki gunung. Kalau tak, layan mendaki bukit je lah mampu. Sesekali nak cuba pengalaman mendaki gunung pula.

23 Disember 2017 lepas, saya mendaki Gunung Angsi sekali lagi untuk kali kedua dengan encik suami dan adik ipar. Bila dah ada pengalaman mendaki gunung yang sama, rasanya kurang sikit masalah daripada yang sebelum ni. 

Cuma yang merisaukan kalau tak cukup stamina. Almaklumlah, lately jarang benar nak workout. Memang lansung tak buat aktiviti sukan pun. Memang pancit rasanya kalau nak mendaki gunung.

Gunung Angsi

Kali ni mendaki tak buat prepation sangat. Tidur pun tak cukup sebenarnya. Kiranya saya redah je la mendaki kali ni. Kuatkan semangat je la. Banyak yang dah baru di Gunung Angsi ni. 

Pondok pengawal dan toilet pun dah baru. Nampak sangat lama tak jejak sini. Kalau tak mendaki memang tak tahu lah.

Gunung Angsi
Untuk beginner, bolehlah ambil tahu trail mendaki Gunung Angsi ni

Sekarang dah ada D'Smart Trail Gunung Angsi. Memudahkan pendaki untuk mendaki dan turun tanpa risau sesat. Ikut je tanda yang diletakkan pada laluan tu. Jangan pandai-pandai ikut jalan lain ye. Ikut jalan lain, kalau sesat sila salahkan diri sendiri.
 
Gunung Angsi

Permulaan trail, kau orang akan mendaki tangga yang curam ni. Lepas tu bermulalah trail pacak. Keadaan trail selanjutnya kau orang boleh baca entri pertama kali saya mendaki Gunung Angsi ni. Saya dah cerita semuanya. Malas nak ulang cerita lagi.

Kali ni ceritanya agak berbeza sebab saya kurang berhenti. Entah macamana stamina boleh kuat semacam je mendaki kali ni. Mula mendaki jam 8.++ pagi dan sampai 10.++ pagi. Pecah rekod sebelum sampai 3 jam mendaki. Fuhhh..tahniah untuk diri sendiri.
 
Gunung Angsi

Pendakian kali ni mencabar sikit sebab trail agak lecak disebabkan hujan sebelum tu. Pakai pula kasut untuk running bukan hiking. Memang risau tergelincir je lah. Syukur ada Trekking Pole! 

Sampai puncak macam biasa makanan saya coklat je la. Kalau kau dah penat takda makna berselera nak makan macam-macam. Bekalan coklat dan air yang banyak dah cukup dah.

Gunung Angsi

Alhamdulillah pendakian kali ni berjaya dengan jayanya tanpa banyak berhenti rehat. Sakit kaki pun macam kurang sikit. Pergghh..sis kuat betul kali ni. Nampaknya bolehlah plan mendaki gunung lagi lepas ni. 

Untuk tahun 2018 ni nak mula mendaki Gunung apa ya? Mungkinkah Gunung Datuk untuk kali ketiga??? Dengar-dengar Gunung Angsi dah ada tangga baru? Itu yang buat macam nak hiking up Gunung Datuk lagi tapi ada kekuatan ke tidak tak tahu lah. 

Gunung Angsi

Semoga terus ada kekuatan nak mendaki gunung lagi. Seronok mendaki bila berjaya sampai puncak! Lagi best boleh menyihatkan badan. Masa ni lah nak menguji kekuatan fizikal dan mental biar seiring.

2 comments:

  1. Kawan saya dah ramai pergi sini. Saya je tak pernah jejak kaki ke sini lagi.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.