White Coffee 7Eleven RM3 Pun Sedap!

Selamat pagi! Pagi-pagi ni kalau pekena kopi secawan memang umphh. Bagi penggemar kopi mesti ada sejenis kopi yang menjadi favourite kau orang kan wahai pencinta kopi. Starbucks, Costa dan beberapa lagi adalah kopi premium yang mahal. Kalau nak minum setiap hari boleh rabak poket dibuatnya. Well, kita ada banyak pilihan kopi yang sedap, salah satunya Kopi panas RM3 yang dijual di 7-Eleven. 

Walaupun hanya RM3 tapi rasa sedap kopi dia boleh tahan. Paling Favourite white coffee. Pernah cuba teh tarik tapi tawar ya amat! Memang tak boleh masuk ke tekak. Sudahnya kalau ke 7 Eleven beli white coffee je lah yang rasa macam okay untuk tekak sendiri.



Agak-agak pagi tu tak sempat nak sediakan breakfast boleh singgah 7-Eleven dalam perjalanan ke tempat kerja. Bolehlah cuba rasa Premium Roast Coffee yang terbaik 100% kopi Arabica dari Colombia dan Brazil katanya. Untuk premium ada satu saiz je 8oz dan untuk regular ada 2 saiz iaitu 12oz dan 8oz.

Susah nak tepis bau kopi?
Bau Kopi dia memang best! Mana ada bau kopi yang tak best kan? Aroma dia tak mampu nak menolak. Itu yang susah tu yang jauhkan kopi. Tapi minum kopi kena berpada-pada jugalah. Jangan kerap sangat minum sehari bercawan-cawan sebab akan menjejaskan tahap kesihatan badan. Ada orang kalau tak dapat minum kopi boleh stress dibuatnya. Jenis Fiza, kalau pening kepala minum kopi boleh terus okay tak perlu telan panadol.

Lupakan Minuman 3 in 1!
Sipa pencinta kopi? Kita geng! Cuma sekarang Fiza dalam proses kurangkan minum kopi. Tambah-tambah lagi kopi 3 in 1 yang sememangnya kita tahu memang tak bagus untuk kesihatan. Tahu tentang itu tapi itulah yang sedap kan? Kena sedar dari awal. Sekarang misi untuk menghabiskan stok yang ada, then lupakan secara berperingkat. Cewahhh, siap ada berperingkat lagi tu. Ye lah, bukan mudah nak move on, ye tak? 

9 comments:

  1. selalu nmpk kat 7e,tapi tak pernah pula nak cuba..mungkin kne cuba selepas ni

    ReplyDelete
  2. i dont drink coffee haha so x dpt la nak try.

    ReplyDelete
  3. wah 7E pun dah ada selalu nampak kat petronas jew.

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhhh fav sangat2 kopi nih..kite pun sukaaaaaaaaaaaa sangat kopi... tp skrg mmg dlm proses nak kurangkan kopi..dulu tiap2 pagi minum kopi...baru rasa complete jadual utk 24 jam tu..tp skrg dah selang selikan..azab jugakkk nak tahan nepesu dr mengopii..hahahah

    ReplyDelete
  5. busyra kurang sikit kopi. tp tengah2 malam kalau nak stay up pilih jgk kopi. hehe

    ReplyDelete
  6. i am coffee lover to ;)
    tapi skrg Qekra dah beralih minum Min Kaffe jer.
    utk kesihatan...

    tapi sesekali layan tekak jugak test kopi macam2 hehe...

    ReplyDelete
  7. Yeah!! Sep sikit.. Sha pun dah stop minum 3in1.. Jenuh juga nak control nafsu.. Sesekali kalau nak minum kopi baru beli.. Nanti bolehlah try yang 7eleven punya ini..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.