April Not Fool

Zaman sekolah dulu bila tiba 1 April ramailah kawan-kawan plan nak pedajal kawan masing-masing. Salah satunya sangkut beg kat tiang bendera, sorokkan barang kawan-kawan dan macam-macam lagi bentuk gurauan yang boleh mendatangkan marah. Tapi itu dulu lah zaman sekolah yang mana masing-masing belum cukup ilmu agama di dada lagi. Plus, belum cukup matang! Tahu nak seronok kenakan orang je.

Bila dah meningkat usia dan bila dah tahu segala hukum hakam, takde dah kejadian 'bodoh' yang berlaku lagi. Baguslah kalau begitu. Kalau dah tahu yang mana buruk tu tak perlu dah jadi ikutan. Betul tak? Atau masih ada yang tak tahu lagi tentang budaya april fool ni? Sedia maklum kita tahu yang april fool bukan budaya kita dan bukan budaya yang bagus.

April fool adalah budaya dari barat dan islam sangat melarang umatnya melakukan perbuatan mengenakan orang lain dengan sengaja walau dalam bentuk apa sekalipun samada bergurau ataupun sebaliknya. 


Walaupun mangsa yang dikenakan tu tak kisah tapi memang tak patut dibuat. Jadi, sila batalkan niat untuk mengenakan seseorang okay meskipun bukan hari ni. Well, apa yang menarik bulan April ni?

14 April, Sabtu Israk dan Mikraj -Kedah, N. Sembilan & Perlis
15 April, Ahad Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
26 April, Khamis Hari Keputeraan Sultan Terengganu -Terengganu

Selamat bercuti untuk warga negeri yang terlibat dan selamat menunaikan ibadah puasa di dalam bulan Rejab. Puasa jangan lupa ganti ye.

11 comments:

  1. Oo..kalau nak cuti juga kena potong cuti la jawabnya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan. Kalau tak, ena tak tahu April Fool ni tak baik org Islam sambut. Terima kasih sangat sangat. Nasib baik tak buat

    ReplyDelete
  3. hihi, kite pun dok tgh puasa ganti ni hah..baru 2 hari ganti, berbaki lagi 3 hari ni..

    ReplyDelete
  4. kita tak perlu nak fool diri sambut april fool ni kan...emmm...

    ReplyDelete
  5. dari dulu tak pernah pun buat prank. Malas satu hal, tak kelakar satu hal

    ReplyDelete
  6. Ramai lagi yang masih tak tau tentang april fool tu. Dorang suka suka kenakan orang padahal islam melarang perlakuan macam tu.

    ReplyDelete
  7. ya, kita sekarang lebih tahu mengenai april fool tu. rasanya dah tak dengar gurauan april fool nih..

    ReplyDelete
  8. makin besar ni bila dah masuk april takde pape prank prank pula..masing2 sibuk kekadang tak perasan dh berapa hb.. bila gaji je ingat heheh

    ReplyDelete
  9. memang tersengih-sengih juga bila ingat time sekolah dulu.. bila 1 april je, mesti 'dikenakan' atau 'mengenakan' orang haha. tapi sekarang idok le.

    ReplyDelete
  10. Kak Sue pun pernah juga terkena April Fool nie, tapi tak ada lah sampai mudarat. Sekadar usik-usik manja.. Sekarang nie dah ramai tahu hukum, dah kurang kan..

    ReplyDelete
  11. Masa sekolah dulu memang selalu kena dengan kawan akak...Kita duk percaya apa dia cakap sekali dia gelak sambil cakap April Fool. Eh saki pulak hati kita nih kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.