Header Ads

Gunakan Sepenuhnya Compose New Post Sebelum Publish

Selama berpengelaman dalam design dan edit blog blogger-blogger lain, Fiza perasan ramai blogger tak menggunakan sepenuhnya features yang ada dalam compose new post untuk publish entri. So, sajalah nak ingatkan semua blogger supaya menggunakan apa yang ada dalam compose supaya entri tu lebih berkualiti, menarik dan blog lebih mesra pembaca nanti. 


Labels
Melabel adalah kerja paling penting seorang blogger perlu buat sebab dengan label-label ni memudahkan kerja kau orang untuk susun artikel mengikut label/tag/categories. Dan setiap menu categories ni akan berada dibawah satu link. Link tersebut boleh digunakan/dijadikan sebagai salah satu menu dalam menu bar di dalam blog.

Permalink
Jangan pandang remeh tentang permalink ni sebab permalink juga memainkan peranan untuk SEO (Search Engine Optimization). Biasanya permalink ni automatik generate daripada tajuk yang kau orang buat. Contohnya tajuk "resepi kek coklat sedap resepi bonda" dia akan jadi resepi-kek-coklat-sedap-resepi-bonda. 

Tapi kalau tajuk panjang sangat dia akan ringkaskan. Kadang-kadang nampak tergantung kalau tajuk panjang sangat. Jadi, kau orang boleh customize permalink tu menjadi lebih ringkas dan lebih menarik. Klik je custom permalink tu dan taip. Klik done.

Search Desription
Search description ni ramai juga blogger abaikan dan tak tulis lansung. Mana-mana yang tak tulis tu, rajin-rajinlah isi kan dengan description artikel yang boleh membantu artikel tu lebih mesra SEO ye. Letak ringkas pun dah memadai.

Sekian tips dari Fiza, jika berguna. Sila like dan share. Kalau ada tips lain, bolehlah kongsikan dalam ruangan komen dibawah. Jom sama-masa majukan blog kita.

هناك 17 تعليقًا:

  1. Alhamdulillah tq for sharing fiza. Tiga benda tu memang akak selalu buat setiap kali nak compose entri. Senang di kemudian hari hehe

    ردحذف
  2. Terima kasih untuk tips yang bagus. permalink tu jew miza selalu terlepas pandang lepas ne nak check elok-elok

    ردحذف
  3. antara benda yang paling penting dalam menaikkan ranking SEO entri kita adalah no.2&3. very good sharing kak fizah :D

    ردحذف
  4. tq fiza.
    lama x jejak sini.
    makin cantik blog fiza ni :)

    ردحذف
  5. Info yang bagus, memang ada gunakan cuma Permalink jer jarang guna. lepas nih kena biasakan diri guna juga.

    ردحذف
  6. Permalink tu akak tak pernah buat tau..label memang tetap,cuma description kadang buat,kadang tak..thanks fiza sharing info ni

    ردحذف
  7. Tak pernah buat yang search description tu. Mungkin lepas ni saya boleh cuba. Thanks for sharing this kak Fizah ^^

    ردحذف
  8. Thanks for sharing.
    Permalink tak pernah buat. Okay lepas ni nak try.
    Description tu biasanya Mrs. A letak description untuk keseluruhan niche blog

    ردحذف
  9. Ooo camtu ke. Ok.. thanks Fiza. Gud info

    ردحذف
  10. ha, search desc tu tau dari sifu HH, start dari situ sentiasa tulis dalam tu..
    permalink blum pernah guna, mmg nk kena godek untuk manfaatkan 100% =)

    ردحذف
  11. 1 & 3 tu mmg wat. Permalink tu tak pernah ubah lak. nti nak try. thanks share tips ni :)

    ردحذف
  12. huhu. mek tk guna pun. thanks for the info.

    ردحذف
  13. tq sharing fizah. haah memang ada tak buat..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.