Original Cake Sedap ke Tak?

Original cake Taiwan pernah viral satu ketika dulu masa mula-mula masuk pasaran di Malaysia. Sejak wujudnya kedai original cake memang ramai berlumba-lumba nak mencuba rasa. Bila dah viral, tak sah kalau tak beratur untuk dapatkannya. Viral pun sebab ada satu video cake gebus gebas tular di media sosial. Siapalah yang tak tergoda tengok cake gebus gebas macam dalam gambar ni kan.

Fiza antara orang yang terlambat baru nak mencuba. Baru-baru viral memang susah nak dapat nak kena beratur bagai. Bila dah kurang viral ni tak payah beratur pun takpe, senang nak membeli. Fiza beli kat Original Cake, IOI City Mall. Jenuh juga mencari kedai ni. Akhirnya jumpa juga. Sampai je kedai ni, kebetulan cake baru siap di letakkan atas table top untuk di potong. Nampak tak betapa besarnya kek ni.


Bila dikeluarkan dari oven tu, perghhh bau telur dia memang semerbak baunya. Kau orang tahu je la bau telur macamana kan. Bau hanyir telur tapi bila kau nak sangat rasa, tolak tepi dulu bau telur tu dengan harapan dah jadi kek gebu tu kurang lah kot rasa telur tu. Disebabkan nak rasa, Fiza beli original cake yang berharga RM15 untuk satu potong besar. Tak silap Fiza ada dua lagi kek iaitu kek coklat RM20 dan golden cheese (cake original letak cheese tengah² layer tu) RM25.


Tiba tiba ada pula menu lain "Dirty Bom" kat depan casher tu. Apa lagi, terus order juga sebab nak rasa. Harga dia RM6.90. Agak mahal juga harga dia dan saiz lebih kurang roti bun yang berintikan sambal ikan bilis tu. Mungkin dirty bom besar sikit dari saiz tu. Topping tu dia letak cocoa powder dan filling dia cheese leleh yang super sedap. Pejam mata je lah bayar sebab nak rasa punya pasal.



Bagi Fiza Original Cake ni, ikut tekak Fiza okaylah rasa dia tak rasa telur kuat sangat tapi bau telur tu memang melekat lah bau dia. Ye lah kan, bahan utama dia mesti menggunakan telur yang banyak untuk hasilkan kek gebu macam tu. Fiza paling suka rasa bahagian tengah tu sebab sangat lembut dan sedap. Bahagian atas berkerak tu agak tak best pada Fiza. 

Paling tak best kek ni tak boleh simpan lama. Sebaiknya beli terus makan habis sebab masa Fiza simpan esoknya dah mula berkulat disebabkan kek ni terlampau lembap. Tentang harga, Kira berbaloilah beli masih mampu nak beli dan rasa. Dirty bom tu pula kena beli terus makan juga sebab kalau lambat makan roti dia tak sedap. Tapi filling cheese dia memang tip top. Dirty bom ni dah jadi trend juga sekarang ni dan bermacam-macam nama ada. Trademark dia kalau makan wajib comot-comot satu muka.

So, kau orang yang pernah rasa original cake ni apa pendapat kau orang pula. Sedap ke tidak? Atau bau telur je terus tak jadi beli :p

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.