Aktiviti Hari Merdeka

Tanggal 31, Bulan lapan lima puluh tujuh. Merdeka! Merdeka!,Tetaplah merdeka, Ia pasti menjadi sejarah. Sampai je hari Merdeka, mulalah berkumandang lagu Tanggal 31 ni dan secara automatik mesti akan nyanyi lagu ni dengan semangat. Semangat Merdeka lah katakan. Bagi warga emas yang pernah hidup pada zaman penjajah dulu memang faham benar erti Merdeka yang sebenar. Cuma generasi zaman sekarang kebanyakkannya kurang faham erti Merdeka yang sebenar. Iyalah, lahir-lahir Malaysia dah aman. Itu pentingnya belajar sejarah zaman sekolah. 


Faham atau tidak, sebagai rakyat Malaysia kena tahu juga serba sedikit tentang Hari Merdeka Malaysia ni. Well, macam biasa sambutan hari merdeka ada banyak aktiviti. Yang biasa kita nampak menjelang merdeka adalah letupan bunga api dan pada hari merdeka ada perarakan di Dataran Merdeka, persembahan nyanyian dan sebagainya. Peringkat sekolah jangan cakaplah, sehari sebelum merdeka dah sambut awal dan tentulah sangat-sangat meriah dengan kibaran bendera di setiap sudut selagi boleh dikibarkan bendera.

Apa aktiviti hari merdeka kau orang? Hari merdeka merangkap hari cuti dah sah-sah hari jammed semalaya. Hari yang ramai keluar dalam satu masa dan hari ni Fiza dan husband stay kat rumah je menghabiskan masa dengan berehat kat rumah je. Entah kenapa rasa mood malas nak keluar rumah memandangkan semua orang update jammed sana sini. Plus, Fiza pun kepenatan menghadap coding blog yang memeningkan kepala. So, Hari merdeka hari untuk kami orang berehat seketika sambil layan movie.

Selamat Hari Merdeka Malaysia ke 61 tahun. Moga Malaysia terus aman makmur dan rakyat berbilang kaum dan agama bersatu padu demi Malaysia tercinta.
#proudtobeMalaysian

7 comments:

  1. sayang Malaysiaaa <3 eh eh. busyra lama tak singgah sini. blog berwajah baru. cantik dan simple. <3 love!

    ReplyDelete
  2. kita duduk rumah je lah, jaga baby kecik ... tak pi mana mana pun...anyway, selamat hari merdeka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk rumah rehat rehat pun seronok kan..ada baby lagilah seronok :)

      Delete
  3. wah seronok buat aktiviti macam ni... bila dapat peluang macam ni gak

    ReplyDelete
  4. Duduk rumah aje kita Hari Merdeka hari tu. Heheh. Tengok sambutan dekat tv aje.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.