Althea Real Fresh Skin Detoxer 2 in 1 (10 seconds Mask & Cleanser)
"Happy 3rd Birthday ALTHEA!". Memperkenalkan Althea Korea's new baby iaitu Real Fresh Skin Detoxer sempena #altheaturns3. Sebelum ni gossip tentang Althea Korea's baby Bare Essentials line memang hangat diperkatakan dan sehingga sekarang ramai yang jatuh cinta dengan simple skincare tu. Memang best sangat! Dah cuba baru tahu.
Terbaru, Althea Korea keluarkan Real Fresh Skin Detoxer 2 in 1 ( 10 seconds mask & cleanser). Satu produk skincare pembersih muka yang sangat menarik untuk dicuba sebab cara penggunaannya sangat berbeza pembersih (cleanser) yang lain. Nak tahu apa yang menarik tentang Real Fresh Skin Detoxer ni, kau orang kena baca sampai habis.
ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER
Seperti yang kita semua tahu, detoxer adalah proses mengeluarkan kotoran. Jadi, fungsi Real Fresh Skin Detoxer ni adalah untuk mengeluarkan segala kotoran dan sebum daripada liang roma kulit muka untuk memudahkan penyerapan nutrisi ke dalam kulit. Hasilnya akan membuatkan kulit terasa segar, lembut, licin dan sihat selaras dengan namanya iaitu REAL FRESH SKIN DETOXER. Didatangkan dalam dua versi iaitu Rose (skin refining) dan Green Tea (skin purifying) yang boleh digunakan sebagai rutin penjagaan muka setiap hari dan penggunaannya cuma 10 saat sahaja.
ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER-ROSE
Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose disarankan untuk digunakan sebagai pembersih pada waktu pagi.
Real rose petals - Gently exfoliates the skin and gives a light, pleasant fragrance
Rose extract - Deeply hydrating and soothes irritations, refines the skin and smoothens rough textures
Glycerin - A humectant that attracts moisture to the skin, preventing dehydration
Ruang tulis tarikh setelah dibuka |
ALTHEA REAL SKIN DETOXER-GREEN TEA
Althea Real Skin Fresh Detoxer Green Tea pula disarankan digunakan pada waktu malam untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulit sepanjang hari. Didatangkan bersama dengan kepingan teh hijau yang sebenar bersama serbuk teh hijau halus yang membantu untuk membersihkan kulit dengan lebih berkesan. Kotoran yang halus pun mampu disingkirkan untuk mengelakkan liang pada kulit tersumbat.
Jika Real Fresh Skin Detoxer Rose dengan kelopak bunga ros sebenar, manakala Real Fresh Skin Detoxer Green Tea pula dengan teh hijau yang berasal daripada Pulau jeju serta menggunakan ekstrak teh hijau muda. Sangat kaya dengan vitamin C dan antioksidan bagi membantu melindungi kulit serta mencerahkan kulit.
Real green tea leaves - Gently exfoliates the skin and gives a light, pleasant fragrance
Green tea extract - Contains vitamin C and amino acids to purify and strengthen the skin
Glycerin - A humectant that attracts moisture to the skin, preventing dehydration
Ruang tulis tarikh selepas dibuka |
Yes, only 10 seconds wash off mask for daily routine |
Ingat, simpan di tempat yang betul. |
CARA MENGGUNAKAN ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER
1. Pastikan kulit muka kering terlebih dahulu, sapukan real fresh skin detoxer dengan lapisan tebal pada keseluruhan muka dan biarkan selama 10 saat.
2. Basahkan tapak tangan dan kemudian urut perlahan dalam gerakan membulat. Kemudian bilas dengan air bersih.
Nota : Kalau kau orang guna pencuci muka yang lain, boleh cuci muka seperti biasa kemudian biarkan kering sebelum menggunakan real fresh skin detoxer.
APA YANG MENARIK TENTANG ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER
1. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit
2. Cara penggunaan yang sangat mudah untuk mereka yang sangat sibuk.
3. Pembersih muka 2 in 1 yang sangat berkesan menanggalkan kotoran dalam masa 10 saat!
4. Meninggalkan kesan kulit yang lebih segar, lembut, licin dan sihat.
5. Mengandungi bahan-bahan semulajadi dan bahan yang sebenar ( kelopak bunga rose dan dauh teh hijau yang terbaik)
KOMEN FIZA TENTANG REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE : Pertama kali bau pembersih ni Fiza dah terus suka sebab wangian Rose memang Fiza suka. Lagilah bau wangi rose di waktu pagi kan. Excited dan tak sabar nak cuci muka pada mulanya sebab nak tahu best ke tidak. Masa massage muka basah tangan tu lah saat paling best pada Fiza sebab buih dia yang pekat tu rasa nak menyental muka je. Fuhhh, lepas cuci muka dengan air lagilah best pegang kulit lembut dan rasa segar gila, of course! Sumpah tak tipu! Memang recommend untuk kau orang cuba.
KOMEN FIZA TENTANG REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA : Well, Fiza peminat air green tea dan memang suka bau green tea. Bau green tea rasa macam nak minum air green tea pulak, eh? Hasilnya sama juga dengan edisi rose, segar dan kelembapan kulit terasa selepas cuci. Cuma yang green tea terasa sikit cebisan green tea dan serbuk green tea tu macam scrub berbanding kelopak bunga rose yang lebih lembut. Apapun dua-dua memang best sangat buat kau orang tak sabar-sabar nak mencuci muka setiap hari. Cara penggunaan pun sangat mudah dan cepat hanya 10 saat je. Sesuailah untuk orang yang teramatlah sibuk. Bau dia pun boleh jadikan sebagai terapi gitu.
Terima kasih @altheakorea kongsikan tip kecantikan pagi dan malam ni dengan adanya REAL FRESH SKIN DETOXER. Kau orang boleh dapatkan di website dengan harga RM43 setiap satu. Tapi kalau beli 1 set sekarang tengah ada diskaun 10% dengan harga RM77.00.
Real Fresh Skin Detoxer Set (10% OFF) (150ml*2ea)- RM77.00
Real Fresh Skin Detoxer Rose (150ml)-RM43.00
Real Fresh Skin Detoxer Green Tea (150ml) RM43.00
Untuk pengetahuan semua, ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER adalah produk terbaru Althea yang berkolaborasi dengan Korea’s Top TV Program Get It Beauty! #AltheaXGetItBeauty
YANG TAK MENARIK TENTANG ALTHEA REAL FRESH SKIN DETOXER
Eh, jangan ingat benda baik takde keburukan. Ada! Yang tak bestnya Althea Real Fresh Detoxer ni cepat habis sebab guna hari-hari. Kemurungan tau kalau stok cepat habis. Macam sayang nak guna hari-hari tau. Sebelum habis tu kenalah restock awal. Beli 2 packs lagi jimat!
RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Affordable
Value For Money : Of course!
Akak belum guna lagi dua2 product ni..sibuk sangat lately..minggu ni nak guna la...
ReplyDeleteTakpe, later boleh guna kak :)
Deletewahhh cam best jerrr :)
ReplyDeletememang best awak! cubalah nanti :)
Deleteterbaek produk ni.. :)
ReplyDeleteMemang terbaik!
DeleteDah cuba dah ! Best sangat
ReplyDeleteyeay! memang best kan :)
Delete