Cara Redeem Points Kad Touch N Go PlusMiles

Memandangkan kesemua tol di seluruh Malaysia dah menggunakan elektronik sepenuhnya, kad Touch N Go tu memang wajib ada. Takde dah guna cash di tol melainkan untuk topup kredit kad Touch N Go ataupun baki tak mencukupi. Makin mudah kan? Tapi yang tak mudahnya bila nak tambah nilai sebab tak semua tol ada perkhidmatan tambah nilai tu. Kalau nak tambah nilai di stesen minyak/premis perniagaan ada yang mengenakan cas tambahan.  Satu kerugian walaupun hanya sen sen je.


Selain penggunaan untuk bayar tol, banyak lagi kegunaan kad Touch N Go ni iaitu untuk bayar parking, pembelian di farmasi, pasaraya dan sebagainya. Dan kalau nak gunakan kad Touch N Go, lebih baik gunakan kad Touch N Go PLUSMiles yang lebih menguntungkan kau orang jika kau orang kerap menggunakan tol setiap hari.

Kelebihan menggunakan kad Touch  N Go PLUSMiles.

5 % Toll Rebate

Setiap penggunaan RM100 dan ke atas, kau orang akan dapat 5% rebate tol dengan syarat perlu melalui tol highway PLUS, ELITE dan yang berkaitan.

Point Rewards

Point Rewards yang terkumpul boleh ditebus di pusat khidmat pelanggan. Untuk penggunaan kurang dari RM100, setiap RM1 yang dibelanjakan akan dapat claim point RM1=1point rewards PLUSMiles.

Discount Privileges

Dapat menikmati 30% diskaun di semua lokasi yang terpilih dan yang yang menerima penggunaan kad PLUSMiles.

Semak E-statement

Paling menarik, kau orang boleh semak penyata penggunaan kad Touch n Go secara online dengan syarat perlu daftar terlebih dahulu di website PLUSMiles. Dengan adanya E-statement ni sangat berguna kalau kau orang nak claim bila outstation. Selain E-statement boleh view transaction, redemption history, add PLUSMiles Card dan lain-lain.

Cara Daftar Kad PLUSMiles.

1. Daftar di https://plusmiles.com.my/user/sign-up
2. Verify akaun daripada link yang di emailkan
3. Log in akaun dan masukkan PLUSMiles number dan maklumat penting yang lain.

Bila dah berjaya tu, kau orang bolehlah view keseluruhannya penggunaan kad Touch N Go yang kau orang dah register secara online. Bila point rewards dah banyak, jangan tunggu lagi untuk redeem di pusat Khidmat pelanggan yang berdekatan. Tapi tak semua tol ada perkhidmatan untuk redeem point ni tau! Macam di Seremban ni cuma tol senawang je ada perkhidmatan redeem points tu. Kau orang boleh check di website PLUSMiles terlebih dahulu untuk pastikan kau orang pergi di tempat yang betul.

Cara Nak Redeem Points Reward PLUSMiles

Cara nak redeem points Rewards PLUSMiles senang je hanya perlu pergi ke kaunter Pusat Khidmat Pelanggan dan bawa kad PLUSMiles. Bagitau je nak redeem point. Boleh je orang lain redeem kan sebab kad PLUSMiles Fiza husband yang redeem kan. Tak sampai 5 minit dah siap! Dah boleh enjoy guna kad Touch N Go dengan redeem points tu. Yeay! Points rewards tu katanya hanya valid setahun. So sebelum expired baiklah pergi redeem. kalau tak, rugi lah!

Kalau dulu Fiza beli kad PLUSMiles kat Stesen Minyak Petronas. Tak pasti samada sekarang masih ada jual atau hanya jual di Pusat Khidmat Pelanggan sahaja. Boleh je cuba tanya kat Petronas atau terus ke office Pusat Khidmat pelanggan PLUS. Selamat berPLUSMiles.

9 comments:

  1. nice info sebab sebelum ni saya taktahu pun hehe

    ReplyDelete
  2. Uikk touch n go pun ada point ke.. baru tau ni.. nice info fiza :)

    ReplyDelete
  3. bestnya..macam dah lama tak guna ni...

    ReplyDelete
  4. What are the mechanism to claim plusmile points?
    Where can redeem?
    How to redeem?
    Any maximum duration to claim points?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.