Blog Sihatimerahjambu Kembali Merah Jambu

Aduh, dilema seorang blogger bila nampak template blog yang lebih cantik dan dah terbekenan di hati. Mesti tiba-tiba rasa macam nak tukar template baru je kan. Apatah lagi kalau template tu dah pakai lama. Sure ada rasa nak tukar rupa blog sekarang juga. Siapa macam tu? Kita geng! Susah kot nak setia pada template yang satu dalam jangka masa yang lama.

Kalau dulu sangat rajin tukar rupa blog. Paling tidak pun setahun sekali. Bila tahun baru rupa blog pun baru. Itu dululah, sekarang ni kena tengok mood. Kalau dah bosan, mulalah cari template blog baru. Ehem, bajet pun kena tengok dulu lah kalau nak melabur untuk rupa blog. Walaupun Fiza boleh design blog tapi sekarang Fiza dah tak buat design blog sebab customize blog ni makan masa untuk design dan edit coding bagai.

Bila charge sekian harga ada yang kata mahal. Mahal itu bersebab sebab tak mudah nak design. Fikirkan idea design dan juga kena edit coding agak memeningkan kepala kalau tak menjadi. Mungkin mereka tak faham. Yang pernah mengalaminya sahaja faham. Fiza pun malas nak pening kepala dah. Sekarang beli dan download je ready made template di internet. Pilih je mana suka! Inilah rupa baru blog Sihatimerahjambu. Barulah merah jambu!


Jenis Fiza, tak download template blog free sebab beli template premium lebih ada value dan ada keistimewaan sikit. Sesekali melabur untuk blog tak salahkan. Tapi kalau takde bajet, okay je guna yang free. Takde masalah pun. Ikut masing-masing punya cara dan citarasa. Tak perlu pertikaikan dan tak perlu kecam sesiapa pun. Kalau ada yang nak order design blog dengan Fiza, Fiza akan sarankan beli terus dari internet sebab Fiza perasan blogger dah ramai guna template yang responsive dan minimalist design.

Fiza pun taknak ketinggalan, nak juga gunakan template responsive dan masih maintain dengan minimal design seiring dengan peredaran zaman blog. Bila beli template ni Fiza suka customize bagi nampak unik dan lain daripada yang lain. Iyalah kan, siapa yang suka kalau sebijik sama dengan yang lain. Mesti nak kelainan sikit untuk gambarkan identiti sendiri.

Kalau ada blogger yang nak sama sebijik design dengan Fiza, memang Fiza tolak permintaan tu. Sebabnya Fiza tak suka sama. Walaupun lebih mudah buat kerja copy paste tapi when i say 'NO' is No lah. Sorry ya. Kalau kau orang pun mesti tak nak sama dengan orang lain. Betul tak? Kalau kau orang nak beli template tu silalah hadam betul betul setiap details yang diberikan tu.

Perati dan preview live blog supaya nanti lepas dah beli kau orang tak menyesal. Contohnya bila live preview ada read more sedangkan dalam details tu bukan auto read more, kena buat secara manual dengan klik jumplink masa compose entry. Ahh sudah, rugi dah membeli sedangkan kau orang nak template yang auto read more. Nampak tak betapa pentingnya membaca dan fahamkan.

Tapi iyalah kan, template yang ready made ni tak semua yang ada dapat memenuhi citarasa kita. Mesti ada beberapa bahagian nak kena edit ikut citarasa sendiri. Kalau setakat tukar warna takde masalah. Tapi nak tukar font, tukar style itu ini agak mengambil masa. Fiza nak siapkan blog sendiri pun ambil masa, inikan nak buat blog orang lain yang macam-macam permintaan. Kalau Fiza boleh buat okaylah tapi kalau tak boleh buat ambil masa try and error sampai berjaga malam lah nak siapkan.

Eh, membebel pulak kan. Balas dendam dah lama tak membebel dalam blog. Well berbalik semula rupa blog Fiza kali ni Fiza pilih warna merah jambu semula. Fiza decide tukar rupa baru masa hari merdeka tu. Sajalah ambil mood hari merdeka tukar template blog. Ambil aura merdeka sikit supaya ada mood lebih nak update blog lepas ni. Walaupun Fiza tahu banyak kesan lepas tukar template blog ni.  Demi melayan kata hati yang dah jatuh hati dengan template yang sangat unik dan sangat menepati mood buat masa ni. Apa pendapat kau orang tentang rupa blog baru ni?

Tak jauh beza sangat pun dengan template lama. Tetap minimal, gunakan font yang sama, warna berbeza dan layout pun berbeza. Sayang sebenarnya template yang lama. Tapi itulah kan, kalau dah terberkenan selagi tak dapat tak senang duduk gitu. Kalaulah Fiza terlebih pandai bab coding ni memang Fiza susun elok-elok layout macam yang Fiza nak. Tapi itulah, tak berapa nak hadap sangat coding ni jadi pening. So kita gunakan je lah mana yang ada tak perlu pening-pening. Kalau bosan, tukar lagi. Err...



Kalau kau orang berminat untuk hire Fiza belikan, install dan edit template dari internet boleh contact Fiza terus dan Fiza akan kongsikan link untuk pembelian template. Charge editing dan design simple header Fiza charge murah je. Tapi kena bagitau dulu nak edit yang macamana. Kalau Fiza boleh buat baru proceed. Kalau tak, surrender awal-awal lah. 

12 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.