Carbonated Scoria Bubble Mask Pack :

Seperti yang dijanjikan, Fiza akan review satu persatu Althea Beauty Haul yang baru Fiza unboxing baru-baru ni. Fiza akan review produk yang menarik untuk dikongsikan dengan kau orang semua yang suka dengan Korea Beauty Produk terutamanya daripada Althea. Kalau kau orang sejenis yang suka pakai mask, cubalah Carbonated Scoria Bubble Mask Pack. Sejenis mask yang berbuih (bubble) lain daripada mask lain.  


Produk pertama yang paling excited Fiza nak cuba ialah Carbonated Scoria Bubble Mask Pack. Excited sangat nak cuba Carbonated Scoria Bubble Mask Pack sebab:


1. Bubble


Ya, disebabkan mask ni jenis bubble membuatkan Fiza sangat excited nak mencuba. Nak rasakan sendiri pengalaman menggunakan bubble mask ni macamana. Almaklumlah tak pernah guna lagi jenis bubble. Jadi, rasa excited tu lebih sikit lah dan nak tahu juga keberkesanan menggunakannya.

2. Harga Murah

Tak dinafikan semua mask adalah mahal tak kisah jenis apa sekalipun. Yang jenis clay mask memang berpuluh harganya. Kalau beli tu memang kena gunakan sepenuhnya lah sampai habis. Kalau dah clay mask mahal apatah lagi jenis bubble ni. Mesti harganya up sikit kan. So cari punya cari, jumpalah jenis bubble mask dengan harga yang berpatutan pada Fiza iaitu RM30.00.

3. Packaging


Disebabkan packaging Carbonated Scoria Bubble Mask Pack ni jenis mudah guna berbanding jenis packaging jar, so Fiza rasa macam okaylah untuk digunakan. Kalau jenis jar tu, carabonic asid hilang di udara lepas jar dibuka. Yang jenis botol macam ni, mudah dengan picit je dan terus sapu pada kulit muka. Mengurangkan risiko mask jadi keras. Nak bawa travel dan pakai masa travel pun jadi mudah.

4. Review Best

Daripada review yang Fiza baca, kebanyakkannya memberikan review yang bagus dengan jenis kulit mereka. Memandangkan jenis kulit Fiza pun sama macam mereka yang buat review. So why not Fiza cuba juga lah. Harap-harap memberikan kesan yang sama lah.



Carbonated Scoria Bubble Mask Pack sangat sesuai untuk masalah berikut :

  • Kulit kering dan berminyak 
  • Large Pores 
  • Dead skin cells 
  • Kulit Kasar 
  • Liang kulit tersumbat

Hasil daripada penggunaan Carbonated Scoria Bubble Mask Pack

  • Pore tighting : Untuk kesa pore tighting ni ambil masa untuk tengok perubahannya kan. Jadi, Fiza kena pakai lama baru nampak ketara kesan perubahannya. Mungkin buat masa ni ada kesan tu cuma tak betul betul nampak. Iyalah kan, kena belek muka dengan teliti. Kalau ada scanner untuk kulit muka tu okaylah juga nak nampak kesan dalam masa yang singkat.
  • Peeling : Ada pengelupasan berlaku tapi sikit je. Tak ketara pun.
  • Improving elasticity : Yes, memang improving sangat sebab terasa tegang sikit kulit muka tu.
  • Moisturising : Disebabkan kulit Fiza jenis kering dan kombinasi, maybe kesan pelembapan tu kurang. Jadikan kulit kering. Jadi, Fiza tak kerap pakai lah. 2 hari sekali kira okaylah kan.
  • Sebum Absorption

Bahan Utama Carbonated Scoria Bubble Mask Pack


  • Carbonated Water
  • Volcanic Extract
  • Resin of snail
  • Horse Oil

Untuk maklumat lanjut tentang Carbonated Scroria Bubble Mask Pack ni dan untuk pembelian boleh terjah website Althea Korea terus. Serius best nak pakai hari-hari. Ini semua buih punya pasal!


RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Affordable

Value For Money : Yes

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.