Review | Elizavecca Skin Liar Primer

Hi beauty! Sejak jadi Althea Angels ni banyak juga kenal dan tahu tentang beauty product yang wajib ada untuk hasil makeup yang terbaik. Sebelum ni Fiza tak pernah kenal dengan primer ni. Main hentam je apply foundation tanpa apply primer terlebih dahulu. No wonder lah sapuan foundation tak berapa nak cantik. Tambah pula kulit jenis pores besar, memang nampak ketara kalau pakai foundation tanpa pakai primer.

Fungsi makeup primer ni lebih kepada untuk menjadikan hasil makeup lebih sempurna. Dengan memakai makeup primer akan membuatkan makeup lebih tahan lama. Selain itu dapat menutup segala cela pada kulit muka seperti pori terbuka, tona kulit tidak sekata, menutup garis halus, kedutan pada muka, menutup parut jerawat dan juga bintik-bintik hitam. Mostly primer tidak berwarna dan dalam bentuk gel.

Masa beauty shooping haul di Althea Korea haritu Fiza survey juga primer yang best dengan harga yang berpatutan memandangkan points rewards kena had kan untuk beberapa produk lain. Jadi, Fiza target untuk beli primer dengan harga yang bajet je dulu. Lagipun Fiza bukan jenis makeup sangat. Cuma nak mencuba pakai primer before apply foundation. Cari punya cari, berminat nak mencuba Skin Liar Primer Brand Elizavecca di Althea.


Skin Liar Primer yang bersaiz comel 30ml dengan harga RM23 je tau! Sangat okaylah untuk beginner yang cuba nak belajar makeup macam Fiza. At least perlu cuba dulu hasil selepas guna samada sesuai ke tidak untuk jenis kulit. Disebabkan Skin Liar Primer ni sesuai untuk semua jenis kulit, so Fiza ON je lah masuk bakul.

INGREDIENTS

  • Sea cucumber extract - protects and improves elasticity of the skin
  • Phytosqualane - has strong moisturizing properties for that youthful glow
  • Illicium verum fruit extract - revitalizes skin and soothes irritations.


Packaging Skin Liar Primer ni sangatlah comel! Sebab tu terpandang terus jatuh cinta. Baca dan tengok daripada product description pun terasa macam best untuk mencuba. Jenis primer dalam tube sangat mudah untuk digunakan dan bawa travel.


Warna krim skin liar primer ni lebih kurang macam warna soft peach gitu. Kalau sapu pada kulit tidaklah jadi warna soft peach pada kulit tu. Primer kan warna nya transparent. Kalau bewarna nanti menggangu perubahan warna foundation pula. 


SKIN LIAR PRIMER TERBAIK!

Skin Liar Primer ni memang best pakai. Mudah menyerap dan tidak berminyak. Bila sapu tu kulit muka akan jadi lembut dan licin. Terlupa kejap muka jenis pores besar ni. Membantu sangat pakai primer ni melicinkan kulit before apply foundation. Wow! Tips daripada Makeup Artist, selepas pakai primer biarkan sapuan primer seketika before apply foundation. Pastikan sapuan rata supaya selepas pakai foundation, makeup tak cakey.
WHAT'S GOOD
  • Smoothes skin texture and fills in pores
  • Improves makeup application and wear time
  • Flawless almost-matte finish



Beza? Memang berbeza sangat bila pakai primer ni. Kurang kelihatan segala pores pada kulit muka tu. Kalau tak, memang nampak habis pores dan mudah sangat makeup cakey bila berpeluh. Elizavecca Skin Liar Primer antara best seller products di Althea. Sekejap je sold out. Tapi sekarang dah ready stok semula dah. Jadi, kau orang boleh masuk bakul cepat-cepat.

RATINGS
Smell : ⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Price : Affordable
Value For Money : Yes

8 comments:

  1. comel jer tiub dia..mesti brkesan bila pakai.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang comel. berkesan sangat sebab boleh reduce nampak segala cela tu haa

      Delete
  2. sha kalau sebelum makeup pun wajib pakai primer, nak try jugak la yang ni nanti

    ReplyDelete
  3. Oo..baru tau kena pakai benda ni dulu. Main belasah je sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh cuba pakai primer dulu before foundation

      Delete
  4. Comelnyaaaa packaging dia! Nampak menarik aje ni, teringin pulak nak try. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik. itu yang beli. cubalah nanti nani :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.