Kaki Travel? Rugi Tak Jengah Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2018

Travel, satu perkara yang disukai oleh semua orang. Walaupun travel ni agak penat tetapi pengalaman dan berada di sesuatu tempat itu sangat berharga yang tidak boleh dinilai dengan wang. Setakat ini belum pernah lagi jumpa orang yang tak suka travel sana sini. Travel boleh dikatakan salah satu terapi untuk mereka yang mencari pengalaman dan ketenangan di tempat lain sekiranya menghadapi tekanan kerja atau hidup. Dengan cara travel sana sini dapat memberikan suasana baru dan mungkin aura baru dapat membuatkan seseorang lebih tenang dan rilek. Betul bukan?


Kalau dulu, nak naik kapal terbang tu hanya mimpi dan angan-angan sahaja. Tapi sekarang dengan adanya syarikat penerbangan kos rendah, semua orang mampu terbang pergi kemana sahaja. Disebabkan itulah semakin ramai yang berminat untuk travel dan menjadikan aktiviti travel ini sebagai satu hobi. Dengan bajet yang rendah boleh pergi travel serata dunia. Kalau kau orang sejenis kaki travel, mesti kena ingat Traveloka. Pendek kata, Travel is Traveloka

TRAVEL IS TRAVELOKA!


Dengar je perkataan travel mesti terus teringat Traveloka. Sebab Fiza rasa Traveloka sangat sinonim dengan perkataan travel tu. Sebelum ini Fiza pun dah banyak bercerita tentang Traveloka yang banyak menawarkan kupon diskaun sepanjang masa dan kupon diskaun paling banyak ketika musim perayaan. Nak travel perlu ada masa, perancangan dan bajet. Itu yang paling penting sebenarnya. Selepas itu barulah boleh buat keputusan yang bijak pilih Traveloka. Kau orang tahu tak yang Traveloka Saleabration 2018 is back?

TRAVELOKA SALEABRATION 2018. IT'S BACK!

Yass, Traveloka Saleabration 2018 is back! Wahai kaki travel sekalian, Fiza nak kongsikan berita gembira untuk kau orang semua tentang Traveloka Saleabration 2018? Inilah masanya untuk merebut peluang meraikan sale besar-besaran yang ditawarkan oleh Traveloka. Untuk pengetahuan semua, Traveloka Sale tahun ni seperti macam kau orang pergi Matta Fair yang menawarkan harga tiket dan kos travel yang gila murah. Uishh, macam menarik je untuk rancang percutian. Kita nak travel ke mana ye?

Fiza yakin ramai yang menantikan Matta Fair setiap tahun. Tapi iyalah kan, kalau nak pusing pusing satu dewan Matta Fair pergi booth ke booth agak jenuh juga. Boleh lecak ketiak dibuatnya! Why not kita mudahkan cara dengan menggunakan perkhidmatan Traveloka sahaja secara online untuk menempah tiket penerbangan dan hotel dengan harga murah sebanding Matta Fair. Tak perlu bersusah payah bazirkan tenaga dan bersesak dengan orang ramai. Jimat pun jimat. Kau orang pilih yang mana? Kalau Fiza, sudah tentu pilih jalan yang lebih mudah dan berikan keuntungan yang lebih.

TAWARAN KUPON DISKAUN TRAVELOKA SALEABRATION

Seperti yang Fiza beritahu awal tadi, Traveloka Saleabration 2018 ini menawarkan pelbagai jenis kupon diskaun sebanding Matta Fair 2018. Antara apa yang menarik tentang Traveloka Saleabration 2018 adalah : 

1. Tawaran kupon diskaun tambahan sebanyak 8% atau sehingga RM40 untuk pembelian segera. Kalau kau orang tempah sekarang, kau orang akan dapat diskaun tambahan untuk tempahan tersebut. Contohnya kalau harga penerbangan tu dah diskaun 10% daripada harga asal, Traveloka akan tambah lagi diskaun 8%. Bergantung pada diskaun yang mereka tawarkan pada masa Traveloka Saleabration. Fiza hanya bagi contoh untuk kau orang faham. Apapun tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat.

2. Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat dan No Booking Fee! Lagi satu yang menariknya, jika tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi tidak melibatkan sebarang bayaran. Jadi, kau orang boleh tempah dahulu dan bayar kemudian. Menarik bukan? Jadi, kaedahnya boleh booking dan rancang kemudian.

3. Tempoh Tempahan  4 September -10 September 2018. Traveloka Saleabration 2018 hanya beberapa hari sahaja untuk kau orang buat tempahan tiket. Bermula harini 4 September 2018 sehingga 10 September 2018. Jadi ada tempoh 6 hari untuk kau orang rancang dan seterusnya tempah tiket travel secara online.

4. Tempoh Perjalanan  pada bila-bila masa. Kebiasaanya kalau buat tempahan mesti ada tempoh masa tertentu untuk tiket yang telah ditempah. Tapi Traveloka Saleabration kata kau orang boleh travel anytime yang kau orang suka. Sangat menarik bukan? Teruja kot dengar berita gembira macam ni. 

TRAVELOKA SALEABRATION LEBIH MURAH SAMA SEPERTI MATTA FAIR 2018!

Sempena kempen Traveloka Saleabration 2018 sedang berlansung, cepat-cepat jengah Traveloka Saleabration 2018 dan tengok apa yang menarik. Hampir hujung tahun ni makin banyak cuti-cuti kan. Memang sangat kena pada masanya untuk tempah tiket hotel dan tiket penerbangan murah-murah. Sampai masanya boleh bercuti dengan gembira.

Jengah jangan tak jengah walaupun tak rancang bercuti sebab kau orang kena tengok sendiri tawaran daripada Traveloka Saleabration kali ni. Harga tiket memang murah sama seperti Matta Fair 2018 kalau kau orang pernah pergi. Kalau kena dengan bajet kau orang tu cepat-cepat tempah sebelum terlambat. Kalau tidak memang rugi dan menyesal. Sekurang-kurangnya sila tengok dahulu. Tempah tak tempah belakang cerita. 

Jika diberi pilihan antara dua, memang Fiza pilih Traveloka Saleabration 2018 sebab caranya lebih mudah secara online. Kalau kau orang pilih yang mana? Nak tanya kau orang lah, tempat mana yang best untuk bercuti hujung tahun ni ye? Jangan lupa war war kan berita gembira ni dan tinggalkan komen kat mana tempat best tu okay!


2 comments:

  1. booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan adanya kupon boleh jimat belanja untuk travel nanti kan

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.