Workspace Sihatimerahjambu Bertukar Tema Putih

Dari dulu mengidam nak dekorasi rumah bertemakan scandinavian tapi tak kesampaian. Tak boleh nak buat scandinavian sebab kekurangkan cahaya masuk dalam rumah sebab beberapa ruang dah ditutup jadi menggelapkan ruang dalam rumah. 

Bila cahaya kurang, maka tak dapatlah nak memenuhi konsep scandinavian tu. Kena tunggu ada rumah yang banyak cahaya masuk dan cat rumah warna putih dan terang memang boleh masuk dengan tema scandinavian tu.

Lupakan tentang scandi tu, saya nak cerita pasal workspace baru saya. Workspace yang sebelum ni lebar dan luas sayadowngrade space jadi kecil sebab sebelum ni share meja dengan husband dan workspace kat luar bilik. Memandangkan space dalam bilik kecil, jadi kena gunakan meja dan ruang workspace lebih kecil. Kira downgrade lah tu kan. 


Yang masih maintain adalah kerusi. Meja dan wall shelf tu tukar baru pilih tema putih sebab warna dinding bilik tidur warna gelap ( Navy Blue). Selepas ukur ruang dalam bilik, saya pilih  VITTSJÖ Laptop table yang sesuai dengan ruang dalam bilik dan wall shelf tu saya guna 2 unit MOSSLANDA Picture ledge yang disambungkan memanjang.

Kalau meja dan wall shelf hitam memang tenggelam terus lah workspace saya walaupun perabot dalam bilik semua hitam. Ikutkan memang nak ikut tema perabot bilik tidur warna hitam tapi tukarlah warna putih supaya lebih menonjol kot. 

Lepas dah setup workspace saya, rasa macam kosong bahagian tengah tu. Dapat idea nak tambah cermin, macam berkenan nak letak HÖNEFOSS Mirror yang boleh susun atur ikut kesesuaian dan ruang.


Nampak lebih better selepas adanya cermin tu. Tapi itulah, disebabkan suasana dalam bilik gelap. Dah pasang lampu pun masih gelap kalau ambil gambar. Memang kusam lah gambar workspace saya ni ha. 

Tapi kalau ambil gambar produk bawah lampu workspace tu memang awesome. Terang teruk! Bila tambah cermin tu bagus juga boleh pantulkan cahaya lampu tu nampak lebih terang lagi. Moga lebih mudah idea nak terjana lepas move on SOHO masuk bilik. 

Good bye workspace lama. Workspace untuk husband alone. Boleh conquer meja besar tu.

16 comments:

  1. seronoknya ada work station macam ni kat rumah

    ReplyDelete
  2. nice ...baru senang ilham datang kan :)

    ReplyDelete
  3. Wah cantik dan kemas Workspace Fiza. Kak Sue pun plan dan teringin nak hias rumah tema Scandi.. baru mula sikit-sikit nie..

    ReplyDelete
  4. Menarik VItssjo lap top table tu
    Macam bilik Mrs. A la jugak gelap huhuhuhu...
    Kalau buka tingkap terangla sikit but still gelap cos cermin tingkap tinted.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..nak buat camne kan sebab bilik gelap senang nak tidur sebenarnya.

      Delete
  5. wahhhh bestnyaaa. jelesss dengan orang yang ada workspace sendiri ni. saya kat rumah umi abi ni, workspace kat atas meja makan hahaha. hope in the future kalau lepas kahwin, boleh la build workspace sendiri hehehe. aamiin :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.