Review | Drawing Eye Brow ETUDE HOUSE 2 in 1

Ehem, sejak terjebak dengan makeup ni mulalah cari makeup stuff. Sesekali teringin jugalah nak berhias. Ada skill makeup tu nanti boleh makeup sendiri je tak perlu susah payah upah MUA (Mak Up Artist). Paling tidak pun kalau ada skill, boleh lah melawa sikit anytime. Pandai makeup ala kadar sekadar cantik pun dah kira okaylah. 

Teringin nak belajar lukis kening, Fiza cubalah beli Drawing Eye Brow ETUDE HOUSE 2 in 1 di Althea. Sebenarnya ada je eye brow yang lama tapi sajalah beli baru sebab tertarik dengan 2 in 1 Drawing Eye Brow ni. Pencil dan brush sekali. Mudah bila 2 in 1 ni, tak perlu nak ada 2 benda asing-asing brush dan pencil. Harga pun boleh tahan murah di Althea. 


7 WARNA PILIHAN

Ada 7 warna pilihan iaitu black, brown, dark brown, dark grey, grey, grey brown dan light brown. Fiza pilih warna dark grey sebab macam nak natural colour bila blend dengan kening sendiri. Kurang ilmu sikit bab memilih warna pencil eye brow ni sebenarnya. Yang terbaik pilih warna apa ye?


Sepatutnya mungkin Fiza perlu pilih warna light brown atau warna yang tidak gelap sebab kalau pakai dark grey ni kening bertambah gelap macam kening shin chan gitu. Sudahlah bulu kening lebat, pakai warna dark grey bertambah tebal jadinya walaupun nampak lukis sikit tu. Noob sangat!



Takpelah, bab memilih warna eyebrow pencil tu kena kaji kemmudian lah dan kena belajar melukis kening. Macam kena masuk kena belajar makeup je ni. Ada sesiapa offer belajar makeup class personal tak dengan harga berpatutan? Kalau ada dengan harga berpatutan memang laju je nak! Buat masa ni tengok tutorial youtube je lah dulu. 

Sekarang focus pada Drawing Eye Brow ETUDE HOUSE 2 in 1 yang Fiza nak kongsikan ni dulu walaupun Fiza bukan pakar bab makeup. Untuk pertama kali menggunakan drawing eye brow ni Fiza rasa mudah untuk menggunakannya.

TWIST UP BLEND BROWS 

Drawing Eye Brow ETUDE HOUSE 2 in 1 Sejenis drawing eye brow yang tidak perlu di asah. Jadi tak perlu nak susah payah asah sediakan sharperner. Hanya perlu twist up dan gunakan terus. Lebih mudah untuk melukis kening sebab ianya adalah sejenis arch brow sculpting pencil.  



COMES WITH A SPOOLIE

Yes, tak perlu nak beli eybrown brush sebab dah lengkap dengan spoolie ni yang kau orang akan gunakan before dan after gunakan blend brows untuk nampakkan kening lebih kemas dan cantik. Dah boleh jimat sebab beli drawing eye brow 2 in 1 ni sebenarnya. 



VITAMIN E

Drawing eye brow bukan jenis yang kering sebab ia mengandungi vitamin E untuk mengelakkan bahagian kening kering dan anti penuaan jika kulit kering. Selain itu terdapat Hydrogenated Soybean Oil bagi memudahkan melukis kening dan kekalkan kelembapan pada bahagian kening yang dilukis

Pada Fiza memang berbaloilah beli. Dah pandai lukis kening tu haruslah gunakan sebaik mungkin drawing eye brow ni ha. Kalau kau orang nak beli boleh dapatkan di sini dengan harga RM15. >>> https://goo.gl/uiqTFz


14 comments:

  1. Fizammg suka color hitam ye utk eyebrow? kak liez klaupakai color hitam mmg nmpk mcm shinchan.. maybe sbb baru belajar lukis eyebrow kan..so kena color brown itu pun light je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak tahu warna apa yang sesuai macam yang diceritakan dalam entry ni. baru nak belajar.so zero ilmu bab pilih drawing eye brow ni..next time cuba brown pulak :)

      Delete
  2. Murah juga harga dia fiza. Ana bab kening ke mata ke fail teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah kan? samalah kita fail teruk. baru nak belajar ni.

      Delete
  3. Saya pun tak pandai bab-bab ni. Selalu pakai lipstik ja 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah juga..lipstick juga yang paling senang nak pakai..hihi

      Delete
  4. menarik bagi si pengemar lukis kening , mesti kena ada kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course kena ada kalau suka makeup dan lukis kening on point tu kan

      Delete
  5. sha paling takreti lukis kening dengan eyeliner hahaha

    ReplyDelete
  6. aritu ada beli macam ni, pakai sekali je dah patah. Mesti kerja anak-anak hehehe. Pastu macam malas nk abeli lagi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.