BANTU DAN SERTAI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM)
Pernah dengar tak tentang Muslim Volunteer Malaysia (MVM)? Atau dalam Bahasa disebut Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia. Pernah dengar atau tidak, Fiza akan kongsikan pada awak semua tentang Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ini untuk perkongsian Bersama dan mungkin ada yang memerlukan bantuan atau ingin daftar volunteer Muslim Volunteer Malaysia.
MENGENAI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (PPM-003-14-30122014) merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sejak 30 Disember 2014 dan diiktiraf antara 5 senarai pertubuhan sukarelawan di malaysia yang terbaik oleh IM4U pada Volunteer Awards (A prime Minister’s Award 2016). Tahniah!
PENCAPAIAN TERBAIK MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Misi luar negara yang tidak dilupakan |
MVM lebih mengutamakan bantuan di dalam Malaysia berbanding diluar negara dan sangat wajar dijadikan sebagai contoh badan sukarelawan di Malaysia yang patut dicontohi berdasarkan kepada data-data berikut :
2016 : 33 program (32 Malaysia, 1 Luar negara)
2017 : 56 program (52 Malaysia, 4 Luar negara)
2018 : 68 program (62 Malaysia, 6 Luar Negara,
2019 : 89 program setahun (81 Malaysia, 8 Luar Negara)
Antara aktiviti sukarelawan yang diadakan |
Sukarelawan yang menyertai Muslim Volunteer Malaysia ini antara mereka yang muda-muda dalam lingkungan umur 18 hingga 24 tahun. Buat masa sekarang angka sukarelawan Malaysia telah mencecah seramai 50 000 orang ramainya. Ini bermakna semakin ramai yang berminat daftar volunteer Malaysia serta mengikuti Program Volunteer Malaysia.
Fungsi MVM tak lain tak bukan adalah memberikan bantuan dan penerangan kepada mereka yang memerlukan bagi mengurangkan beban mereka tanpa mengira agama, bangsa mahupun berbeza latar belakang politik. Niat murni sebeginilah boleh dijadikan contoh pertubuhan sukarela yang kita perlukan dalam membantu sesiapa sahaja. Betul tak?
Sumbangan dihulurkan secara terus kepada penerima bantuan |
Motif utama MVM adalah satu, untuk melahirkan komuniti masyarakat prihatin dimana tanggungjawab sosial dapat dilaksanakan dan masyarakat bersatu membantu meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan. Sekiranya ada agensi kerajaan mahupun swasta, individu ataupun persatuan-persatuan NGO lain yang ingin bekerjasama dengan MVM amatlah dialu-alukan. Pendaftaran sukarelawan NGO juga sangat digalakkan menyertai MVM.
KELEBIHAN MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
- Mengamalkan program bantuan secara berperingkat dan sentiasa memantau pekembangan keluarga penerima bantuan. Bukan bantuan one time only atau touch n go, tidak sama sekali.
- Membantu mereka dalam membangunkan ekonomi penerima bantuan seperti menyediakan kelengkapan perniagaan bagi keluarga asnaf yang berpontensi menjalankan perniagaan.
- Sebagai sukarelawan pula berpeluang belajar skill, kemahiran, menimba ilmu menjana dana untuk bantuan awam (fundraising) dan juga korporat. Aktiviti sukarelawan sebegini dapat membangunkan sukarelawan yang terbaik.
JENIS-JENIS PROGRAM MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
- MVM HOPE : Program jenis berperingkat yang merangkumi bantuan asas, pendedahan kemahiran berniaga dan pantauan perkembangan semasa kepada penerima bantaun.
- MVM UNITY : Program yang banyak memberi kesedaran melalui pendedahan scenario yang tersirat dan dalam masa yang sama mengeratkan hubungan sukarelawan dengan masyarakat.
- MVM REACH : Program korporat yang memberi peluang kepada syarikat, pertubuhan, persatuan atau agensi swasta dan kerajaan untuk berkolaborasi dalam program khidmat masyarakat.
- MVM RELIEF : Program ini sejenis bantuan kecemasan bencana yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan di Malaysia dan antarabangsa merangkumi negara Asia dan juga negara Timur Tengah.
- MVM TOUCH : Satu program bantuan yang berkonsepkan ‘one touch’ dan tidak berperingkat berdasarkan daripada aduan yang diterima daripada orang awam.
Jadi, faham dan jelas tak tentang Muslim Volunteer Malaysia ni? Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia. Sebenarnya ada banyak cara untuk menyumbang bantuan samada individu ataupun pertubuhan agensi lain. MVM telah mengadakan beberapa kempen iaitu :
KEMPEN 10
Terbuka kepada individu dan masyarakat untuk membantu MVM terus giat aktif meneruskan program amal dan aktiviti setiap bulan dengan cara memberikan sumbangan dana bagi menanggung kos perbelanjaan program tersebut.
TABUNG BANTUAN SALAM
Tabung ini sejenis bantuan kilat iaitu bantuan kadar segera kepada penerima bantuan daripada aduan laporan orang awam dengan syarat menepati kriteria yang telah ditetapkan. Penerima yang layak mestilah warganegara Malaysia dan berpendapatan bawah RM1500.
No.Telefon : 03 80740484
Email : aduan.mvm@gmail.com
Borang Aduan : http://bit.ly/aduansalammvm
KERJASAMA DAN TAJAAN KORPORAT
TABUNG BANTUAN PERNIAGAAN
Tabung bantuan ini akan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM1500 dimana penerima mempunyai perniagaan sendiri dan komited untuk menambah pendapatan keluarga dengan bantuan perniagaan yang diberikan. Tabung ini dibuka selama setahun dan dana yang terkumpul akan diberikan kepada penerima yang layak.
CARA MEMBUAT ADUAN ATAU MEMOHON BANTUAN MELALUI ADUAN SALAM
Selain kempen di atas, sebagai individu yang prihatin untuk melaporkan tentang mereka yang memerlukan bantuan atau mereka yang layak ingin memohon bantuan boleh membuat aduan melalui Aduan Salam. Aduan Salam adalah platform untuk permohonan bantuan kepada Unit Salam di MVM melalui telefon, email atau isi borang secara dalam talian.
Email : aduan.mvm@gmail.com
Borang Aduan : http://bit.ly/aduansalammvm
KERJASAMA DAN TAJAAN KORPORAT
Sebagai salah satu senarai badan sukarelawan di Malaysia, MVM juga membuka peluang kepada badan korporat untuk turut serta menyumbang dalam kempen yang diadakan oleh MVM. Jika berminat, boleh hubungi segera di talian berikut :
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia : +603-8074 0434
Unit Fundraising MVM, En. Hasbullah : +6012-235 6854
atau menggunakan aplikasi whatsApp terus klik link ini >> http://sumbanganmvm.wassap.my/
BOLEH JUGA SEDEKAH SECARA ONLINE
Bagi mereka yang ingin menyumbangkan bantuan dana, boleh terus ke website Donation MVM. Dengan cara ini lebih memudahkan orang awam untuk terlibat sama dalam setiap kempen tajaan yang sedang berlansung oleh MVM. Secara tidak lansung, orang awam juga dapat mengetahui maklumat terkini tentang aktiviti yang dilakukan.
KATA-KATA POSITIF DARIPADA SUKARELAWAN & PENERIMA BANTUAN MENGENAI MVM
“Pertama kali saya sertai program anjuran MVM banyak yang saya belajar mengenai dunia kesukarelawan dan harapan saya agar berpeluang untuk turut serta lebih banyak lagi program sebegini pada masa akan datang”
PENERIMA BANTUAN : Puan Norlida Abdul Rahman, Padang Jawa
“Saya merupakan penerima bantuan Pure Heart pada tahun 2016 di Sekolah Kebangsaan Padang Jawa. Terima kasih MVM kerana meringgankan beban keluarga asnaf seperti kami. Dengan bantuan bulanan setiap bulan saya mampu menyimpan wang untuk kegunaan yang lain pula. Semoga lebih banyak NGO lain dapat membuat program seperti yang dilakukan oleh MVM,”
Pada pendapat Fiza, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia seperti ini sangat memberi manfaat kepada penerima bantuan mahupun penerima. Bak kata pepatah “ Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”. Jadi, kepentingan menyertai pertubuhan sukarela ini dengan apa cara sekalipun dapat membantu mereka yang memerlukan.
Facebook Muslim Volunteer Malaysia : https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Telegram Channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Seronok juga kalo join program macam ni kadang². Moga Allah permudahkan dan berkati usaha mereka.. ^^
ReplyDeleteSemoga urusan Muslim Volunteer Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan dipermudahkan. Aaminn
Deletebagus sangat aktiviti macam ni. dapat membantu secara berkumpulan..
ReplyDeleteSangat bagus. Bersatu bagi meringankan beban.
DeleteMemang menarik ni.. Selalu zaza ikuti perkembangan mereka ni kat fb
ReplyDeleteye, banyak aktiviti yang MVM buat.
Deletebagus adanya bantuan macam ni. Memang perlu dipergiatkan lagi. Supaya mereka yang benar2 perlu dibantu, dapat bantuan yang selayaknya.
ReplyDeleteYe, betul. bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang betul² susah.
DeleteZira pernah dengar ,awal tahun tak silap jumpa duta dia heliza, lagi tak ingatlah bagus program ni
ReplyDeleteMemang bagus dan sangat bermanfaat untuk pemberi dan juga penerima.
DeleteOh ini ke pgramnya.. Kawan kita ada ckp juga.. Dia nk join mvm ni.. Bagus ada program mcm ni kan..
ReplyDeleteYe, memang bagus ada program sebegini.
DeleteWow! thanks for sharing this volunteering program. I will share it with my muslim friends and they might be interested too.
ReplyDeleteMy pleasure to share this. Tq for sharing this too :)
DeleteBagusnya ada pertubuhan sukarelawan macam ni.. dapat membantu mereka2 yang memerlukan
ReplyDeleteYe, betul. Sangat bagus untuk membantu mereka yang memerlukan
Delete