Bunga Baby's Breath Murah dan Tahan Lama
Sekarang tengah musim konvokesyen kan? musim konvokesyen nilah dapat tengok flowers bouquet yang cantik-cantik dan cantik juga harganya. Ya, sesetengah harga flowers bouquet memang ada yang mahal disebabkan jenis bunga atau exclusive florist. Well, tepuk poket tanya bajet berapa ada untuk membeli sejambak bunga cantik.
Bagi Fiza, Fiza lebih suka penjimatan yang lebih berbaloi. Contohnya dengan membeli bunga segar dan DIY flowers bouquet sendiri. Bunga dapat lebih banyak dan ada sentimental value kepada dua-dua pihak pemberi dan penerima. Kalau anak-anak buah Fiza konvo, memang Fiza DIY flower bouquet je.
Dalam banyak-banyak bunga, sangat berkenan dengan bunga baby's breath. Bunga baby's breath ni antara bunga yang paling popular dan kerap digunakan sebagai filler oleh florist dalam setiap flowers bouquet. Kalau tak digunakan sebagai filler sekalipun, jadikan baby's breath bouquet semata-mata pun sangat menarik dan trending terkini.
Rasanya sangat tepat kalau memilih bunga baby's breath ni disebabkan waktu mekar segarnya sangat lama berbanding bunga ros yang tidak bertahan lama segar mekarnya. Bunga baby's breath juga trending kini diwarnakan dengan pelbagai warna dengan menggunakan spray dan juga dijadikan bunga kering. Sangat menarik dan jangan hairan bila harganya setelah menjadi flowers bouquet sangat mahal.
Well, kalau kau orang beli bunga segar sendiri dan boleh buat beberapa flowers bouquet dah. Janji kreatif dan rajin nak buat. Tak tahu nak buat? Youtube kan ada, banyak Tutorial flowers bouquet yang kau orang boleh belajar. Selain flowers bouquet, baby's breath dijadikan juga sebagai bunga hiasan dalam rumah selain dijadikan sebagai mahkota ataupun flowers bouquet.
Baby's breath di workspace |
Baby's breath melambangkan cinta abadi, perasaan tulus ikhlas dan suci murni. Bukan hanya untuk pasangan kekasih, tetapi cinta kepada keluarga ataupun sahabat.
Jadi, bunga baby's breath sesuai untuk sesiapa sahaja yang kita sayang. Fiza suka jadikan bunga baby's breath ni sebagai hiasan dalam rumah. Nampak segar dan sedap mata memandangnya. Masukkan air dalam balang kaca dan letakkan bunga baby's breath.
Baby's breath untuk dekorasi depan cermin di ruang tamu. |
1 bundle bunga baby's breath Fiza boleh letak merata tempat sebagai dekorasi dalam rumah seperti di workspace Fiza, ruang tamu dan juga meja husband. Memang sangat berbaloi beli bunga baby's breath ni untuk dekorasi rumah. Bunga cantik ni boleh dijadikan sebagai terapi mata dan minda. Plus, boleh dijadikan sebagai props gambar.
Baby's breath di meja husband. Simple but nice to see |
Nak tahu mana nak dapatkan bunga baby's breath murah? Kau orang boleh jer pergi survey di Petaling Street berdekatan dengan Central Market Kuala Lumpur tu. Sepanjang jalan tu memang banyak kedai bunga. Fiza dah pergi dua kedai kat area situ.
Kali ni Fiza singgah Weng Hoa Flower Boutique Sdn Bhd. Harga baby's breath kat kedai ni RM13 untuk 1 bundle/plastik dalam gambar bawah ni. Ada banyak warna, memang rambang mata. Fiza pilih pink dan putih of course! Barulah kena dengan jiwa sihatimerahjambu ni ha.
Dan harga bunga lain pun agak murah pada Fiza. Cuma Fiza tak sempat nak explore satu kedai disebabkan ramai orang sebab pergi sehari sebelum Deepavali. Memang sesak dengan orang ramai nak beli bunga. Dalam waktu yang sama tengah hujan lebat. Jadi, bayangkan keadaan masa tu memang tak dapat nak explore lah. Snap gambar pun dapat sikit je lah untuk kongsikan dengan kau orang.
Cotton flowers, RM15/pack |
Bunga merah tu RM27/pack, ranting kecil RM5/pack |
RM25/pack |
Inilah kedainya. Sorry signboard tak jelas sebab tengah hujan lebat dan gelap. So memang tak nampak. Edit pun tak jelas lagi signboardnya. Tapi takpe, kau orang just google je la nama kedai Weng Hoa Flower Boutique Sdn Bhd dah boleh sampai.
Next time datang lagi nak survey kedai lain pula. Kot ada yang lagi murah dan berbaloi. Fiza sejenis yang suka dengan bunga segar macam ni. Kalau dapat, hati memang berbunga-bunga secara automatik. Haha..hiperbola sangat ayat ni kan. Yeah, that's me!
Post a Comment