Vaseline Deodorant Dry Serum Memang Kering dan Wangi.

Masalah ketiak berbau memang merimaskan. Lagi-lagi kalau terbau ketiak orang lain masa naik bas ke naik train ke kalau terberdiri bawah posisi ketiak orang. Huh, boleh pitam terus dibuatnya! Jadi, janganlah menganiaya hidung orang lain. Jagalah bau ketiak sendiri supaya tak berbau yang tidak menyenangkan.

Jangan sesekali kedekut untuk berbelanja beli barang keperluan terutamanya produk untuk ketiak yang dipanggil deodorant. Di pasaran ada bermacam-macam jenis deodorant. Ada jenis spray, stick, roll on dan bermacam lagi lah. Terbaru, Vaseline telah mengeluarkan produk deodorant dry serum yang berbentuk cream. Mesti kau orang pernah nampak iklan Vaseline ni di TV ataupun media sosial kan. Disebabkan nak mencuba, Fiza pun terjebak beli. 


Fiza dah cuba bermacam-macam jenis deodorant. Zaman sekolah memang guna jenis spray sebab masa tu jenis spray sangat popular digunakan. Jenis spray tu memang mudah digunakan tapi memang cepat habis lah sekali spray macam nak spray sebotol gayanya. Taknak ketiak busuk lah katakan.

Kemudian zaman universiti upgrade guna jenis roll on dan jenis stick. Sangat menjimatkan sebab lambat habis dan sangat berkesan guna. Tapi yang tak bestnya bila sesetengah deodorant tu akan meninggalkan kesan pada bahagian ketiak baju. Jadi bahagian tu bertukar warna atau ada kalanya material baju akan jadi keras disebabkan kesan pengunaan deodorant.


Bila Vaseline keluarkan produk terbaru Deodorant Dry Serum ni memang Fiza nak cuba sangat. Manalah tahu lebih berkesan daripada menggunakan jenis roll on yang sekarang ni. Harapan Fiza bila guna bahagian ketiak lebih kering dan selesa sebab katanya dry serum kan. Dan baju pun harapnya terpelihara lah daripada kesan penggunaan deodorant sepanjang hari.

SENANG PAKAI
Packaging deodorant Vaseline ni seperti macam losyen dan jenis cream. Bila packaging macam ni terasa macam bukan deodorant pula. Rasa macam pakai losyen pula. Tapi cream dia memang macam losyen dan tersangatlah wangi. Cara pakai dia macam deodorant jenis roll on. Hanya perlu picit dan apply terus bahagian ketiak tu.

CEPAT KERING
Sekejap pakai je dah kering dan seriously terasa kering sepanjang hari. Macam tak pakai deodorant pula. Lansung tak bau ketiak dah. Berpeluh teruk pun bau ketiak masih dapat dibanteras. 48 jam protection lah katakan. Paling penting pakai deodorant ni boleh menjamin kekeringan bahagian ketiak dan selesa. Kalau ketiak basah buatkan kita tak selesa dan kurang yakin dengan diri sendiri. Kan?


COLLAGEN + VITAMIN E
Selain mengeringkan bahan yang terdapat dalam deodorant Vaseline Dry Serum ni dapat memelihara kulit bahagian ketiak dan membuatkan bahagian tersebut lebih putih dan kering. No more lah ketiak basah. Baju pun terjaga kering dan takda masalah kesan warna pada baju. Ketiak pun bau wangi macam pakai losyen.

Sangat recommend untuk kau orang cuba juga dan rasailah sendiri. Seriously Fiza suka jenis macam ni dengan harapan ketiak sentiasa kekal kering untuk keselesaan sepanjang hari sebab Fiza jenis cepat berpeluh. Memang tak rugi Fiza beli dan cuba. Review ikhlas dari Fiza, bukan iklan berbayar tau. Tak semestinya nak review perlu dibayar. Saja berkongsi something yang menarik untuk perkongsian bersama. Tak gitu.


5 comments:

  1. menarik produk ni. Baru tau. Nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  2. wah macam menarik je deodorant ni. slalu guna yang Nevea tu. nak cuba lah alang-alang dah abis dah ni hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.