Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh
Lepas singgah Kellie's Castle, saya dan husband teruskan perjalanan singgah di Taman Rekreasi Gunung Lang yang popular di Ipoh. Niat di hati nak singgah Tasik Cermin di Gunung Rapat Ipoh tapi terpaksa kecewa sebab daripada hasil cariaan google katanya Tasik Cermin ni telah ditutup kepada orang ramai atas sebab batu besar jatuh dan pelantar rosak.
Jadi bahaya untuk orang awam. Sampai bila tutup atau memang tutup terus saya tak pasti pula.
Atas Gunung Batu Kapur ni ada trademark Gunung Lang, tapi gambar overexpose tak nampak pula |
Untuk menghilangkan kekecewaan tu terus pergi Taman Rekreasi Gunung Lang. Tarikan utama Gunung Lang adalah gunung batu kapur dan tasik seperti tasik cermin juga. Saya singgah sini jumaat petang. Saya fikir macam tak ramai lah orang.
Sekali datang memang ramai orang dan parking pun hampir penuh. Disebabkan ramai dan tak ada masa banyak nak beratur naik bot pergi seberang. Jadi, singgah Gunung Lang kejap je tak sampai 10 minit. Ambil gambar sikit dan duduk sekejap.
Tasik ala-ala tasik cermin. Kadang kala kalau bernasib baik dapat tengok air terjun buatan. Masa saya pergi ni tak buka pula.
|
Dari apa yang saya tahu selain permandangan Taman Rekreasi yang cantik ni. Ada pulau kecil seberang tu yang boleh pelawat pergi dengan menaiki bot. Aktiviti di Gunung Lang mungkin lebih menarik kalau pergi ke pulau kecil tu sebab ada petting Zoo katanya.
Harga tiket Gunung Lang
Bayaran dikenakan pun tak lah mahal, RM3 untuk dewasa, RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga tua.
Harga tiket yang berpatutan ni dapat bagi peluang pelawat pergi ke seberang. Okay takpelah, mungkin ada rezeki sampai Gunung Lang lagi boleh lah naik boat ke seberang.
Yang pasti kena datang sini pada hari biasa bukan musim cuti sekolah. Tapi ye lah kan, musim cuti sekolah lah masa bawa anak-anak dan bercuti satu keluarga ke tempat-tempat menarik macam Gunung Lang ni kan.
Datang Gunung Lang ni boleh menikmati keindahan alam disekitarnya. Sesekali dapat sedut udara bersih alam semulajadi ni barulah fresh. Macam biasa, gunakan waze atau GPS untuk memudahkan perjalanan ke Gunung Lang, Ipoh.
cantik tempat ni :)
ReplyDeleteGunung Lang shida pernah pi skali je tp lama sgt dah masa tu..hehee
ReplyDelete