Review | Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist #TitixAltheaKorea
"Sayang aku tahu, Kita tak banyak bicara, Kau jauh disana, Ku menyimpan tanya" Siapa peminat Titi Kamal mesti suka teruk dengan lagu "Resah Tanpamu". Dan kalau kau orang peminat Titi Kamal, seorang pelakon dan penyanyi dari Jakarta Indonesia mesti juga dah tahu tentang Collaboration Althea Korea bersama dengan Titi Kamal.
ALTHEA's FIRST BODY MIST!
Apa yang menariknya tentang collaboration ini adalah Althea Korea, satu laman web yang semakin popular dengan K-Beauty products telah mengeluarkan produk ekslusif terbaru dan juga merupakan Althea's FIRST body mist yang diberi nama Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist. Ingat Althea;s body mist mesti ingat Titi Kamal. Sebab apa?
ALTHEA's FIRST CELEBRITY COLLABORATION
Sebabnya, Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist merupakan wangian badan yang dihasilkan daripada bauan bunga-bungaan dan juga buah-buahan seperti sweet orange, fresh peach dan elegant rose. Bauan ini dihasilkan daripada bauan kegemaran Titi Kamal sendiri. Maka, terhasillah collaboration Titi Kamal dan Althea Korea yang juga dikatakan Althea's FIRST celebrity collaboration . #TitixAltheaKorea.
BAHAN UTAMA ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST
- Damask rose water : Menjaga kulit dari dehidrasi dan memberikan bau haruman yang lembut dan menyenangkan deria bau.
- Minyak jeruk manis : Menyegarkan deria bau
- Ekstrak bunga Elder : Mendinginkan dan menenangkan kulit serta memberikan haruman feminin
WHAT'S SO SPECIAL ABOUT ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST
- Bauan bunga dan buah : Kombinasi bauan bunga dan buah seperti sweet orange, fresh peach dan elegant rose membuatkan rasa segar sepanjang hari.
- Saiz Botol Just Nice : Saiz botol boleh dikatakan just nice saiz sebab boleh muat masuk handbag atau sesuai juga dibawa travel. Pendek kata, mudah di bawa ke mana sahaja.
- Tidak Melekit : Sejenis body mist yang tidak melekit atau meninggalkan kesan apa-apa pada badan selain bau wangi.
- Bau Tahan Lama : Althea's body mist ni tahan lama dengan syarat perlu spray di badan selepas mandi. Barulah bau harum wangi tu melekat di badan lama sikit.
CARA PENGGUNAAN
Body mist biasanya digunakan selepas mandi dengan cara spray di sekitar badan. Kalau bawa travel tu bolehlah kot buat pengganti perfume sparay sikit-sikit.
Jujur cakap, Fiza memang tak pernah ada body mist sebab biasanya cuma pakai deodorant dan perfume je lah untuk bab penjagaan bau badan ni. Body mist boleh dikatakan jarang orang gunakan dalam rutin harian. Betul tak? Biasanya orang akan pilih perfume dan deodorant sahaja untuk penjagaan bau badan ni. Tapi kalau pakai body mist ni bukan je bau badan lebih wangi tapi lebih segar.
Patutlah ramai yang restock lepas cuba sebotol Althea Stay Fresh Body Sparkling ni. Kau orang boleh dapatkan juga di ALTHEA KOREA. Hanya di Althea Korea sahaja sebab tempat lain tak ada dijual produk ekslusif Althea ni.
RATINGS
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Smell : ⭐⭐⭐⭐⭐
Durability : ⭐⭐⭐⭐
Price : RM35 (100ml)
Value For Money : Yes
#TitixAltheaKorea #AltheaAngels #AltheaKorea
terbaek produk ni :)
ReplyDeleteBauan dia memang segar je dan wangi..zaza pun ada guna jgk
ReplyDeletememang best bau body mist dari Althea ni. rose guna hari-hari :)
ReplyDeleteK.el tak try lg..tgok kdungan bungaan dia pun mcm sedap bau
ReplyDeleteBau dia sedap kan.. Wangi dan lembut je... Mmg bau wanita...
ReplyDeleteMemamg best. Akak siap restock 4 botol lagi .
ReplyDeleteBest sangat produk ni. Bau wangi.. Memg wajib pakai lepas mandi..
ReplyDeleteCan't wait to try this body mist, looks so good.
ReplyDeleteTB suka bau dia fiza.. TB memang akan masukkan dalam list nanti untuk next shopping di Althea.. hehe
ReplyDeleteZira suka bau macam ni, soft je tak pening kepala
ReplyDeleteNani suka betul body mist ni, bau wangi sangat. Baru ni beli lagi dua botol. Hahah!
ReplyDeletedasat duta dia kan..:)
ReplyDelete