Ketahui Simbol-Simbol Pada Produk Kecantikan

Perasan tak simbol-simbol pada setiap produk kecantikan samada skincare ataupun makeup stuff? Kalau perasan dan ambil tahu baguslah. Kalau kau orang tak perasan atau tak nak ambil tahu, wajib ambil tahu tentang simbol-simbol yang ada pada setiap produk kecantikan yang kau orang beli dan guna tu.


Kenapa? Simbol-simbol ini sangat penting untuk kita ambil tahu tentang sesuatu produk tu dari segi penggunaan yang betul, produk yang bagus, keyakinan untuk menggunakan produk tersebut dan yang penting keselamatan menggunakan sesuatu produk supaya tidak memudaratkan kulit kau orang tu. Jangan menyesal kalau muka breakout di kemudian hari. Jadi, kena ambil tahu okay!

1. Simbol PAO (Period After Opening)

Simbol PAO simbol yang paling popular terdapat pada produk skincare dan juga kosmetik. Simbol PAO menunjukkan tempoh masa produk tersebut boleh digunakan selepas dibuka untuk penggunaan yang terbaik. Kalau dah lebih dari tempoh tersebut, sila buang produk tersebut dan jangan gunakan lagi walaupun sayang. Ye, walaupun! Di khuatiri produk tersebut tidak berkesan, kurang kualiti dan mungkin rosak.


2. Simbol Jenis Packaging Plastik


Kebanyakkan  packaging produk kecantikan jenis plastik ada terdapat simbol recycle ni. Dari simbol jenis plastik yang terdapat pada produk ni, kau orang boleh ambil tahu cara simpan atau ketahui tahap keselamatan produk tersebut berdasarkan jenis plastik yang digunakan.
  • PET@PETE (Polyethylene Terephthalate) : Botol plastik jernih/transparent dan penggunaannya hanya sekali dan tidak tahan pada suhu panas.
  • HDPE (High Density Polyethylene) : Bahan plastik yang selamat digunakan kerana mempunyai sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. 
  • V (Polyvinyl Chloride) : Plastik jenis ini biasa ada pada plastik pembungkus (cling wrap).
  • LDPE (Low Density Polyethylene) : Plastik jenis cokelat (thermoplastic/diperbuat daripada minyak bumi) yang biasa dipakai untuk botol-botol yang lembut seperti tiub.
  • PP (Polypropylene) : Pilihan terbaik untuk bahan plastik yang lebih kuat dan ringan. Mempunyai ketahanan yang baik terhadap suhu.
  • PS (Polystyrene) : Atau dikenali dengan styrofoam. Plastik jenis ini biasanya digunakan untuk bungkusan makanan atau minuman dan penggunaannya hanya sekali guna.
  • OTHER : Packaging jenis bahan kaca dan lain-lain.

3. Green Dot/Bulatan Dengan Anak Panah

Simbol bulatan dengan anak panah ini ada kalanya berwarna hitam dan putih. Maksud disebalik simbol ini adalah syarikat yang mengeluarkan produk ini akan bakal bertanggungjawab terhadap kos kitar semula pembungkusan produk tersebut. Berwarna hijau bukan bermaksud produk organik ye.

4. Jam Pasir
Maksudnya sama seperti PAO. Kebiasaannya simbol ini menandakan produk tersebut boleh digunakan selama 30 bulan dan terdapat tanda BBE (Best Before End). Lebih daripada tempoh itu, sila jangan gunakan. Jadi, gunakan produk tersebut dalam tempoh waktu yang dibolehkan.

5. Booklet/Leaflet

Jika terdapat simbol booklet/leaftlet ni, sila rujuk booklet/leaflet yang diberikan bersama dengan produk tersebut untuk keterangan lebih lanjut tentang produk dan kegunaan produk tersebut. 

6. Rabbit
Simbol arnab ada beberapa jenis dan maksudnya adalah sama iaitu menandakan produk tersebut adalah cruelty free. Bermaksud kandungan produk tidak diuji pada haiwan ataupun mengandungi bahan berunsurkan haiwan. 


7. Simbol Kitar Semula



Simbol kitar semula simbol yang biasa kita nampak pada produk. Bermakna ia boleh dikitar semula dengan 3 langkah. Kumpul, bersihkan dan guna semula.

Sebenarnya ada banyak lagi simbol yang perlu kita tahu, apa apapun kena rajin cari info untuk ketahui maklumat lebih lanjut. Ini antara simbol-simbol yang popular terdapat pada produk kecantikan. Bila dah terjebak dengan produk kecantikan ni memang perlu ambil tahu lah tentang setiap satu produk ni supaya keberkesanan dan keselamatan terjamin. Lepas habis entry ni, belek-belek lah produk yang ada tu ye.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.