Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih
Saya tak pasti apa nama sebenarnya pantai ni. Disebabkan pantainya biru dan terletak di Tanjung tuan, mungkin juga namanya Pantai Tanjung Biru atau Pantai Tanjung Tuan?
update terkini : nama pantai ni adalah Monkey Bay.
Entrance, bayar RM5/dewasa |
Ini kali kedua saya datang sini. Pertama kali pergi Pantai Biru Tanjung Tuan masa tahun 2015.
Saya tahu kewujudan pantai ni pun sebab masa hiking Bukit Batu Putih tu nampak kat bawah tu laut biru yang cantik gila! Masa turun hiking tu memang gigih turun bawah nak pergi pantai biru tu.
Kali ni pergi memang nak pergi terus ke pantai dan tak hiking ke puncak. Lepas masuk entrance tu perlu jalan naik bukit mengikut jalan tar selama 10-15 minit dan kemudian akan jumpa penunjuk arah ke kanan. Ikut je anak panah dan jalan melalui trek hiking tu.
Kali ni pergi memang nak pergi terus ke pantai dan tak hiking ke puncak. Lepas masuk entrance tu perlu jalan naik bukit mengikut jalan tar selama 10-15 minit dan kemudian akan jumpa penunjuk arah ke kanan. Ikut je anak panah dan jalan melalui trek hiking tu.
Selepas 10-15minit perjalanan, sampailah ke pantai yang cantik ni. Masa saya datang ni ada yang pasang khemah. Mungkin bermalam atau mungkin saja untuk berehat santai tepi pantai menikmati permandangan pantai.
Saya sampai dalam pukul 10 lebih. Mujur belum panas lagi tapi struggle sikit nak meredah ikut trek hiking sebab pakai selipar jepun.
Walaupun tak berapa jauh sangat tapi nak berjalan naik bukit dan turun bukit tu penat jugalah. Lagipun dah lama tak buat aktiviti hiking, stamina dia kelaut sungguh. Biarpun penat tapi dah nampak pantai yang cukup cantik ni lupa segala penat berjalan jauh tu. Betul kan?
Selain nak menikmati keindahan pantai ni, nak photoshoot sikit untuk dapatkan gambar yang cantik-cantik. Menikmati keindahan alam ni boleh dikatakan satu terapi untuk kita.
Sesekali perlu juga terapi macam ni selepas asyik fikir kerja je. Terapi macam ni percuma je. Duduk santai tepi pantai rasa bahagia dan tenang sangat.
Saya suka pantai tanjung biru ni sebab kebersihan pantai terjaga. Pasir halus yang bersih dan airnya yang biru jernih tu memang buatkan mata ni tak puas pandang.
Ombak dia pun pukul-pukul manja je. Memang sesuai untuk berehat santai mandi manda atau berkelah dengan keluarga dan kawan-kawan.
Jujur cakap saya tak suka mandi pantai sebab takut gelap. Tapi tak risau dah sebab dah siap-siap pakai PV Sunaway. Tengok laut macam ni punya cantik, siapa je tak teringin nak mandi pantai.
Boleh plan datang lagi dan mandi manda. Masa ni datang saja-saja dan untuk ambil gambar je.
Pantai ni biasanya tak ramai datang sebab kena jalan jauh masuk hutan bagai. Tak sesuai untuk orang tua atau budak kecil. Jadi, pantai ni kurang sesak.
Kalau weekend mungkin ramai akan singgah sini sebab hiker mesti tak lepaskan peluang jejak pantai ni.
Layan video ni. Tapi kualiti video kurang sikit. Tak tahulah kenapa. Masuk dalam youtube je dia jadi low quality. Huh!
Kalau korang bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan tu bolehlah singgah sini berkelah atau mandi manda di Pantai Tanjung Biru ni. Serius tempat ni sangat cantik dan tak rugi datang.
cantik nya kak... tp nk pergi situ agak susah ya....
ReplyDeletebest nya tanjung tuan
ReplyDeletecantik pemandangan :)
ReplyDeletecantiknya pantai dia..:)
ReplyDeleteTak minat hiking bagai Fiza walaupun tu aktiviti sihat kan... minat tengok laut je hihi....Pernah baca pasal pantai ni kat blog sapa entah...
ReplyDeleteCantiklah topi tu ....
Bestnyaa pergi pantai. Nampak bersih dan terjaga pantai ni :)
ReplyDeleteya allah.. cantiknya pemandangan
ReplyDeletecantik tapi kena hiking dulu tu eerm eerm..
ReplyDeletetapi lagi cantik topi sis tuuu i suka =D
Datang sini aritu setakat kat bawah jer... Mr. A dan kids malas nak hiking huhuhu...
ReplyDeleteCantik pantai dia giler lama tak sampai sini.
Bestnya I love the beach! Swimming, picnic, sunbathing
ReplyDeletebest betul tempat dia..laut dia..tenang je..kene daki dulu ye..menarik..tak pernag tau pasl ni
ReplyDeleteKat pd ni byk rupanya tempat best nk jalan2 ya.. Xtau pun kawasan ni ada
ReplyDeleteTenang ke tempat ni .. Air laut yg jernih ..memang sesuai kalau pergi bercuti hilangkan stress
ReplyDeleteCantiknya pantai tu.. dah lama tak pi pantai sejak kahwin ni.. teringin gak nak main2 buih2 di tepi pantai sambil menikmati keindahan sekeliling
ReplyDeleteCantiknya pantai tu.. dah lama tak pi pantai sejak kahwin ni.. teringin gak nak main2 buih2 di tepi pantai sambil menikmati keindahan sekeliling
ReplyDeleteAkak yang orang sotu pun tak pernah pergi. Tapi kalau buat hiking kat sini memang best .
ReplyDelete