Review | Dr. Pore Tightening Pink Clay Facial Mask

Memakai topeng muka @ Facial Mask adalah salah satu langkah penjagaan muka yang penting untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan cantik. Tapi, ramai yang skip memakai mask muka/facial mask ni. Sesetengahnya ada menganggap ianya sangat leceh. Tapi bagi pencinta kecantikan orang Korea, of course mereka tak tinggal memakai mask muka.


FUNGSI FACIAL MASK
Fungsi utama facial mask adalah untuk membuang sel kulit mati pada lapisan kulit luar dan dalam masa yang sama membersihkan pori supaya khasiat daripada pemakaian facial mask dapat diserap ke dalam lapisan kulit dengan lebih berkesan. 

JENIS-JENIS FACIAL MASK
  • Clay Mask 
  • Peel Off Mask 
  • Sleeping Mask
  • Sheet Mask

Antara ke empat-empat Fiza paling suka jenis sheet mask. Lebih mudah nak pakai dan tanggalkan. Sebenarnya setiap jenis facial mask ada kebaikan masing-masing. Ada untuk melembapkan kulit, mencerahkan kulit muka, merawat jerawat, anti-penuaan dan sebagainya. Yang paling utama, facial mask memberikan kelembapan, menegangkan kulit muka dan merawat kulit muka.

Dengan pemakaian facial mask secara konsisten akan memberikan kesan kulit yang sihat dan cantik. Pada Fiza dengan memakai facial mask ni seperti merehatkan badan juga seperti di spa. Ye lah kan, pakai mask mesti nak santai-santai rehatkan badan dan minda sekali. Barulah seiring cantik dan sihat.

Terbaru, Fiza cuba pakai Dr. Pore Tightening Pink Clay Facial Mask. Dr. Pore Tightening Pink Clay Facial Mask antara best seller produk di website Althea Korea. Apa yang buat kan Fiza tertarik untuk mencuba Dr. Pore Tightening Pink Clay Facial Mask ni, kau orang boleh baca apa yang Fiza kongsikan di bawah ni.

DR. PORE THIGHTENING PINK CLAY FACIAL MASK
Siapa yang suka warna merah jambu @pink macam Fiza gerenti jatuh cinta dengan warna pink clay facial mask ni. Pink Clay Facial mask bukan sahaja cantik daripada warnanya tapi boleh memberikan kulit cantik pada penggunaanya juga. Pink Facial Clay Facial Mask mengandungi French pink clay yang diformulasikan dengan kompleks bunga merah jambu yang berfungsi untuk
  • Menarik keluar kotoran dari liang-liang kulit muka (membersih)
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Menyegarkan kulit muka (melegakan kulit)
  • Menghilangkan kemerah-merahan pada kulit dengan ekstrak calamine dan brokoli (untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif)


BAHAN-BAHAN UTAMA 
  • French pink clay : Menyahtoksikan kulit sambil memastikan ia kekal terhidrasi 
  • French pink clay : Mencerahkan, menyegarkan dan antioksida 
  • Calamine : Menghalang masalah kulit dan melegakan keradangan kulit

CARA PENGGUNAAN PINK CLAY FACIAL MASK
1. Selepas bersihkan kulit muka, sapukan pink clay facial mask pada muka dengan menggunakan spatula spoon yang disediakan. Disebabkan ianya sejenis clay mask yang lembut, memang mudah nak apply pada kulit. Sapu nipis-nipis pun dah memadai sebab bukan jenis cepat kering.


2.  Biarkan selama 10-15 minit dan kemudian bilas dengan air bersih. 


Apa yang sangat menarik dengan pink clay facial mask ni adalah ianya sejenis clay mask yang lembut. Biasanya Fiza akan pakai selama 15 minit. Clay mask ni tak akan betul-betul kering macam clay mask yang biasa kau orang pernah tengok. Dia cuma akan kering sikit je dan masih lembut masa nak bersihkan muka. Jadi, kena bilas bersih-bersih.

Selepas cuci kau orang akan rasa kulit kau orang sangat segar, lembut dan lebih cerah. Lepas seharian pakai makeup dan kulit muka terdedah pada kotoran, bila pakai pink clay facial mask sangat puas hati dapat memanjakan dan membersihkan kulit dengan lebih bersih. Cuma bahagian pores tu Fiza rasa tak nampak beza sebab pores Fiza agak besar dan berkemungkinan ambil masa lah untuk nampak perubahan ketara. 

Apa-apa pun pink clay mask ni sangat best di pakai masa tengah bersantai untuk merehatkan kulit muka agak penat dengan makeup dan kotoran tu. Dan juga sangat bagus merawat kulit muka yang kemerahan akibat keradangan kulit. Boleh dapatkan di website ALTHEA KOREA.


RATINGS
Texture : ⭐⭐⭐⭐⭐
Smell : ⭐⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Effectiveness : ⭐⭐⭐
Price : MYR41

7 comments:

  1. pinky!
    aida guna sleeping mask.
    the next morning, fresh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sleeping mask belum pernah guna lagi. nak try jugaklah one day :)

      Delete
  2. oo dia jenis clay mask ea. Emi dulu suka betul pakai clay mask. Sekarang dah kurang sket sebab kulit emi jenis kering, so tak boleh pakai clay mask kerap sangat. Skrg banyak guna sleeping mask, hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik warna dia.. Sally pun suka sheet mask lagi sbb senang basuh.. Tapi boleh try yang ni nanti

    ReplyDelete
  4. Pinkkk my favorite color lahh. Suka clay mask, sleeping mask and sheet mask cuma peel off mask je belum try lagi.

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  5. Alamak.. Cntik lak color dia.. Pinky tu...!!! Klau kita dh syg nk guna.. Slain sheet mask, kita suka gk jenis mcm clay mask..

    ReplyDelete
  6. I have not try this yet, but read many good reviews about it.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.