Review | ETUDE HOUSE Double Lasting Foundation

Foundation, produk basic yang wajib ada untuk makeup. Fungsi foundation adalah untuk menyamarkan cela di muka seperti jerawat, jeragat, tompok hitam dan sebagainya. Foundation juga dikenali dengan bedak alas untuk menghasilkan makeup yang lebih cantik dan sempurna. Foundation biasanya di aplikasi pada muka dengan menggunakan jari, sponge dan berus. Terdapat juga pelbagai jenis foundation dan juga warna mengikut jenis warna tona kulit.

Ya, memilih foundation yang sesuai dengan kulit muka sangatlah susah. Pula tu ada bermacam jenis, jenama dan warna. Fiza ada tengok tutorial di youtube, tips memilih warna foundation adalah dengan cara sapu sikit tester foundation tu pada kulit muka dan pilih warna yang seakan-akan warna kulit. Bukan test pada kulit tangan dan jangan sesekali pilih warna cerah daripada warna kulit muka. 


Fiza dah cuba beberapa foundation dan setiap foundation tu ada kelebihan dan kekurangan. Nak jumpa yang sangat best dipakai sangat lah susah. Foundation terbaru yang Fiza dah cuba adalah ETUDE HOUSE Double Lasting Foundation. Dah lama juga Fiza nak beli foundation ETUDE HOUSE kod sand di Althea tapi baru sekarang berkesempatan nak mencuba. Etude House Foundation ni salah satu wishlist products yang Fiza nak.


ETUDE HOUSE Double Lasting Foundation (Code Sand)
Foundation Etude House ni antara produk yang ramai nak beli. Dari review yang Fiza bawah pad page product ni semuanya positif. Jadi, Fiza pun beli lah untuk cuba. Mana tahu sesuai untuk kulit Fiza ke kan. Disebabkan foundation ni tak ada pilihan code lain. Jadi, memang code sand ini je lah yang jadi pilihan. 


PACKAGING
Fiza paling suka kalau sesuatu produk tu menggunakan pump bottle. Bagi Fiza, kalau menggunakan kaedah pump ni lebih mudah nak menggunakan sesuatu produk tu tanpa perlu buka penutup. Pump foundation ini pun sangat mesra pengguna. Botol dia jenis kaca sama seperti foundation yang lain.

PERFECT COVER
Dengan menggunakan double shot technology, penggunaan foundation ni dapat memberikan kesan 2kali ganda dengan aplikasi hanya sekali. Kulit nampak lebih licin dan flawless tanpa cakey dalam masa yang lama sehingga 24 jam seperti yang telah dikaji. Setakat ni Fiza cuba beberapa jam je dan memang tidak cakey.


SESUAI UNTUK KULIT CERAH
Code sand ni sangat sesuai untuk kulit cerah dan jenis kulit tidak bermasalah. Kulit Fiza jenis tak berapa nak cerah dan ada masalah pores dan kulit tidak sekata. Bila pakai tu kena pakai dalam kuantiti yang sikit dan pakai secara nipis untuk nampak lebih natural. Kalau pakai tebal sikit dah nampak macam pelakon opera cina dah. 

JIMAT
Boleh dikatakan penggunaan foundation ni sangat jimat. Seperti yang Fiza dah terangkan tadi, Fiza guna dalam amount yang sikit je untuk perfect cover sebab kulit tak berapa nak cerah. Dan blend secara nipis-nipis je sudah memadai lah.

Tahan sehingga 12months selepas dibuka
CARA PAKAI FOUNDATION DOUBLE LASTING
1. Goncang botol ke atas bawah
2. Pump amount yang sesuai dan letakkan pada kulit muka
3. Kemudian dab dab dengan menggunakan jari/sponge untuk ratakan pemakaian foundation.


Nampak tak warna dia agak cerah pada kulit Fiza. Kalau guna sikit pun dah memadai untuk cover dan mudah blend. Kalau guna banyak dia akan nampak tebal dan akan menyebabkan cakey. 


BAU WANGI
Dalam banyak-banyak foundation yang pernah Fiza gunakan, Double lasting foundation ni bau dia agak wangi dan selesa untuk deria bau Fiza ni. Ada sesetengah foundation ada mengeluarkan bau yang tak best adakalanya. 


Untuk maklumat lanjut tentang ETUDE HOUSE Double Lasting Foundation dan pembelian, boleh rujuk di website ALTHEA KOREA.

RATINGS
Texture : 💋💋💋💋
Smell : 💋💋💋💋💋
Packaging : 💋💋💋💋💋
Effectiveness : 💋💋💋💋💋
Price: MYR61

10 comments:

  1. foundation yang ccl guna sekarang ni pun dah nak habis , boleh cuba foundation baru ni

    ReplyDelete
  2. Nti nak try juga double lasting ni..k.el pun suka fd guna pump bottle

    ReplyDelete
  3. Oo.. Dari Althea ke..
    Kita pun jenis tak pandai nak pilih pilih foundation ni. Heehe
    Sebab jarang pakai. Tapi suka jenis yang ngam ngan kulit muka.

    ReplyDelete
  4. oh ada satu kod je. ingat nak cuba juga. tapi, takut tercerah pula. ramai yang kata foundation ni bagus.

    ReplyDelete
  5. Wah dh try laa.. Kita xtry lagi.. Nanti de masa bru try... Tp mmg addict dgn etude house dr dlu lg

    ReplyDelete
  6. nad puna da beli yang ni, tapi kenapa nad punya bukan pump..hahaa..ni tidak adil..heee..best foundation dia..ringan je

    ReplyDelete
  7. I have tried this foundation and like the smooth texture and its coverage as well.

    ReplyDelete
  8. Ramainya pakai foundation ni, okey ke pakai, ada bercapuk tak

    ReplyDelete
  9. arrghh geram tgk foundation ni. dh lama nak beli tapi tak terbeli lg.
    dah lama tak pakai etude house nya.
    last pakai bb cream dia yg betul mcm colgate tu. wangiiii!
    cantik glowing je pakai.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.