Review | Too Cool For School Marshmallow Puff

Beauty blender atau sponge makeup memang wajib ada untuk pemakaian foundation yang lebih sempurna berbanding menggunakan jari. Tapi ada sesetengahnya ada yang suka menggunakan jari. Bagi Fiza guna jari okay je kalau kulit kau orang jenis tak bermasalah licin halus mulus. Tapi bagi kulit jenis bermasalah dan kurang licin, memang wajib pakai sponge atau berus.

Berus atau sponge? Fiza memilih sponge sebab lebih mudah untuk blend foundation pada kulit muka dengan rata memandangkan kulit muka Fiza bermasalah. Sponge bukan hanya digunakan untuk blend foundation sahaja, malah boleh gunakan untuk blend BB creams, concealer, highlighter dan sebagainya. Sangat serbaguna bukan? 


Beauty blender yang lama Fiza dah agak lusuh dan macam kurang berkualiti sebab dah lama sangat guna. Jadi, perlulah Fiza bertukar kepada yang baru. Tengok dekat Althea ada Marshmallow puff jenama Too Cool For School macam menarik je untuk dibeli. Kebetulan warnanya pink yang memang warna favourite Fiza. Terus masuk bakul dan sudah selamat sampai di tangan.


PACKAGING SESUAI UNTUK TRAVEL
Ya, Fiza akui yang packaging marshmallow puff ni sangat menarik pandangan mata Fiza. Bekas sponge yang simple dan comel. Sesuai sangat untuk letak dalam pouch masa travel tak bercampur dengan produk makeup yang lain. Kebersihan terjamin.

MUDAH DICUCI
Marshmallow puff sejenis beauty blender yang mudah dicuci dan sangat cepat kering tidak seperti sponge yang biasa Fiza beli sebelum ni.


TEKSTUR 
Sungguhpun mudah dicuci, tapi marshmallow puff ni ada satu je kekurangan yang Fiza rasa sangat tak puas hati. Tekstur sponge agak kasar dan kurang fluffy. Kalau dah basahkan dengan air pun masih terasa tidak lembut dan tidak terlalu kembang. Mungkin Fiza salah pilih sponge ataupun sponge ini untuk kegunaan jenis kulit yang tertentu? Mungkinlah.

Tapi Fiza masih juga guna sebab masih boleh guna untuk blend foundation, mudah cuci dan cepat kering. Itu yang buat Fiza masih simpan dan guna. Cuma kalau lagi lembut lagi best nak guna untuk blend foundation. Tapi ada sesetengah review yang Fiza baca sponge ni lembut dan mudah guna. Masing-masing bercakap melalui pengalaman dan kesukaan masing-masing berbeza. Ada yang suka guna yang lembut dan sebaliknya. Kalau nak cuba guna dan beli di website ALTHEA KOREA lah mana lagi.

RATINGS
Shape : ⭐⭐⭐⭐⭐
Texture : ⭐⭐⭐
Packaging : ⭐⭐⭐⭐⭐
Softness : ⭐⭐⭐
Price : MYR20

1 comment:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.