Review | TOUCH IN SOL No Poreblem Primer

Primer, bukanlah produk wajib untuk seseorang menghasilkan makeup yang cantik. Pendek kata bukan keperluan untuk mereka yang mempunyai kulit muka yang tidak bermasalah. Tapi bagi yang mempunyai kulit muka yang bermasalah seperti kulit kering, pori-pori besar tu memang wajib pakai primer lah untuk makeup lebih nampak sempurna dan cantik.

Fiza memang tak arif bab makeup ni tapi lepas tengok beberapa video tutorial makeup. Baru lah Fiza tahu yang primer bukanlah semua orang wajib pakai sebelum makeup. Tapi kalau jenis kulit bermasalah perlu pakai primer terlebih dahulu sebelum pakai foundation. Apapun tengok keadaan kulit muka dulu perlu atau tidak. Sesetengah MUA (MakeUp Artist) sarankan memang perlu pakai primer walaupun kulit tak bermasalah untuk dapatkan hasil makeup yang sempurna. 


Tapi bagi Fiza memang perlu sebab kulit Fiza ni bermacam masalah. Nak makeup nampak cantik pun struggle kot. Lagilah dengan tak pandai nak makeup kan. Disebabkan perlu ada primer, Fiza cuba lah TOUCH IN SOL No Poreblem Primer. Sebelum ni Fiza cuba  Skin Liar Primer Brand Elizavecca pun bagus juga cuma saja nak tambah koleksi primer jenis pump bottle dan nak cuba primer baru kot lah lebih bagus.

Sebelum cerita lebih panjang lebar, kenalah tahu dulu apa fungsi primer ni. Biasanya Fiza akan pakai primer selepas pakai moisturizer. Selepas dan biarkan 5 minit pakai primer barulah pakai foundation. Jadi, apa fungsi primer ni?
  • Meratakan warna kulit : Primer membuatkan kulit lebih halus dan boleh mengawal minyak berlebihan pada kulit muka dengan memberikan kesan matte pada kulit. 
  • Menyamarkan garisan halus : Pemakaian primer dapat menyamarkan garisan halus pada muka selepas pemakaian foundation. 
  • Pemakaian foundation tahan lama : Dengan pemakaian foundation dapat membuatkan foundation lebih tahan lama dan menjaga kulit daripada menjadi kering. 
  • Menjaga Kulit Muka : Primer adalah sebagai penghalang antara kulit dan foundation. Kadang kala foundation mempunyai kandungan bahan yang boleh merosakkan kulit. Jadi, primer boleh melindungi kulit daripada bahan foundation yang tidak bagus untuk kulit. 
  • Makeup Sempurna : Bila primer mampu menutup segala pori-pori besar, kekasaran, kedutan dan buat makeup tahan lama. Maka, terhasillah makeup yang sempurna.
Primer pula ada beberapa jenis dan kalau nak tahu, boleh cari di goole dan jangan malas membaca ye. Apa yang Fiza nak review tentang TOUCH IN SOL No Poreblem Primer ni, kau orang boleh baca sampai habis.

PUMP BOTTLE MESRA PENGGUNA
Fiza paling suka jenis produk yang menggunakan pump bottle sebab lebih mudah untuk gunakan sesuatu produk tu. Pump pun mudah nak handle dan tak perlu nak try hard sangat pump. Boleh dikatakan ianya mesra pengguna.


MENUTUP PORI-PORI, KEDUTAN  DAN KEKASARAN KULIT
Yes, disebabkan kulit muka Fiza ada masalah pori-pori, kedutan dan kekasaran pada kulit memang perlu pakai primer sebelum pakai foundation. Boleh tutup pori-pori terbuka walaupun tak totally tutup habis memandangkan kulit Fiza memang jenis pori-pori besar.  Secara tak lansung kulit jadi licin sikit dan lebih mudah lah nak apply foundation.

Before

After

PRIMER YANG RINGAN DAN TIDAK MELEKIT
Kalau produk jenis melekit-lekit ni memang rasa rimas nak pakai. Rasa macam tak bernafas je kulit tu kalau pakai produk yang melekit dan tebal. So far Fiza rasa primer ni pakai sikit dan nipis pun dah memadai.
After apply primer, Before apply foundation

MAKEUP TAHAN LAMA
Yes, sangat berbeza kalau pakai primer dengan tak pakai primer. Kalau tak pakai primer tu makeup nampak bercapuk (cakey) selepas beberapa jam. Tapi kalau pakai primer, makeup tahan lama stay the same lah walaupun selepas beberapa jam. Kiranya lebih puas hati kalau pakai primer sebelum apply foundation.

After apply foundation

CARA PENGGUNAAN
1. Pump out primer dan apply secara nipis dengan cara dab-dab pada pori-pori, bahagian kulit kasar dan kedutan.
2. Kemudian biarkan muka selama 5 minit sebelum apply foundation.


RECOMMENDED!
Untuk kau orang yang ada big pores (pori-pori besar), kulit muka tak sekata, kedutan garis halus dan kulit kasar tu, should try TOUCH IN SOL No Poreblem Primer untuk hasilkan makeup yang lebih cantik


RATINGS
Packaging : 💗💗💗💗💗
Texture : 💗💗💗💗💗
Smell : 💗💗💗💗💗
Colour : 💗💗💗💗💗
Effectiveness : 💗💗💗
Price:  MYR41
To buy >> ALTHEA KOREA 

8 comments:

  1. sy tak pernah pakai primer. tp sebenarnya tgh tercari-cari jugak primer apa best. primer dari althea ni nampak mcm bestttt jugak. hehee. harap2 lepas pakai primer muka jadik ploles lahhh..

    ReplyDelete
  2. Macam best aje ni, boleh lah masukkan dalam wishlist. Hiks :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.