Sesekali Buat Spring Cleaning

Fuhh..agak lama rasanya tak buat spring cleaning kat rumah ni. Bila barang dalam rumah makin bertambah rasa semak pula.  Jadi, bila ada kerajinan tu mula lah memunggah segala barang yang ada. At least mana yang dah tak elok tu bolehlah buang dan kurangkan ruang dalam rumah. Pada mulanya nak kemas kotak-kotak kasut yang ada tapi alang-alang dah kemas, habis semua ruanglah Fiza kemas.


Semua koleksi kasut ni Fiza kumpul dari zaman bujang. Kalau dibandingkan dengan kotak kasut husband jauh beza tu. Bila dah berkahwin ni nak shopping kasut pun masa raya je lah. Dulu kerja lain cerita lah sebab hari-hari berkasut. Bila kerja kat rumah nak beli kasut tu rasa macam tak perlu lah. Kalau berminat baru lah beli.

Kasut hantaran pun Fiza tak pernah guna lagi. Rasa rugi pula beli pump shoes yang tinggi tu. Konon acah-acah nak tinggi lah dulu. Sudahlah tak terpakai sampai sekarang. Berat tak boleh tampung dah. Sedih! Pakai sekejap dah sakit kaki. Jadi, lebih rela pilih keselesaan daripada kesakitan. Simpan je kasut tu.


Mana kasut yang merekah dan reput tu terpaksa buang je lah. Nak simpan pun tak boleh nak hantar repair lagi dah. Sayang tu memang sayang tapi nak buat camna kan.

Kulit kasut mereput
Kulit kasut merekah




Yang mana tapak tercabut dan boleh repair tu boleh simpan lagi hantar kat kedai. Nanti dah okay boleh pakai semula. Cuma tu lah dok simpan je entah bila nak hantar kedai memang terperam je lah dalam kotak. Yang masih okay dah Fiza jarang pakai, Fiza nak let go dengan harga murah-murah je. Tapi ada satu kasut je lah Fiza nak let go sebab yang lain semua sayang. Kasut Adidas Piona Slip On ni sekali dua je Fiza pakai.

Tak selesa pakai sebab kasut ni sesuai untuk yang kaki kurus. Kaki Fiza jenis lebar dan bila pakai tu mengembang lain macam. Untuk orang kurus, kaki kurus sangat sesuai dan selesa pakai sebab tapak dia super comfy lah. Vibecomplete!





Fiza nak jual half price je, kalau berminat boleh contact Fiza ye. Kondisi kasut masih elok lagi sebab pakai 2 -3 kali je. Okay, habis cerita kasut. Sambung cerita spring cleaning bersihkan air-cond pula. Lately rasa air-cond kurang sejuk. Jadi, husband kata nak bersihkan filter je. Nak service sendiri tak berapa pakar. Bersihkan filter pun jadi lah. Sekali keluarkan filter, mak aihhh tu diaaa habuk! Boleh buat karpet.


Selepas cuci bersih dari segala habuk, terus sejuk beku air-cond walaupun buka 27 je. 

Lagi satu yang Fiza buat kemas segala produk makeup dan skincare. Mana dah expired dan dah habis Fiza bersihkan dan buang dalam recyle bin untuk kitar semula kaca, plastik dan sewaktu dengannya. Kalau dulu rajin bersihkan dan simpan segala botol. Sekarang ni mana yang dah habis dan expired tu buang je la.  


Spring cleaning sangat memenatkan. Buat kerja satu hari pun rasa cepat je berlalu dan rasa tak cukup masa nak membersih segala ruang dalam rumah ni. Tapi bila dah bersihkan memang sangat puas hati lah. Baru lah tak sakit mata tengok ruang rumah serabut. Dah kemas barulah selesa dan sedap mata memandang.

Banyak faedah buat spring cleaning ni. Barang lama yang elok boleh guna semula, mengurangkan ruang dalam rumah, kemas, bersih dan paling best sesekali berpeluh macam bersenam. Barulah rasa sihat dan segar sikit. Tak gitu? Haa, kau orang bila nak buat spring cleaning tu? 

10 comments:

  1. wow setahun sekali kena buat kan
    aircond tue penuh habuk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berbulan tak bersihkan memang berhabuk tebal lah filter tu..huhu =_='

      Delete
  2. banyaknya koleksi kasut dia..tp syang kan yg merekah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu suka shopping kasut. memang sayang tapi nak simpan tu xleh buat apa.

      Delete
  3. wahhhhh.. bnyaknya.. haha.. dah boleh buka kedai kasut.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..buka kedai kasut tu memang tak lah. hanya sekadar koleksi

      Delete
  4. Rasa macam terapi bila tengok rumah dah bersih dan kemas kan? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. sangat puas hati kalau bebas habuk tu.

      Delete
  5. wow!
    aida ni byk beli kasut time dulu kala jer, fiza. sejak 4-5 thn kebelakang ni, dah x byk kasut.
    lagipun gi keje, kerajaan da sponsor kasut. itu yg jadik x membeli kasut.
    time ke swasta dulu kala, memang menggila kasut aida.

    ReplyDelete
  6. hahahah .. i pun tengah buat spring cleaning dari februari aritu... mmg byk kena masuk muzium dah sebenarnya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.