Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah
Sejak Malaysia telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah, sejak itulah mula mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan sisa makanan yang tak boleh dikitar semula. Sisa pepejal yang boleh dikitar semula biasanya akan dibersihkan dulu sebelum dibungkus mengikut jenis seperti :
- Kertas - Surat khabar lama, majalah, resit, kotak kertas, risalah, buku lama yang tidak digunakan, komik, katalog, kertas A4, kertas berwarna, bil, kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
- Plastik - Botol minuman, bekas makanan, bekas ubat, bekas sabun, dan lain-lain
- Kaca/Seramik - Botol kicap, botol sos, botol minuman, botol ubat, bekas kosmetik dan sebagainya.
- Tin aluminium/besi/logam lain - Tin minuman ringan, tin makanan, tin biskut, alatan dapur dan lain-lain
- Sisa elektrik/barang elektrik kecil - Bateri, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
- Bahan fabrik/kasut/getah/kulit - Kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya.
- Sisa berbahaya - Botol penyembur ubat nyamuk, tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai-anai dan sebagainya.
Biasanya Fiza akan asingkan sampah kitar semula dalam plastik dan letakkan pada hari kutipan (selasa). Bila dah asingkan sampah kitar semula ni lebih memudahkan kerja orang lain juga. Macamana dengan sisa makanan pula? Untuk sisa makanan Fiza akan asingkan dengan sisa sampah yang lain. Sediakan bekas sampah khas untuk sisa makanan sahaja.
Kalau rumah di Jepun, mereka menggunakan “Sankaku Koona” atau Sudut Tiga Segi iaitu satu bekas yang diletakkan di sudut sinki bagi untuk pembuangan sisa makanan. Cara ini sangat pratikal dan bagus untuk pengasingan sisa makanan basah untuk mengelakkan sinki dan longkang tersebut. Selain itu sampah sisa makanan tidak terdedah yang boleh mengundang semut, cicak dan lalat.
Disebabkan penapis non woven susah nak dapat. Jadi, Fiza guna kaedah yang berbeza tapi masih mengamalkan pengasingan sisa makanan. Cara Fiza, letakkan plastik dan alas dengan kertas supaya sisa makanan basah dapat diserap untuk elakkan air bertakung dan berbau. Jadi, bila dah penuh terus ikat dan sampah pun tidak basah berair.
Untuk sampah biasa yang bukan dikitar semula, Fiza pilih tong sampah bertutup untuk elakkan lalat, semut dan cicak datang tanpa diundang. Sampah kalau dihurung lalat, mulalah akan berulat. Semut pun rajin bawa sampah entah kemana sampai boleh berkampung. Macam biasa, letak juga kertas selepas letak plastik sampah. Luar tong sampah pula Fiza akan pastikan bersih walaupun hanya tong sampah.
Kadang kalau ada tersilap buang sampah dan tercalit kotoran, kejap je semut sekampung datang. Tak pasal ada kerja baru nak membersihkan satu hal. Kebersihan dapur haruslah di utamakan. Dan sebelum tidur Fiza akan pastikan dapur dah siap dibersihkan. Jadi, esoknya barulah ada mood memasak bila dapur dah bersih.
Walaupun pengasingan sisa makanan dan sampah biasa ni nampak remeh tapi sepatutnya dipratikkan oleh dalam seharian hidup kita. Kebersihan persekitaran haruslah diutamakan. Tak gitu wahai pembaca sekalian?
good sharing fiza..:)
ReplyDeleteNice tips. Pengasingan sampah basah dan sampah yg kering.
ReplyDeletehttp://www.imaginasiklasik.com
Bagus fiza but mcm ni
ReplyDeletetq fiza for sharing, kekadang benda ni nampak remeh tapi kalau tak amalkan buat pengasingan macam ini, dapur pun berbau dan mood nak masak pon spoil kan
ReplyDeletetak pernah buat lg... insyallah kene cuba mulakan juga
ReplyDeleteSepatutnya memang kena asingkan tapi kadang-kadang malas tu ya ampun.. tapi nice sharing nak buat jugak
ReplyDelete