Unboxing Althea Beauty Haul 9.0
Althea Box datang untuk kesekian kalinya. Rezeki dapat rewards point awal bulan haritu terus Fiza shopping untuk Althea Beauty Haul 9.0. Haa, tak sampai setahun dah 9 kotak Althea Fiza kumpul. Altheans yang lain agaknya dah berpuluh kotak shopping K-Beauty products kat Althea tu. Mana taknya Althea memanjang buat sale. Macamanalah seorang perempuan tak tergoda!
Untuk box ke sembilan ni Fiza pilih beberapa produk skincare dan makeup. Rasanya cukuplah kot berhenti beli barang makeup sebab dah cukup ada semuanya setakat ni. Lepas ni akan shopping produk skincare je lah. Focus untuk cantikkan kulit muka dulu, then baru lah fikir nak makeup kalau dah pandai nanti. Jom tengok video unboxing Althea Beauty Haul 9.0 Fiza ni.
Fiza senaraikan barangan yang dibeli siap sekali harga. Kotlah ada yang berminat nak membeli juga kan. Fiza boleh cakap yang semua barangan ni memang best pakai. Macam biasa, Fiza akan review satu persatu nanti ye.
- Cool Night Peel Off Mask RM38.00
- Black Kill Pore Cleaner RM57.00
- Blur Stick RM51.00
- Missha 4D Mascara RM16.00
- Angle Foundation Brush RM16.00
- Saemmul Cream Stick Blusher Rose Fire RM39.00
- Eyebrow Brush RM5.00
Total semuanya MYR222. Disebabkan dapat rewards point dan ada balance points dalam account sebanyak MYR222, jadi Fiza tak perlu tambah bayaran. For the first time shopping tanpa buat bayaran. Happy teruk! Untung sangat kalau shopping boleh dapat points dan gunakan points tu untuk pembelian berikutnya. By the way, semua barangan tu kau orang boleh beli terus melalui website ALTHEA KOREA.
ptt makin berseri muka..guna produk korea..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah..jom kita berseri bersama-sama
Deleteyeah ... mesti happy bila dpt pink box ni.
ReplyDeletegiler tak happy kak. happy sangat :)
Deletesyoknya..semua barang make up..actually teringin gak nak beli barangan make up and nak make up sendiri..tapi tulah..hahaaha...bila masa nak bermake up entah..
ReplyDeleteSaja beli ni kak nak cuba-cuba makeup.
DeleteMenarik betul barang2 Althea ni, harga pun berpatutan nampaknya :)
ReplyDeletewow ! shopping tanpa bayaran tu adalaaaaaah awesome !!
ReplyDeleteTahniah... Wanita dengan barangan kecantikkan memang tak dapat di pisahkan...
ReplyDelete