Review| The Saem Saemmul Cream Stick Blusher (Rose Fire)
Blusher atau pemerah pipi antara produk makeup yang jarang nak pakai. Biasanya Fiza akan gunakan lipstick warna lembut dan dab dab pada pipi. Nak pakai blusher jenis powder memerlukan berus barulah sekata. Disebabkan suka makeup on the go. Jadi, lebih suka yang mudah dan ringkas untuk digunakan.
Jenis yang suka makeup on the go tu, boleh cuba the SAEM Saemmul Cream Stick Blusher (Rose Fire). Sejenis blusher berbentuk stick yang dah lama Fiza perati je dan akhirnya dapat juga. The SAEM Saemmul Cream Stick Blusher (Rose Fire) juga salah satu wishlist dalam Top 10 Korean Beauty Products yang Fiza teringin sangat nak ada.
WARNA PINK YANG MENARIK
The SAEM Saemmul Cream Stick Blusher code rose fire ni warna dia nampak macam terang sangat tapi selepas apply pada pipi taklah terang sangat sebenarnya. Pink yang didatangkan sekali dengan effect glitter.
MAKEUP ON THE GO
Bila dah ada stick blusher ni kerja makeup jadi lebih cepat. Boleh berblusher dimana saja dan pada bila-bila masa gitu. Sesuai sangat untuk kau orang yang sibuk dan suka dengan cara makeup on the go je. Janji ada calit sikit dan nampak seri sikit pun dah okay.
CARA PAKAI YANG MUDAH
Dab 2-3 kali pada bahagian pipi dan tulang pipi, kemudian gunakan jari untuk ratakan warna blusher. Tersangatlah mudah nak pakai stick blusher ni.
PACKAGING COMEL DAN TRAVEL SIZE
Paling Fiza suka packaging dia sangat comel. Jenis twister stick blusher dan travel size senang nak bawa ke mana saja. Letak dalam poket pun boleh. Eh, rajin sangat nak letak dalam poket. Nak acah-acah pipi sentiasa merah-merah gitu.
Dab dab sikit nampaklah berseri sikit kan. Kau orang boleh buat pembelian dia website Althea Korea dengan harga murah je.
K.el pun x suka blusher powder..suka yg blusher cushion..kdg2..pkai lipstik color lembut pinky2 skit..nti bleh try yg ni plak
ReplyDeleteSally mmg suka SAEM, usually beli hair products... Suka sgt tgk kaler dia...Sally pulak mmg sejenis suka warna merah gituu
ReplyDeleteSuka ni! Blusher powder Saya selalu comot haha
ReplyDeleteComel je bluaher dia dalam bekas blh putar2 kan.. Barang2 kat althea mmg berkualiti
ReplyDeleteWah menarik blusher ni.. Sennag pakai ni.. Tinggal sapu je pastu blend..
ReplyDelete