Review | W.Lab Black Kill Pore Cleaner
Merimaskan betul kalau ada whitehead dan blackhead berkampung pada muka. Rasa nak picit-picit keluarkan je. Bila tangan gatal nak memicit tu mulalah kulit muka akan merah-merah dan lepas beberapa lepas tu mesti kulit muka mengelupas. Tapi cara tu sangat tidak bagus untuk kulit muka kita sebenarnya.
Banyak cara lain yang lebih selamat, mudah dan berkesan untuk menghilangkan blackhead selain memakai mask ataupun menggunakan besi khas untuk mengeluarkan blackhead/whitehead. Kedua-dua cara tu betul tapi kalau nak lagi best kau orang boleh cuba W.Lab Black Kill Pore Cleanser yang boleh membuang blackhead dengan cara paling mudah dan berkesan.
Fiza beli pun sebab nak mencuba guna. Daripada review yang Fiza baca pada page produk ni, kebanyakkannya memberikan feedback yang positif selepas menggunakannya. Dan ramai yang request untuk keluarkan big size. Jadi, why not Fiza cuba juga memandangkan Fiza jenis rimas kalau ada blackhead/whitehead pada hidung terutamanya. Bila W.Lab Black Kill Pore Cleanser nampak macam tersangat mudah nak gunakan, memang Fiza nak sangat cuba.
BRUSH HEAD
Didatangkan dengan brush head yang lembut untuk tujuan memudahkan pembuangan blackhead pada bahagian muka.
CLEANSER DISPENSER BUTTON
Apa yang memudahkan untuk menggunakan produk ni sebab ianya 2 in 1. Selain dilengkapi dengan brush head, terdapat cleanser dispenser button pada bahagian tepi. Fungsinya adalah untuk memudahkan kita untuk mengeluarkan cleanser semasa menggosok brush head pada kulit muka. Tak perlu bersusah payah nak berhenti dan topup cleanser kan?
BLACKHEAD TREATMENT
Mengandungi serbuk arang dan air laut untuk menyingkirkan sebum dalam liang roma menjadikan penggunaan W.Lab Black Kill Pore Cleaner adalah penyelesaian masalah blackhead yang sangat berkesan. Juga mengandungi menthol untuk menyejukkan kulit dan meminimakan liang roma selepas blackhead dikeluarkan.
CARA PENGGUNAAN
1. Basahkan bahagian kulit muka yang terdapat blackhead
2. Picit button untuk keluarkan cleanser
3. Gosok pada bahagian tersebut dengan perlahan secara membulat dalam 1-2minit.
4. Cuci muka dengan air bersih.
Serius sangat puas hati ada alat yang lebih mudah nak guna untuk keluarkan blackhead yang degil ni. Patut lah pun ramai yang minta besarkan saiz botol sebab W.Lab Black Kill Pore Cleaner. Kalau tak berkesan pada kau orang mungkin produk tu tak sesuai lah. Kau oarng boleh dapatkan W.Lab Black Kill Pore Cleaner dengan harga MYR57 melalui pembelian di website ALTHEA KOREA.
singgah ptg selasa
ReplyDeletewow menarik
alangkah bestnya mam byk juga blackhead ni
ReplyDeleteThat's a cool blackhead remover. Affordable as well
ReplyDeletewahhh menarik ni..cara selamat nak hilangkan blackhead semua tu kan. harus dicuba ni.
ReplyDeleteMenarik jugak ni.. Siap ada berus blh picit2 lagi.. Boleh masuk dlm list la nanti
ReplyDeleteOh wow looks cool, I have not try this brand before. Their products look quite promising.
ReplyDeletePernah nak try benda alah ni tp wawa xtau kesan dia cmne.. Ok ke x... Tp tgk rmi juga yang guna benda alah ni kan..
ReplyDeleteAlahai..bestnya guna ni. Boleh urut urut muka gitu kan.
ReplyDeleteRasa bersih je muka tu nanti..