Tempat Menarik Untuk Photoshoot di Pantai Puteri Melaka
Selesai urusan check out tengahari di Hotel Mimosa Melaka, plan dengan husband nak pergi mana-mana pantai untuk ambil gambar. Dah plan elok nak pergi Pantai Klebang petang selepas check in hotel.
Tapi hampa bila sampai Pantai Klebang sesak dengan manusia. Hajat husband nak merasa air coconut shake original pun tak merasa. Itu yang decide nak pergi mana-mana pantai lepas check out sebelum balik rumah.
Pantai Klebang macam panas sangat nak lepak waktu tengahari, jadi saya pilih untuk pergi Pantai Puteri Melaka walaupun dah pernah datang sini. Takpelah, janji dapat tengok pantai dan laut sebagai terapi.
Orang yang rumah dia jauh dari pantai bila tengok pantai tu rasa seronok je. Rumah dekat dengan laut, of courselah dah jemu.
Apa yang saya suka tentang Pantai Puteri ni lebih redup dan tak panas sebab banyak pokok rhu. Kawasan pantai pun cantik dan bersih.
Pantai Puteri ni pernah popular satu masa dulu sebab macam Nami Island Korea katanya. Pantai Puteri ni tengahari pun meriah juga sebab ramai penduduk tempatan suka berkelah dengan keluarga kat sini. Budak-budak lagilah suka sebab mandi laut.
Saya tak lepak lama kat sini sebab hanya plan untuk ambil gambar je sebelum gerak balik rumah. Jadi, sempatlah ambil beberapa gambar je sebagai kenangan jejak Melaka tahun 2019 ni. Tahun bila nak datang lagi tak tahu lah. Walaupun negeri sebelah je tapi jarang datang.
cantik kan view kat pantai puteri tu...
ReplyDeleteCantik pemandangan..akak x tau la pernah pergi ke tak pantai puteri ni..rasa macam tak pernah..bersih pantainya kan...
ReplyDeleteterasa nak pergi lafi ke pantai puteri
ReplyDeletepantai puteri ni fevret encik suami kalau dia ke melaka...mesti nak piknik or tido berkhemah sini semalam dua..
ReplyDelete