Hello March!

Hello March! Bulan February dah berlalu pergi dengan cepat. Mana taknya, satu-satunya bulan yang hanya 28 hari pada tahun ni. Melainkan kalau tahun lompat, lebih sehari menjadi 29hari. Siapa yang birthday 29haribulan tu, tahun depan 2020 lah baru merasa sambut birthday. Well, kedatangan bulan March bermakna ada 2 bulan lagi Ramadhan bakal tiba. Boleh buat persediaan puasa sunat dan jangan lupa puasa ganti ye.


Marilah kita struggle mengharungi 31 hari dalam bulan March yang macam agak lama je nak tempuh. Belum mulakan lagi dah rasa macam nak mengalah dah ye. Rasanya bulan March ni dapatlah berehat sikit kot dan tak sibuk macam bulan February. Harap-harap begitulah. Semoga apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar.


Kadang terfikir bila struggle sangat bekerja sampai lupa kesihatan diri. Jadi macam life yang tak sihat. Life tak sihat kesihatan pun berkurang terutamanya mental lah sebab banyak bekerja menggunakan mental. Bekerja menggunakan mental lagi penat sebenarnya berbanding bekerja dengan fizikal. Betul tak?

Apepun demi kelansungan hidup, haruslah buat kerja yang boleh tambah pendapatan. Paling tak best bila orang anggap seorang suri rumah macam rendah sangat taraf dia. Ha ye lah, duduk rumah goyang kaki tunggu duit turun dari langit agaknya. Suri rumah bukan macam dulu lagi. Sekarang dah boleh buat kerja online dan takde istilah rehat pun. Tak tahu ke yang surirumah ni kerja tak pernah habis. Kena bahagi masa buat kerja sendiri dan kerja rumah. Sila bersyukur dengan kehidupan masing-masing, senang cerita.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.