Makeup | Sixteen Brickit Shadow Kit #Choco
Bila makeup stuff dah semakin bertambah, dan semakin rajinlah nak bereksperimentasi dengan makeup stuff yang ada. Salah satu produk makeup yang baru Fiza gunakan ialah Eye Palette Sixteen Brickit Shadow kit Choco Edition yang Fiza dapat sempena Xmas Giveaway. Masih ingat lagi tak entry yang lepas tu, kalau ada terbaca lah.
Fiza sebenarnya sejenis yang jarang sangat pakai eyeshadow dan kalau pakai hanya yang nampak natural je tak terlalu terang. Takut silap blend jadi mata apa entah nanti. Tapi dengan adanya edisi nude choco shades Sixteen Brickit Shadow Kit ni rasanya pakailah shade mana sekalipun memang nampak cantik. Paling cantik kalau buat smokey eyes. Kalau pakar bab eyeshadow ni nak nampak lain sikit boleh buat cut crease.
Sixteen Brickit Shadow Kit #Choco
- Egg Nog
- Cotton Sugar
- Sweet Latte
- Milk Coco
- Rose Macaroon
- Hazelnut Syrup
- Cinnamon Powder
- Deep Brownie
- Melting Ganache
- Cacao 100
Nak buat cut crease memang tak pandai. Tangan mengginggil kalau nak buat cut crease tu gerenti cut line dia nampak comot. So, Fiza cuba lah buat style entah apa pun tak tahu lah. Janji bila blend nampak macam okay. Okay ke tak?
Mula-mula Fiza buat potongan winged eyeliner, lepas tu baru blend dengan warna cacao 100, Cinnamon Powder, Deep Brownie dan Melting Ganache. Nak menarik lagi tambahlah glitter ke. Kagum gila dengan manusia yang pandai sangat bermakeup, lagi-lagi bab eyeshadow ni. Nampak cantik je kejadiannya. Tapi bila cuba sendiri daripada tutorial, tak menjadi sangat. Pratice make perfect lah orang kata.
Kalau nak pandai kena rajin pratice lah. Well, apa yang Fiza suak tentang eye pallette sixtenn brickit shadow kit choco ni shades dia menarik untuk peminat nude colours dan nampak lebih natural tak keterlaluan. Sesuai sangat untuk mereka yang suka makeup yang simple-simple atau daily looks lah. Shades dia sangat pigmented dan blend dengan warna lain pun tetap nampak cantik.
Kedua, Fiza suka packaging dia yang nampak macam coklat bar ni. Rasa macam coklat sebenar pula bila tengok packaging eye palette ni. Dilengkapi dengan cermin dan juga double applicator untuk lebih senang blend eyeshadow tu. Thank you Mamasan Tammy Lim and Althea Korea!
Kedua, Fiza suka packaging dia yang nampak macam coklat bar ni. Rasa macam coklat sebenar pula bila tengok packaging eye palette ni. Dilengkapi dengan cermin dan juga double applicator untuk lebih senang blend eyeshadow tu. Thank you Mamasan Tammy Lim and Althea Korea!
terbaek :)
ReplyDeletewow bestnya..
ReplyDeletesimple tp cantik
ReplyDeletetak ingat da bila last tepek2 eyeshadow. nak kena asah balik ni.. tah2 jadi ape kalo CT yang mekap skrng..
ReplyDelete