Ramen Spicy Carbonara Sedap!

Kalau kau orang peminat ramen spicy perasa carbonara, kau orang patut cuba ramen spicy carbonara keluaran muslim ni. Makanan pedas-pedas ni memang favourite saya dan paling menarik sebab carbonara tu. Biasanya kita nampak ramen spicy tu yang berwarna merah pedas-pedas  tu kan. So, yang ni ada carbonara dan memang wajib cubalah!

Dah lama nak cuba ramen spicy carbonara ni tapi disebabkan asyik takde stok je. Bulan ni lah baru dapat stok dan rasa. Nak beli set dapat sebungkus je. Alahaii..Janji dapat rasa. Ada 2 lagi perasa sedap iaitu tomyam verapi dan curry cheese. Perasa yang jarang dan susah nak dapat di pasaran. Saya pilih spicy carbonara sebab husband suka carbonara, dia tak makan tomyam.


Dalam pack ni, ada mee ramen, spicy carbonara flavour, chilli oil dan bijan/seaweed. Saya suka mee ramen macam ni sebab biasanya macam mee maggi tapi saiz besar tu kan?



Cara Nak Masak Ramen Spicy Carbonara mudah sangat. Ikut je arahan yang disediakan pada pembungkus ramen tu.

1. Rendam mee ramen dengan air panas sampai kembang masak dan toskan.
2. Masukkan dalam pinggan/mangkuk. Campurkan spicy carbonara flavour, chilli oil dan bijan. Gaul rata dah siap!


Bila dah siap tu jangan tunggu lagi, terus makan okay barulah sedap makan panas-panas dan pedas. Kalau dah sejuk kurang sedap lah. Tulis kat pembungkus tahap pedas dia macam pedas tapi level pedas pada saya tak super pedas sangat. Masih boleh makan sekali hadap sebungkus tanpa air.


Rasa dia sangat sedap sangat!. Kalau kau orang suka carbonara tu memang wajib cuba lah. Rasa dia creamy cheesy dan pedas-pedas tu yang buat rasa dia sedap. Kalau sebungkus makan kongsi memang tak cukup ye kakak-kakak. Saya makan kongsi rasa tak puas makan. Lepas ni nak beli lagi dan rasa yang lain. 

7 comments:

  1. waaa...menarik gabungan italian dan asian...carbonara pedas, mana pernah jumpa lagi..boleh cuba ni!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tau ada ramen carbonara. Versi pedas lak tu. Menarik combination dia.

    ReplyDelete
  3. alamak.. yang dpedas2 ni kite lari dulu..

    ReplyDelete
  4. wah mcm menarik ni, nnt qekra nk try lah.

    ReplyDelete
  5. dia punya darjah kepedasan tu macam ngeri nak cuba :D

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.