Sampul Duit Raya Hipster Popular Sekejap

Fuhh! Satu kelegaan bila semua tempahan sampul duit raya hipster siap awal dari jangkaan. Saya target memang nak siapkan before 30 Mei sebab pos laju dah keluarkan notis kalau nak barang sampai sebelum raya kena pos sebelum tarikh tu. 

Sumpah kelam kabut nak siapkan segala tempahan terutamanya tempahan yang banyak. Alhamdulillah tahun ni memang tak sangka banyak betul tempahan. Memang tak menang tangan macam dalam semua media cakapkan tu.

Tak sangka sebenarnya wartawan dari Bernama.com contact saya untuk buat cerita pasal sampul duit raya hipster ni. Tak cakap banyak, saya pun bagi maklumat apa yang perlu. Umur tu umur tipu-tipu. Trend masuk paper memang tak tepat bab maklumat tu. Kah!

Dan tak sangka juga cerita yang wartawan propose ni keluar dalam media juga. Mulanya keluar dalam media online je tapi dalam surat khabar pun keluar juga cerita Sampul Duit Raya Hipster ni. Okay tumpang popular sampul duit raya hipster sekejap!

http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1728559

https://www.nst.com.my/lifestyle/pulse/2019/05/490474/cashing-demand-hari-raya-money-packets

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/566650/sampul-duit-raya-hipster-jadi-tumpuan

https://www.mstar.com.my/xpose/isuke/2019/05/22/sampul-duit-raya-hipster

https://www.projekmm.com/news/berita/2019/05/22/azhafizah-sengkang-mata-siapkan-7000-sampul-raya-hipster/1755308

Berita dalam surat khabar saya sempat beli kosmo je. Dalam Harian Metro tak sempat nak beli. Selain saya, dalam artikel yang sama ada juga pembuat sampul duit raya hipster yang lebih comel sebab ada kartun-kartun classic yang hipster tu. Serius comel! Cerita dalam semua media sama je. Saja lah simpan dalam blog buat kenangan. 


Ikutkan saya ada peluang untuk di interview wartawan tapi disebabkan masa free tak sama. So terpaksa lah cancel interview tu dan memandangkan kena siapkan tempahan cepat. Memang tak ada masa lain lah untuk slot interview tu. Maaf media. 

Tapi memang berterima kasih pada wartawan yang contact saya. Lepas masuk paper memang ramai yang whatsapp, email dan direct message. Tapi itulah, tempahan dah tutup awal. Terpaksalah mengecewakan mereka yang nak order tu. Bukan rezeki.



Jangan kecewa, lepas cuti raya saya open order anytime. Jika berminat boleh tempah untuk event raya ke, untuk tahun depan, untuk kenduri kahwin ke. Silakan tempah awal ye. Terima kasih semua yang menghargai hasil kerja saya. Alhamdulillah rezeki bulan puasa dan juga syukur semua bagi feedback positif. 

10 comments:

  1. semoga semakin berkembang dgn jayanya fiza... murah rezeki...

    ReplyDelete
  2. wahhhhh mesti lps ni makin ramai yg menempah... tahniah dik...

    takpe bersengkang mata time puasa ni tp time raya nnti... bahagia gitu dgn hasilnya

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak fiza. Banyak paper cover cerita mengenai sampul hipster akak. Moga maju jaya kak

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tahniah fiza, memang terbaik hasil dari fiza.

    ReplyDelete
  5. cantik sangat. Alhamdulilah, rezeki fizah. Qekra tak sempat nak tempah e-card raya dari fizah tahun ni huhu. Selamat hari raya fizah, Qekra ada di kuala pilah smapai raya ke-2. jemput datang raya yer ;)

    ReplyDelete
  6. Tabik spring fiza! good Job! moga rezeki fiza melimpah ruah lg lepas ni. Tahniah fiza!

    ReplyDelete
  7. Tahniah dan terbaik kak. Semoga dipermudahakan segala urusan dan sentiasa murah rezeki. Sampul hipster akak mmg unik dan cantik kak. Terbaik kak. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.