Skincare | Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil
Tak kenal maka tak cinta. Pertama kali guna oil cleanser sebelum cleanser terus rasa kulit muka lebih bersih kalau nak dibandingkan guna cleanser sahaja. Gara-gara terikut dengan 10 Steps korean skincare routine tu. Gigih lah Fiza kumpulkan 10 produk untuk 10 steps tu. Oil cleanser pertama yang Fiza guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser.
Bila dah habis oil cleanser Althea, sekarang Fiza cuba guna Nacific Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil. Oil Cleanser ni pun anak buah pernah cuba. Katanya okay, so Fiza pun nak cuba jugalah. Saja nak cuba oil cleanser yang baru. Beli dua terus sebab satu lagi untuk hadiahkan pada anak buah.
NACIFIC- FRESH HERB ORIGIN CLEANSING OIL
Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil, pembersih muka yang berbau bunga jasmine/melati. Bau yang so so sahaja. Tak berbau kuat sangat dan mesra deria bau. Oil cleanser yang mampu membersihkan kotoran pada kulit muka secara mendalam dengan lembut. Walaupun kotoran makeup degil sekalipun, gerenti hilang!
INGREDIENTS
INGREDIENTS
- Jojoba seed oil - Helps to balance out the oil-to-water levels of the skin and fight blemishes
- Olive oil - Clarifies the skin and deeply moisturizes the skin
- Camellia oil - Non-greasy moisturizer that's rich in fatty acids
MUST HAVE CLEANSER OIL
Fiza jenis muka yang berminyak dan cepat berpeluh. Pada mulanya agak skeptikal juga nak menggunakan oil cleanser ni. Iyalah kan, kulit berminyak nak bersihkan guna minyak pula. Lagilah berminyak muka. Lepas dah cuba guna, baru Fiza tahu oil cleanser ni kaedahnya minyak menarik kotoran berminyak gitu.
Dari pengalaman Fiza guna cleanser oil ni memang sangat mudah nak tanggalkan makeup dan kotoran minyak pada kulit muka sebelum menggunakan cleanser foam. Makeup yang jenis matte melekat tu memang mudah ya amat nak tanggalkan. Walaupun Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil sedikit sticky and oily. Eh, of course lah oily! Dah namanya oil cleanser. Tapi ianya jenis oil cleanser yang mudah dibilas dan tak keringkan kulit muka.
Apa yang membuatkan Fiza tertarik untuk beli adalah packaging design yang simple dan disertakan dengan pump. Bila ada pump, lebih memudahkan pengunaan. Plus, sejak nampak perbezaan kulit muka lebih bersih lepas guna oil cleanser ni Fiza tak pernah tinggal lah nak cuci muka dengan oil cleanser terlebih dahulu sebelum gunakan cleanser foam tu.
So far dah separuh botol Fiza gunakan Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil ni tak meninggalkan kesan buruk pada muka walaupun jenis kulit muka berminyak. So, teruskan penggunaan macam biasa sampai habis. Nak tahu lebih lanjut tentang Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil dan untuk pembelian, boleh ke website Althea Korea.
Post a Comment