BodyCare | A'PIEU Deo Armpit Powder

Susah nak cari deodorant yang betul betul kering masa pakai tu. Biasanya jenis cecair agak sticky dan ambil masa nak kering sebelum pakai baju. Paling tak best kalau jenis deodorant yang melekit dan bile berpeluh akan tinggalkan kesan pada baju. Sudahnya bahagian ketiak baju berubah warna dan meninggalkan kesan yang merosakkan material baju tu sendiri. Tak best kan? Kalau tak pakai deodorant nanti berbau pula.


Pakai deodorant lah boleh cegah bau badan. Pakai perfume pun tak mampu nak protect bau kalau dah ketiak berbau. No no no! Kena pakai deodorant juga ye. Lagi-lagi jenis cepat berpeluh tu. Memang rimas kalau badan sendiri berbau. Apatah lagi kalau orang terbau badan kita kan? Tapi ada juga jenis orang yang tak kisah bau badan. Ishhh tolonglah! Jaga kebersihan diri okay!

Puff, powder, cap and powder seal

Haritu kebetulan tengah nak shopping online di website Althea nak menghabiskan reward points. Terperasan lah A'PIEU Deo Armpit Powder yang macam menarik je untuk dicuba. Selepas baca details produk, Fiza add to cart terus sebab nak cuba deodorant jenis powder. Lagipun tengah cari deodorant yang lebih bagus daripada yang tengah guna sekarang ni.

A'PIEU DEO ARMPIT POWDER
Dirumus dengan ekstrak lemon, white lily, aloe vera dan timun menjadi serbuk halus yang berfungsi untuk menyerap peluh dan mewangikan bahagian bawah lengan (ketiak). Deo armpit powder juga menjadikan kulit lebih licin dan berbauk enak. Say NO to stinky armpit and damp armpits!

SERBUK HALUS YANG LEMBUT 
Serbuk/powder deo armpit ni sangat halus dan sangat mesra kulit. Memang bila pakai pada ketiak akan rasa kulit lembut. Bila pakai deo jenis powder ni for surelah kulit kering dan tak perlu tunggu deodorant kering baru nak pakai baju. Lepas pakai deodorant boleh terus pakai baju je. Cepat bersiap lah macam tu. Membantu juga mencerahkan dan menghaluskan kulit selepas waxing.

MENCERAHKAN DAN MENYEGARKAN KULIT
Deo armpit powder juga membantu dalam mencerahkan kulit ketiak. Powder deodorant akan membuatkan ketiak terasa segar sepanjang hari sebab powder deodorant mampu mengawal peluh dan menyah bau dengan baik. Bau dia Fiza tak sure nak cakap bau macamana. Tapi bau dia macam fresh lemon rasanya. Tak tahu nak define bau dia macamana sebenarnya. Sorry ye.


TIDAK MENINGGALKAN KESAN PADA BAJU
Oh ya, walaupun kau orang nampak powder ni berwarna tapi tak merosakkan atau meninggalkan kesan pada baju kalau berpeluh sebab powder ni boleh kawal damp armpit. Tapi kalau berpeluh kuat tu memang akan tembus juga lah kalau bersukan. So far kalau berpeluh sakan atau dah seharian keluar tu dah petang mesti damp juga. Tapi kurang lah. At least boleh kering dan jaga bau badan dalam tempoh masa lama.
INGREDIENTS
  • Lemon Extract- Astringes skin and richly moisturizes
  • White Lily Extract- Brightens and clarifies dull skin
  • Aloe Vera Leaf Juice -Soothes sensitivities and protects the skin
  • Cucumber Extract - Cools down and moisturizes dry skin
Puff yang lembut.

Bahagian lubang bawah puff. Make sure buka seal powder dulu ye sebelum guna

SAIZ KECIL
Didatangkan dalam saiz kecil yang memudahkan kita untuk simpan dalam bag atau dalam poket. Packaging pun sangat comel. Kalau tak baca orang ingat loose powder pula. Jangan tepek kat muka sudah lah ye.


RECOMMENDED DEO ARMPIT POWDER
Yass! Fiza suggest kat kau orang cuba deo armpit powder tu. Memang best sangat pakai. Memang tak cari lain lah untuk deodorant ni. Kecuali kalau ada yang lagi best lah kan. Fiza pakai sejak bulan Mei haritu dan banyak lagi powder tu. Rasanya boleh tahan lama ni. Kira okaylah boleh jimat bab deodorant ni. Tapi tu lah nak membeli kena restock awal beli kat Althea Korea.


Next Althea Beauty haul, Fiza restock siap-siaplah. Senang stand by stok awal sebelum gelabah bila dah nak habis nanti. Sebelum ni Fiza beli RM22. Harga sekarang RM24. Masih lagi di bawah paras mampu milik lagi. Beli di Althea Korea ye. Tempat lain tak pasti ada ke tidak.

4 comments:

  1. Seriusly first time CCL tahu ada deadorant powder macam ni . Look amazinggg sangatt .

    ReplyDelete
  2. Kinah aritu ada cadangan nak ambik deo armpit ni. Tengok kak fiza review ok guna yang ni, nanti nak grab jugakla.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.