Skincare | Laneige Time Freeze Face-Fit Roller
Laneige Time Freeze Face-Fit Roller, salah satu skincare tool yang dah lama aim nak beli. Almaklumlah, bila meningkat umur ni mulalah garisan halus mula keluar. Aduhaiii, kedutan macam ni tak boleh bawa bincang. So, Fiza beli Laneige Time Freeze Face-Fit menggunakan points dan tambah sikit balance tak cukup demi mu wahai roller.
Mulanya berkira-kira juga nak beli sebab harga dia memang mahal. Kebetulan dapat points $30, makanya apa tunggu lagi. Terus Fiza masuk bakul dan tambah baki tak cukup tu. Lagipun tak tahu nak beli apa lagi kat Althea sebab stok lain cukup dah. Apakata kedutan yang ada tu kita hapuskan guna Laneige's Time Freeze Face Fit Roller.
Laneige's Time Freeze Face Fit Roller sebenarnya perlu dipakai dengan Time Freeze Sleeping Mask. Tapi sleeping mask Laneige pun dah seratus lebih juga. Beli roller dulu lah. Bila ada bajet baru beli sleeping mask tu.
Laneige's Time Freeze Face Fit Roller has a unique asymmetrical shape that lifts the skin as it pushes the product in, creating a massaging motion that enhances the product’s anti-aging properties.
Roller ni sangat selesa dipegang dan jenis berat yang tidak terlalu berat untuk dipegang ketika mengurut muka. Buat masa ni Fiza tak boleh nak full review sangat sebab on off juga pakai. Jadi, perbezaan tu of course lah tak ketara kan. Masa guna roller untuk muka rasa perbezaan jugalah, macam best guna! Ada masa Fiza akan ambil sebelum dan selepas.
Ambil masa juga nak gunakan Laneige's Time Freeze Face Fit Roller untuk nampak perubahan kalau nak buat review. So buat masa ni Fiza update untuk details je lah dulu. Nanti baru update maklumat terbaru. Kedua-dua belah roller ni tak sama besar ye, jadi kena pastikan yang pendek dan panjang di kedudukan yang betul untuk dapat hasil yang lebih berkesan dengan penggunaan yang betul.
CARA PAKAI
Ambil masa juga nak gunakan Laneige's Time Freeze Face Fit Roller untuk nampak perubahan kalau nak buat review. So buat masa ni Fiza update untuk details je lah dulu. Nanti baru update maklumat terbaru. Kedua-dua belah roller ni tak sama besar ye, jadi kena pastikan yang pendek dan panjang di kedudukan yang betul untuk dapat hasil yang lebih berkesan dengan penggunaan yang betul.
CARA PAKAI
Credit photo : laneige.com |
Credit photo : Laneige.com |
Macam excited nak cuba kalau tengok penggunaannya yang bagus untuk muka, kulit kepala dan leher tu kan? Sebab tu excited bila dapat beli Laneige's Time Freeze Face-Fit Roller. Tak guna sekarang pun takpe, janji ada kegunaannya untuk masa akan datang.
NOTA PENTING!
Tak sesuai untuk mereka yang ada masalah luka pada kulit, ekzema dan juga radang kulit. Jadi, kalau ada masalah kulit seperti yang disebutkan tu, sila jangan pakai ye. Risau lagi memudaratkan kulit.
Setakat ni yang Fiza tahu, harga di Althea Korea masih lagi di paras harga mampu milik. Kalau kau orang nak beli, terus ke website Althea Korea okay.
mesti best ni kann
ReplyDeletebest! sebab tu berhajat nak beli lama dah
DeleteAda tunjuk cara nak guna roller. Hehe ok juga kulit di bahagian senyuman pun sudah ada garisan tetap.
ReplyDelete