Skincare | Mamonde Calming Hydro Sleeping Mask
Buat pertama kali Fiza gunakan sleeping mask. Bila dah terjebak dengan segala produk kecantikan ni, semua produk nak cuba kan. Alang-alang dok aim brand Mamonde tu, Fiza pilih Mamonde Calming hydro Sleeping Mask Flower Calendula. Apa yang Fiza suka sangat brand Mamonde ni packaging dia yang cantik buat tertarik nak beli dan mencuba. Plus, semua produk Mamonde yang Fiza pernah cuba semua bagus.
MAMONDE CALMING HYDRO SLEEPING MASK- FLOWER CALENDULA
Sleeping mask berbentuk water-gel texture yang mengandungi kelopak bunga Calendula sebenar untuk menyegarkan dan mengekalkan kelembapan semalaman ketika tidur. Pada Fiza, bau dia sangat best dan sangat menenangkan bila pakai masa tidur. Bila pakai akan rasa sejuk sikit pada kulit muka which is I love it!
Biasanya Fiza akan pakai sleeping mask selepas pakai eye cream. Macam biasalah ikut 10 Steps Korean Skincare Routine tu. Sleeping Mask adalah produk terakhir dalam 10 langkah tu untuk waktu malam. Waktu siang tu, produk terakhir adalah sunscreen. Fungsi sleeping mask ni untuk mengekalkan dan mengunci kelembapan kulit sampailah kita bangun tidur.
CARA PAKAI
Selepas beberapa langkah penjagaan kulit waktu malam tu, sapukan sleeping mask pada muka kecuali mata dan mulut. Kalau Fiza, Fiza sapu nipis-nipis je biar selesa pakai masa tidur. Since sleeping mask ni jenis water-gel based, so tak rasa sangatlah kulit muka tu macam melekit.
Esok pagi tu bila bangun tidur kulit muka akan rasa super moist dan lembut. Jangan lupa cuci muka dengan air suam ye. Salah produk yang Fiza recommend lah untuk kau orang cuba. Memang best pakai tapi rajin tak rajin lah nak pakai. Kadang malam dah penat, terus tidur je tak sempat nak ber sleeping mask.
wow menarik nie
ReplyDeleteYe, anum. Produk best pakai overnight :)
Delete