Skincare | Milky Dress Wrinkle and Whitening Eye Cream
Eye Cream, produk yang kurang mendapat perhatian ramai. Padahal eye cream ni penting sangat untuk mereka yang makin meningkat usia dan mempunyai eye bag sebakul tu. Eye bag ni sebenarnya lebih penting untuk mereka yang semakin meningkat usia tu. Bila dah meningkat usia tu, dah tentulah kedutan mula wujud pada muka. Salah satunya kedutan pada bahagian mata yang perlu di ambil kisah untuk nampak awet muda.
Bagi kau orang yang muda-muda ni kalau part mata mestilah nak hilangkan kesan eye bag je kan. Tak lupa juga nak membanteras kedutan dari awal. Memandangkan Fiza tak pernah cuba sebarang eye cream sebelum ni, jadi Fiza survey dulu eye cream di website Althea Korea. Website Althea ada banyak pilihan eye cream. Disebabkan nak mencuba pakai eye cream dan bajet pun kurang, Fiza pilih Milky Dress Wrinkle and Whitening Eye Cream sebagai percubaan dan permulaan pakai eye cream.
MILKY DRESS WRINKLE AND WHITENING CREAM
Milky Dress Wrinkle and Whitening Eye Cream sejenis eye cream dual fungsi iaitu memutihkan dan anti kedut. Eye cream dalam bentuk gel ni membantu mencerahkan kulit kusam dan gelap bawah mata dan juga kedutan. Selain tu, gel ni akan meningkatkan keanjalan kulit dan membuatkan mata yang sensitif lebih lembap dan jelas.
Eye cream gel ni warna dia putih tapi bila dah sapu dan tap tap pada bahagian bawah mata dia akan jadi transparent tidak berwarna. Eye cream ni dalam pack kecil cuma 15ml sahaja dengan harga RM19. Kiranya pilihan yang tepat sesuai dengan bajet yang Fiza ada.
CARA PAKAI
Letakkan gel pada hujung jari kemudian sapu pada bahagian bawah mata hingga hujung mata dan tap tap sampailah krim gel tu menyerap. Penggunaan yang mudah kan dan memang best pakai sebab rasa lembap je bawah mata tu dan kedutan pun berkurang. Yeay!
Oh ya, eye cream ni sesuai untuk semua jenis kulit. No worries! Tapi kalau ada rasa tak serasi, tak perlu teruskan pakai okay.
Oh ya, eye cream ni sesuai untuk semua jenis kulit. No worries! Tapi kalau ada rasa tak serasi, tak perlu teruskan pakai okay.
Kita pun guna, suka eye cream ni, tp no longer jual kat website althea..
ReplyDeletea ah kak..takde jual dah. baru nak restock juga
DeleteAzhan: tq atas review.. orang rumah saya tgh cari produk untuk hilangkan eyebag ni..
ReplyDeletesilakan cuba. pack kecil sesuai untuk mencuba dan not so costly
Delete