Wawawax Hair Removal Organic Natural Cold Wax
Dah lama saya cari produk hair removal yang mudah nak guna dan paling penting berkesan. Nak cabut memang jenuh lah kan. Bercukur pula akan buatkan kulit radang dan kehitaman. Lagipun tak buang sampai ke akar dan pertumbuhan jadi lagi cepat.
Sebelum ni pernah cuba satu produk di drugstore tapi tak sesuai dengan kulit saya. Kulit melecur mungkin produk tu gunakan bahan yang tak sesuai dengan kulit saya barangkali.
Bila kulit dah okay. Saya cari hair removal lain pula. Survey punya survey, saya pilih Wawawax Hair Removal Organic Natural Cold Wax Hair 100% Original. Itupun sebab iklan wawawax asyik lalu lalang kat instagram dalam sponsored post tu.
WAWAWAX HAIR REMOVAL ORGANIC NATURAL COLD WAX
Wawawax Hair Removal diperbuat daripada 100% bahan organik iaitu madu, lemon dan gula. Bila guna bahan organik ni, lebih selamat digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh gunakan wawawax tanpa ragu-ragu.
SET WAWAWAX HAIR REMOVAL
- 1 tube Wawawax Hair Removal Organic Natural Cold Wax 120ml
- 4 Spatula
- 12 Strips Cotton
- Wawawax Pouch
KEISTIMEWAAN WAWAWAX HAIR REMOVAL
- Boleh terus guna tidak perlu dipanaskan
- Membuang bulu sehingga ke akar
- Melembutkan kulit
- Melicinkan kulit
- Mencerahkan kuli terutamanya ketiak
- Melambatkan pertumbuhan bulu
- Tidak gatal masa pertumbuhan bulu baru
- Mudah bawa travel
CARA GUNA WAWAWAX HAIR REMOVAL
Note : Pastikan bulu lebih 3mm panjang dan kulit mesti kering. Mampu tahan sakit.
Note : Pastikan bulu lebih 3mm panjang dan kulit mesti kering. Mampu tahan sakit.
1. Sapu wax ikut arah pertumbuhan bulu.
2. Tampal strip cotton pada bahagian wax yang sudah disapu. Urut 3-5 kali ikut arah sapuan wax
3. Kemudian tanggalkan strip dengan cara sentap secepat mungkin ikut lawan arah urutan tadi.
* Setiap bahagian ada langkah-langkah tertentu dan arahan ada disertakan sekali. Boleh refer sebelum guna.
* Setiap bahagian ada langkah-langkah tertentu dan arahan ada disertakan sekali. Boleh refer sebelum guna.
Masa sentap tu sumpah sakit! Lagi lagi part ketiak tu. Beauty is pain is real. Haha.. Tapi puas hati dengan hasil cabutan tu. By the way, boleh reuse dan urut cam biasa strip yang dah dicabut tadi pada tempat lain.
Agak agak dah tak boleh, guna wax yang baru lah. Pertumbuhan bulu baru pun lambat dan paling best tak gatal bila tumbuh bulu baru tu. Kulit lebih licin dan cerah. Suka dengan hasilnya tapi yang kena tahan sakit tu yang kena bertahan sikit.
teringin nak try tp xde peluang lg.
ReplyDeleteharap berpeluang mencuba nanti
DeleteOo baru tau ada wax lain. selalu kenal Norah Wax je huhu
ReplyDeleteselain wawawax ni pun ada yang lain juga. banyak pilihan sebenarnya :)
Delete