5 Tips Jimat Berbelanja Online dan Berbaloi

Berbelanja online atau shopping online memang seronok kalau tengah ada bajet untuk berbelanja. Tapi yang tak seronoknya kalau ada bajet ciput je. Rasa macam serba salah nak berbelanja." Nak beli ke tidak, nak beli ke tidak?" Situasi macam ni berlaku pada semua orang, betul tak? 

Risau betul kalau terbelanja duit untuk kecemasan. Shopping online ni kalau ikutkan hati memang semua nak beli. Jadi, kenalah berpada-pada dalam berbelanja kalau tak nak menyesal di kemudian hari. 

Saya nak kongsikan 5 tips jimat berbelanja online dan berbaloi.


1. KEPERLUAN vs KEHENDAK
Keperluan atau kehendak? Ye, memang susah untuk membuat pilihan. Ikutkan hati, dua-dua nak tapi kau orang perlu mengutamakan keperluan daripada kehendak. Keperluan paling mudah adalah makanan. 

Jangan sampai beli sesuatu kehendak sampai sanggup ikat perut berlapar sementara menunggu duit gaji masuk.

2. BERBELANJA MENGIKUT BAJET
Sebelum berbelanja, sila pastikan jumlah bajet cukup untuk dibelanjakan dan barangan tersebut mestilah di bawah bajet yang ditetapkan. 

Kalau terlebih belanja akan menyebabkan bajet untuk keperluan dan kemudahan akan terjejas. Silap-silap akibat boros berbelanja tanpa had, semua bayaran bil tertunggak. Tak pasal-pasal bekalan air dan elektrik kena potong.

3. BANDINGKAN HARGA
Dalam berbelanja, saya lebih suka survey dulu harga barang. Suka bandingkan harga dengan kualiti yang ditawarkan. Of courselah kita akan memilih harga yang lebih murah dan dalam masa yang sama dengan kualiti yang bagus. 

Jangan sesekali malas nak survey harga sebab adakalanya perbezaan harga jauh berbeza. Selagi boleh jimat, kita jimat! Dengan membandingkan harga juga membantu kita dalam membuat pilihan yang tepat dan rasa lebih berbaloi.

4. BERBELANJA SEMASA SALE
Cara saya, kalau nak beli barang keperluan memang tunggu masa sale terutamanya nak restock barang makeup. Bila ada sale kaw kaw sampai 70-90%, boleh berbelanja lebih dan dalam masa yang sama boleh jimat dan lebih berbaloi lah orang kata. 

Biasanya sale ni akan ada masa musim perayaan atau sambutan hari-hari tertentu. Contohnya bulan Ogos ni, sale merdeka sana sini kot. Siap sedialah nak shopping online bulan merdeka ni.

5. GUNAKAN KUPON/VOUCHER DISKAUN
Okay, tips terakhir jimat berbelanja adalah dengan menggunakan kupon/voucher diskaun semasa shopping online sebelum checkout. Ramai yang tak tahu sebenarnya dengan menggunakan kupon kita boleh menjimatkan duit belanja walaupun sikit. 

Sekurang-kurangkan masih ada baki yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain atau beli barangan yang lain. Betul tak?


Lazada, Zalora, shopee, ezbuy, Hermo, Watsons, Fave dan banyak lagi website yang menjadi pilihan penggemar kaki shopping online. Bagi mereka yang suka sangat shopping online di Lazada Malaysia, jangan lupa gunakan Lazada voucher untuk pembelian yang dibuat. 

Setahu saya, bulan Ogos ni ada lagi banyak voucher diskaun yang ditawarkan. Dahlah sale, ada lagi diskaun. Memang berbaloi sangat!

Oh ya, selain tu bagi yang biasa dengan fave, fave juga ada sediakan Fave Promo Code untuk produk dan perkhidmatan yang disediakan. Bolehlah makan macam-macam, beli macam-macam produk dan memanjakan diri di spa dengan harga mampu bayar. Ye, sebab ada voucher code. Kenapa perlu bayar lebih kan?

Sebelum saya terlupa, ada satu lagi benda yang boleh dibawa bincang untuk berjimat berbelanja online untuk travel. Malaysia Airlines Promotion juga sedang berlansung bulan Ogos ni. Yang tengah rancang nak bercuti tu memang wajib terjah website Malaysia Airlines sekarang. 

Saya tengok diskaun sampai separuh harga juga lah. Benda boleh jimat, buat apa nak membazir. Tepuk poket tanya hati. Apapun kena berbalik semula kepada 5 tips jimat berbelanja online di atas lah ye. Berbelanja biar jimat dan berbaloi melabur duit.

22 comments:

  1. Membandingkan harga tu memang betul.. Kalau zaza suka cari yg paling murah haha.. Sekarang pun zaza memang tengah berjimat cermat jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah suka cari yang murah. nak jimat punya pasal. tp dalam masa yg sama tgk kualiti gak

      Delete
  2. skrang tengah dalam process menabong tapi kadang2 terbabas jugakla.
    memang kena tahu kehendak n keperluan. selalu je beli yang tah apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terbabas pun bila poket rabak menyesal sendiri lah kan. ape nak buat bila tuntutan hidup kita ni banyak.

      Delete
  3. nice tips! tapi kadang² tewas jugak..hahaha :p

    ReplyDelete
  4. cashback pon kena guna.. dapat cash balik lepas membeli

    ReplyDelete
  5. Nice sharing fiza.. lea shopping mesti kene banding harga dulu dan pilih yg paling berbaloi.

    ReplyDelete
  6. Bab banding harga tu wajib kak ana buat. Kupon diskaun tu pun sama. Memang dpt jimat dgn baik.

    ReplyDelete
  7. Betul tu, bab berbelanja kene hati2..bgus tips ni.. Nad pun suka time sale dan guna voucher

    ReplyDelete
  8. Wawa selalu berbelanja ikot sale.. Tp sblm tu tgk dulu mne brg nk habis...hehehe

    ReplyDelete
  9. Good sharing Fiza.. Kak Sue pun suka bandingkan harga dulu..

    ReplyDelete
  10. Tip ni zira suka sebab bila teringin je nak beli. Adoi, macam manalah nak menyimpan

    ReplyDelete
  11. Akak pun suka bandingkan harga...jadi tak stick pada satu je.

    ReplyDelete
  12. Thank you fiza bagi tips ni. Kita memang buat tips ni. Sebab nak shopping online kena beringat.

    ReplyDelete
  13. online shop mostly lebih murah.
    ni dari pemerhatian aida la.
    lebih mudah juga. tak amik masa byk.
    semua di hujung jari :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.