7 Sebab Buah Avocado Sangat Sesuai Untuk Menu Diet

Buah avocado sangat popular dalam setiap menu diet yang dijadikan salad. Pernah terperasan tak? Untuk menu diet di Malaysia Fiza rasa agak jarang menggunakan buah avocado dalam menu diet seharian sebab faham-faham ajelah harga buah avocado di Malaysia ni tak murah seperti di sesetengah negara. Plan menu diet di Malaysia kebanyakkannya menggunakan buah pisang.


Credit image

7 SEBAB KENAPA BUAH AVOCADO SESUAI UNTUK DIET

Tertanya-tanya juga kenapa buah avocado ni jadi pilihan utama dalam menu diet. Baru tahu yang buah avocado ni adalah sejenis superfood yang mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya vitamin C, Vitamin E, potassium, zink dan bermacam-macam lagi. Kadar potassiumnya lebih tinggi daripada buah pisang.

Sebiji buah avocado memiliki 160 kalori, 2g protein dan hanya 15g lemak serta tidak mengandungi kolestrol dan rendah lemak dalam kuantiti lemak tepu. Okay, so dah faham lah kenapa mereka yang nak diet memilih buah avocado.

1. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Dengan mengamalkan pemakanan buah avocado dapat mengurangkan kadar pengambilan kalori seharian. Serat/fiber antara nutrisi yang terdapat dalam buah avocado boleh membantu menurunkan kadar berat badan seseorang. Avocado di katakan boleh menambah rasa kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan. 

2. MENYERAP NUTRISI DENGAN BAIK

Buah avocado kaya dengan vitamin A,D, E dan K untuk dihadam dimana ianya boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida sebanyak 26%. Dengan kandungan lemak dan kaya vitamin ini secara tidak lansung membantu menghalang keradangan dan tekanan oksidatif  berlaku dalam saluran darah semasa memperbaiki aliran darah.

3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Buah avocado yang tinggi kadar potassium boleh menurunkan tekanan darah. Pengambilan yang banyak dan terkawal boleh mengelakkan berlakunya masalah jantung, strok atau masalah buah pinggang. Jadi, memang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dalam.

4. MENURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH

Serat/fiber yang banyak terdapat dalam buah avocado adalah sejenis serat yang tidak boleh dicerna di dalam usus dan disebabkan itu ianya sangat membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah.

5. MELAWASKAN PEMBUANGAN

Serat/fiber ini juga boleh membantu melawaskan pembuangan air besar. Sebab itulah ianya sangat diperlukan dalam menu diet seharian supaya tidak ada masalah pembuangan air besar yang mengganggu kesihatan semasa mengamalkan diet.

6. MENGEKALKAN JANTUNG SIHAT

Masalah jantung sering dikaitakn dengan saluran darah, kadar kolestrol, tekanan darah dan sebagainya. Vitamin B6 dan asid folik di dalam buah avocado mampu mengawal tahap homocysteine yang berisiko sakit jantung. Manakala vitamin E dan lemak mono tak tepu  (monounsaturated fatty acids) membantu mengekalkan jantung yang sihat.

7. MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Walaupun buah avocado mempunyai kadar lemak yang agak tinggi tetapi kalori lemak ini adalah asid lemak  (monounsaturated fatty acids) iaitu sumber lemak yang baik untuk kebaikan dalam badan sama seperti lemak yang terdapat dapat minyak zaitun.

Jujur cakap Fiza memang tak pernah makan buah avocado fresh. Memang tak pernah teringin pun nak makan. Tapi lepas cuba rasa air avocado/alpukat tu memang terus rasa tersuka dengan buah avocado ni. Rasa lemak dia tu memang sedap lah! Dapat pula buah avocado kampung, terus cuba resepi homemade avocado juice. Nak diet nanti bolehlah cuba-cuba makan salad tambah buah avocado selain buat air.

Menu diet ni sebenarnya adalah makanan seimbang. Bagi mereka yang berbadan besar mesti agak susah nak amalkan diet dan exercise yang cukup disebabkan faktor kesihatan seperti sakit jantung dan beberapa masalah lain lagi. Tapi jika amalkan pemakanan buah avocado ni dapat juga lah membantu dari segi penurunan berat badan. Lepas ni boleh tambah avocado dalam menu diet kau orang okay!

credit : bidadari.my

11 comments:

  1. Betul Fiza, antara menu pemakanan akak especially untuk salad memang akan ada avocado tapi bukan la hari- hari ada..seminggu sekali atau 2 kali depends on harga avocado tu sendiri...sedap sebenarnya avocado ni..kalau buat juice lagi sedap

    ReplyDelete
  2. Buat avocado milkshake fuhhh sedapp 😘😘😘😘

    ReplyDelete
  3. pernah try makan buah avocado, maaf tekak tak boleh terima. tapi jus avocado sy boleh minum, maybe sebab ada campuran susu kot..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula mula macam tu juga. lama-lama rasa dia cam okay jugaklah boleh telan.

      Delete
  4. Makan mcm tu pun sedap kan. dia mcm lemak2 mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, makan macam tu je pun sedap dah sebenarnya. cuma ada orang lebih suka letak dalam menu atau buat minuman

      Delete
  5. teringin jugak nak beli buah avocado ni tapi mahal sebiji tu. Stok pun jarang ada

    ReplyDelete
  6. Itulah di Malaysia ni buah avocado bukannya senang jumpa dan harganya pun mahal.
    Itulah hendak makan begitu sahaja macam tidak kena tekak. Kena buat jus.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.