BodyCare | Young Living's Aroma Guard Mountain Mint Deodorant

Setiap orang mempunyai bau badan tersendiri. Setiap orang juga berhadapan dengan masalah bau badan. Walaupun mandi sepuluh kali sekalipun, bau badan masih wujud. Kenapa? Faktor cuaca adalah salah satu punca badan mudah berbau busuk sebab cepat berpeluh dan mengeluarkan bau yang kurang enak. 

Mesti rasa tak selesa dan rimas kalau badan berpeluh dan berbau. Bau badan sendiri pun rimas apatah lagi terbau bau badan orang lain. Tapi ada sesetengah orang memang tak ambil peduli tentang bau badan mereka. Pelik sungguh!


Pemilihan produk penjagaan diri juga sangat penting seperti sabun mandi, deodorant dan juga pewangi. Selepas mandi, wajib pakai deodorant. Wajib okay! Kalau terus pakai pewangi, rasanya tak kemana bau wangi tu sebab bau wangi pewangi kebanyakkannya tak tahan lama. 

Kalau pakai deodorant, masih mampu mengawal bau badan. Salah satu deodorant yang boleh atasi masalah bau ketiak dan mengelakkan bau badan adalah Young Living's Aroma Guard Mountain Mint Deodorant.

YOUNG LIVING’S AROMA GUARD® MOUNTAIN MINT™ DEODORANT
Mengandungi bahan-bahan semulajadi yang bagus untuk kulit seperti minyak kelapa, beeswax, and vitamin E. Dicampurkan bersama Lemon, Rosemary dan pure essential oils. Didatangkan dalam bentuk stick untuk penggunaan yang mudah dan tahan lama. 


BAHAN-BAHAN 
Cocos Nucifera (Coconut) Oil Extract, White Beeswax, Pure Ester 34, Zinc Oxide, Pure Ester 40, Syzygium Aromaticum† (Clove) Flower Bud Oil, Citrus Limon† (Lemon)Peel Oil, Mentha Piperita† (Peppermint) Oil, Rosmarinus Officinalis†(Rosemary) Leaf Oil), Eucalyptus Radiata† Leaf Oil, Abies Concolor† (White Fir) Oil, and Tocopherol (Vitamin E)


BAU MINT YANG MENYEGARKAN
Mint atau pudina sejenis pokok herba yang banyak digunakan dalam produk kecantikan, kecantikan dan perubatan selain digunakan dalam masakan. Mint terkenal dengan sifatnya yang segar dan sejuk. 

Bila buka penutup deodorant ni memang boleh bau dah mint tu. Kalau pakai pada bahagian ketiak, bukan saja berbau mint tapi rasa sejuk segar tu memang best!

TAHAN LAMA 
Ketahanan bau badan tu boleh diatasi sampai petang lah daripada setakat yang Fiza pakai sebab petang dah mandi semula kan. Belum pernah lagi tak mandi sampai ke malam. Jadi, tak boleh nak cakap boleh tahan sampai ke malam atau tidak. Yang penting, ketiak tak busuk!

KERING DAN TIDAK MEROSAKKAN BAHAGIAN KETIAK BAJU
Fiza paling tak suka pakai deodorant yang boleh meninggalkan kesan perubahan warna pada bahagian ketiak baju terutamanya baju putih. Ada juga sesetengah deodorant akan meninggalkan kesan keras pada ketiak baju juga. 

Pernah alaminya tak? Dengan menggunakan deodorant mint ni bukan je ketiak terasa wangi bau mint dan segar tapi selesa sangat dan lansung tak meninggalkan kesan pada fabrik. Ketiak pun tak berkuah basah teruk. Masih maintain boleh mengawal bau ketiak keluar.

RECOMMENDED!
Kalau kau orang ada masalah bau badan, cubalah pakai Young Living's Deodorant Mountain Mint Aroma ni. Aroma mint dia memang Fiza suka sangatlah. Lepas mandi pakai deodorant mint, sejuk ya amat rasa ketiak ni ha.

Apapun faktor pemilihan fabric baju pun sangat penting ye. Pilihlah jenis fabrik yang tidak panas seperti cotton dan pastikan juga memakai pakaian yang longgar sesuai dengan cuaca yang panas. Bahan cucian pakaian juga perlu diambil kira dari segi sabun dan juga pelembut. 

Okay, banyak sangat punca bau badan dan ketiak berbau ni kan. Kalau cerita, memang panjang lah kisahnya. Apa yang penting, deodorant mesti kena pakai. Ingat tu! 

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.