Edit Gambar Cantik Dengan FREE Presets Lightroom
Zaman sekarang ni nak edit gambar cantik lebih mudah dengan gunakan pelbagai jenis aplikasi yang boleh download secara percuma melalui smartphone masing-masing. Saya pernah kongsikan 5 aplikasi edit gambar cantik dan untuk letak watermark yang mungkin kau orang boleh cuba guna.
Sekarang saya dah jatuh cinta dengan aplikasi 'Lightroom' sebab memudahkan kerja edit gambar dengan menggunakan preset. Sebelum ni saya pernah beli preset dan memang suka sangat dengan hasil editing menggunakan preset.
Free preset lightroom mobile
Dengan itu, gigih lah mencari preset yang menarik dan cantik. Finally saya jumpa FREE presets Lightroom mobile yang boleh digunakan secara PERCUMA, of course! Banyak sangat pilihan presets yang buat rambang mata nak pilih.
Rasa nak download semua tapi tak mungkin lah sebab kalau semua nak sumbat dalam smartphone memang penuh lah kan. Jadi, download mana yang mampu memenuhi kriteria citarasa masing-masing.
Boleh terjah website presetlove.com untuk download FREE Presets Lightroom. Pastikan sudah siap-siap download aplikasi lightroom dan telegram dalam smartphone kau orang tu. Preset yang kau orang download tu boleh pindahkan ke dalam handphone melalui telegram lagi mudah atau boleh gunakan google drive. Hanya transfer file 'DNG' sahaja ya.
Cara Edit Gambar Guna Preset Lightroom
Open file DNG kat telegram dan copy to lightroom
Lepas klik akan terus ke lightroom dan create preset.
Namakan preset yang kau orang nak save tu.
Okay, settle untuk save preset dalam lightroom. Kemudian untuk edit gambar tu add gambar dan klik preset. Then gunalah preset yang kau orang dah save dalam user presets tu ye. Pilih ikut sesuai dengan gambar untuk dapatkan hasil editing gambar yang lebih cantik daripada gambar asal.
Dah siap edit, jangan lupa save okay!
Gambar lebih nak cantik dan menarik. Lagi-lagi gambar travel, food dan products. So bolehlah create theme instafeed kau orang tu dengan theme yang cantik-cantik dengan lightroom presets instagram. Selamat mendownload dan mengedit.
wah...
ReplyDeletekekadang aida ni tahu, tapi tak pandai juga, fiza :)
tu yg gambar tak brape nak in.
tak mahir guna apps gini. lelebih kalau guna phone.
hehe.takpe, nanti cubalah kak :)
Deletethanks untuk perkongsian ini...dapat ilmu baru
ReplyDeletesama²..silakan mencuba
DeleteCR pun suka edit gambar guna Lightroomm
ReplyDeleteyeay, kita geng!
Deletewah menariknyaa..singgah daripada blog shikinrazali..
ReplyDeletefollow sini ya!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
terima kasih sudi singgah ye
Deletewah, tq! selalu jumpa yg berbayar je. ni free! bestnya
ReplyDeleteyes, it's free. silakan download
Deletemy fav apps untuk edit gambar
ReplyDeleteyey! geng lah kita
Deletewahhh bestnyeeee..
ReplyDeleteblh try ni.. sy suke edit gmbr bg nmpk cantik2.. hihi
silakan mencuba dan happy dengan hasilnya
DeleteTahu banyak apps edit..kadang malas nak edit..kadang bg dania je buat..hahaha
ReplyDeleteuntung akak ada Dania jadi tukang edit gambar :)
Delete