Makeup | Maybelline Super Stay 24 Hours Full Coverage Foundation
MAYBELLINE, Fit Me! Matte + Poreless Liquid Foundation adalah pilihan ramai pencinta makeup. Setuju tak? Dalam banyak-banyak foundation yang pernah Fiza cuba, foundation Fit Me juga yang dicari semula. Tapi sejak Maybelline keluarkan Superstay 24H Full Coverage Foundation, terus Fiza bertukar lah. Fit Me ditinggalkan tanpa cakap banyak. Kejam bukan?
MAYBELLINE SUPER STAY 24H FULL COVERAGE FOUNDATION
Maybelline New York keluarkan saiz botol yang sama dengan Fit Me! foundation cuma bezanya pada penutup. Kalau Fit Me! penutup dia warna hitam dan pendek sikit tapi Superstay foundation penutup tinggi sikit sebab didatangkan dengan pump yang lebih memudahkan penggunaan.
Disebabkan ada pump ni juga membuatkan Fiza nak beli. Mudah nak pump little amount untuk kegunaan. Kalau macam Fit Me! tu jenuh susah sikit nak tuang tuang bagai. Takut terlebih tuang. Nak masukkan balik leceh pula.
Disebabkan ada pump ni juga membuatkan Fiza nak beli. Mudah nak pump little amount untuk kegunaan. Kalau macam Fit Me! tu jenuh susah sikit nak tuang tuang bagai. Takut terlebih tuang. Nak masukkan balik leceh pula.
Tekstur Superstay lebih kurang sama dengan fit me. Tapi shades dia tak banyak dan berbeza dengan fit me. Kalau guna code sama lebih mudah nak bertukar arah kepada superstay. Ambil masa juga lah nak pilih code baru yang sesuai dengan tona kulit muka sendiri.
Apa yang Fiza tahu, tips pilih foundation ni kena test kat bahagian rahang muka untuk test samada sekata dengan kulit muka atau tidak. Dan kena pilih tona warna 1-2tona lebih cerah daripada kulit asal. Kenapa? sebabnya tona warna yang cerah ni akan melalui proses oxidation dan menjadikan warna foundation gelap sedikit selepas beberapa jam.
- Full coverage foundation
- 24 Hour wear
- Oil control/shine free
- Breathable and comfortable
- Sweat & sebum resistant
- Oil-free/ Doesn't clog pores
- Fade and transfer resistant
Apa yang best tentang Superstay foundation ni adalah foundation yang memang super stay dan full coverage. Fiza pakai nipis-nipis je dah boleh cover segala cela. Bab pores tu memang tak boleh nak cover. Kena guna primer dulu lah untuk reduce pores kelihatan. Lagi best bila ada pump tu. Yang lain-lain lebih kurang fit me! Tak banyak beza sangat pada Fiza.
Kau orang dah cuba ke? Produk Maybelline yang label superstay ni memang super love lah. Tak boleh move on. Kalau sale kat Watsons memang kene serbu lah nak buat stok. Dulu Fit Me! memang terlajak laris cepat habis kat rak. Kali ni superstay pula jadi pilihan ramai.
Hai. Nice sharing. Saya pun penggemar fit me. Maybe lepas ni boleh try pula superstay ni 😁
ReplyDeleteYes, should try ^_^
Deletesy nda pandai pakai foundation haha
ReplyDeletekulit bersih halus cantik tak pakai foundation pun takpe :)
Delete