Skincare | Mamonde Rose Water Mist
Mamonde Rose Water Mist, salah satu wishlist Fiza yang berjaya di miliki. Rose dan Fiza tak dapat dipisahkan. Pantang ada produk berasaskan rose, mesti Fiza nak beli dan cuba. Kebanyakkan semua produk rose ni bau dia lebih kurang sama. Setakat ni, brand yang Fiza suka adalah Mamonde. Mamonde ada pelbagai variasi produk daripada damasak rose water.
MAMONDE ROSE WATER MIST
Dihasilkan daripada 100% damask rose water yang disuling menggunakan teknologi istimewa Mamonde sendiri untuk berikan kelegaan, hydrate dan lembap berkilau pada kulit. Mempunyai bau wangian rose yang ringan sesuai untuk deria bau dan juga sesuai untuk semua jenis kulit.
ROSE WATER MIST 3 IN 1
Paling menarik tentang rose water mist Mamonde ni adalah serbaguna 3 in 1. Boleh dijadikan sebagai toner, face mist dan juga sebagai setting makeup spray. Nampak tak produk ni dah boleh jimat beli produk asing-asing. Beli satu dah boleh guna untuk skincare dan makeup juga. Itu yang beria benar Fiza nak beli. Lagipun kadang jenis tak rajin nak tepek moisturiser, spray spray je mudah dan cepat. Janji kulit tak kering sebab kulit Fiza jenis kering. Sesuai sangat lah ada rose water mist ni.
TAHAN LAMA
Rose water tahan lama sehingga 12 bulan selepas botol dibuka. Setahun jugalah boleh pulun pakai habis rose water mist ni. Setakat sebulan Fiza guna pun level liquid pun tak turun banyak. Jimat pun jimat beli sekali je setahun. Belakang botol ada maklumat tentang produk tapi tulisan korea. Nak tahu maklumat lanjut memang kena rujuk website melainkan kau orang memang pakar hangul.
APA KATA FIZA?
Disebabkan Fiza memang suka bau rose dan Fiza suka dengan haruman rose yang tak strong sangat. Haruman dia sangat selesa dengan deria bau. Haruman bau dia sama dengan koleksi mamonde yang lain yang pernah Fiza gunakan. Fiza akan spray rose water mist after cuci muka. Kulit muka serius lebih lembap tanpa pakai pelembap pun.
Tapi Fiza tak akan pakai kalau cuaca panas ataupun berlama-lama depan desktop sebab keadaan tu buatkan kulit muka Fiza lebih berminyak. Kalau pakai juga rose water mist ni akan buatkan kulit Fiza macam melekit. Paling best pakai untuk makeup. Memudahkan kerja makeup dan hasil pun lebih cantik.
Mamonde's Product Collection |
CARA PENGGUNAAN
Spray dengan sekata ke seluruh muka dalam jarak 20m daripada muka. Biarkan meresap sendiri ataupun kalau rajin nak dap dap pun boleh. Mudah sangat dan cepat bersiap.
Spray dengan sekata ke seluruh muka dalam jarak 20m daripada muka. Biarkan meresap sendiri ataupun kalau rajin nak dap dap pun boleh. Mudah sangat dan cepat bersiap.
Rose Water Mist ni juga baru je masuk dalam website Althea beberapa bulan lepas. Harga RM87 untuk 120ml, boleh dapatkan di website Althea Korea.
Dina teringin nak try brand Mamonde ni. Nak kena beli satu.
ReplyDelete