Terlayan Drama Sweet Dreams
Sebelum drama sweet dreams, drama Setelah terlafaznya akad tu memang saya layan juga. Dah habis cerita tu, muncul drama sweet dreams episod satu macam menarik sebab drama ni macam lain sikit. Tapi cliche tu tetap adalah, mana mungkin drama melayu tak cliche kan.
sumber : google |
Drama adaptasi novel memang boleh pergi jauh dan memang boleh jadi trending. Memang trending penonton suka drama adaptasi novel agaknya. Bagi saya menarik juga drama adaptasi novel walaupun saya bukan sejenis yang suka baca novel. Tak minat dan tak suka nak membaca novel. Kalau komik atau buku bergambar baru layan.
SINOPSIS DRAMA SWEET DREAMS
Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.
Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.
Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.
Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia.
Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.
Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.
Apa yang saya suka tentang arahan Michael Ang dalam drama sweet dreams ni adalah cinematography selain watak yang menarik. Tengok poster pun dah suka! Walaupun ada ketikanya macam bosan juga dengan scence mimpi tu. Tapi okay je untuk dilayan mengisi masa kosong.
Mrs. A pun dah terlayanz cerita nih! okaylah lain dari yang lain
ReplyDeletetiba-tiba macam best pula kan
Deletehehehehe saya belum terlayan drama camni. tak tau lah kenapa. huhuhu
ReplyDeletehehe..biasalah ada yang suka dan tidak. ikut selera masing-masing :)
DeleteTengah trending kan Sweet Dreams ni.kak ana tak berkesempatan tgk lagi.
ReplyDeletesekarang mmg tgh trending drama ni kak. itu yg terlayan tu
Deletebiasa lakonan MF ni mantap
ReplyDeleteitu lah pasal kan.memang trending lah jawabnya
Deletekite belum jumpa spark dalam citer lagi tapi nak tengok gak sebab Ben Amir.
ReplyDeletecuma nak tnggu banyak2 episode dlu hahaha xmo mula lagi =D
boleh marathon nanti CYM :)
Deleteaida lom terjebak :)
ReplyDeletesebab x langgan channel ria...
akan layan weekend lah nanti kat utube.
Ragam tontonan saya memang terbatas ya, meskipun pernah sekali dua kali nonton film atau drama Malaysia, yang saya suka tuh di Malaysia banyak aktris yang berjilbab :)
ReplyDelete