3 Jenis Pokok Lidah Mertua/Sansevieria Untuk Dekorasi Dalam Rumah

Selamat pagi! Selamat kembali bekerja selepas long weekend yang terakhir bulan September ni. No more long weekend dah untuk bulan ni. Minggu depan dah boleh start dengan monday, no more Tuesday Blues. Liatnya alahainya nak mulakan kerja hari ni. Kalau boleh hari-hari nak menikmati cuti. Cuti long weekend sempat balik kampung kejap sehari. Dalam masa sehari tu sempat jugalah ambil benih 3 jenis pokok lidah mertua kat rumah mak. Ingatkan ada satu jenis je mak tanam, rupanya ada 3 jenis ni. Bolehlah buat koleksi baru dekorasi dalam rumah.

Pokok lidah mertua ni memang banyak sangat namanya. Antaranya lidah mak mertua, lidah mentua, lidah jin, lidah hantu, lidah ular dan bermacam lagi. Nama english pun ada pelbagai dipanggil sansevieria atau snake plant. Dah boleh hadam dah segala nama-nama tu. Semua nama yang disebutkan tu kira betul lah ye. Tak payah susah-susah nak confused. Anggap je semua nama tu wujud dan betul.

3 Jenis Pokok Lidah Mertua/Sansevieria Untuk Dekorasi Dalam Rumah


1. Sansevieria Golden Hahnii

Untuk sanseviera trisfasciata lorentii ada banyak jenis juga. Yang Fiza ambil ni jenis sederhana panjang pertumbuhan dia. Kalau jenis panjang tinggi tu nama dia Sanseviera Trifasciata Lorentii. Untuk jenis Golden Hahnii ni warna kuning emas pada bahagian tepi daun agak tebal berbanding lorentii dan daun golden hahnii lebih lebar.


2. Sansevieria trifasciata Prain

Jenis Trifasciata bukan hanya ada yang jalur kuning sahaja pada tepi daun. Ada juga jenis yang bewarna hijau berbelang-belang kelabu macam trisfaciata prain ni. Sejenis spesis yang mempunyai daun panjang dan tajam. Kalau jenis pendek sikit namanya trisfaciata futura yang saiznya dan corak macam lorentii cuma tak ada lining kuning je. 



3. Sansevieria Trifasciata Bantel’s Sensation/ White Sansevieria

Jenis Bantel's Sensation/ White Sansevieria ni antara jenis paling senang nak kenal sebab lain sikit daripada yang lain. Jenis daun bercorak garisan warna hijau dan dasarnya warna putih. Pokok jenis lurus tinggi, keras dan tumbuh secara rapat. Memang nampak beza ketinggian white sansevieria ni dengan jenis lain.


Jenis rumah tanah ditutupi simen, makanya buat tanaman dekorasi dalam rumah je lah jawabnya. Fiza cuba tanam dalam air buat masa ni. Harap-harap menjadi lah. Kalau menjadi propagate boleh lah pindahkan sikit dalam pasu besar. Pokok lidah mertua ni kalau tanam untuk landskap jadikan pagar memang cantik sangat. Atau letak dalam pasu besar memang cantik kan. Sesuai untuk dijadikan hiasan dalam rumah dan luar rumah. Untuk dalam rumah tu boleh berfungsi sebagai pembersih udara dan mengurangkan bau yang tak best dalam rumah

                  3 tanaman dalam air untuk hiasan dalam rumah

Selama ni tak pandang pun pokok lidah mertua ni. Tapi sejak terjebak dengan pokok hiasan ni barulah tersuka tanpa sengaja. Dan tahu pokok ni ada fungsinya memang mencarilah pokok lidah mertua ni. Biasanya harga kat nursery sepokok dalam RM15 dan ke atas. Kira jimat juga lah ambil kat rumah mak ni. Kena sabar sikitlah tunggu dia membesar depan mata. Hari-hari buat terapi mata dan tengok pembesaran pokok lidah mertua ni.

Credit : rezahape

19 comments:

  1. Wahhhh...menariknyaaaaa...akak suka tanaman macam ni..cuma nama tu yang kadang- kadang mengundang rasa tak percaya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama tu memang macam macam nama. percaya je lah kan kak

      Delete
  2. kalau kat kg ni org tanam terbiar mcm tu je depan rumah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, memang. bersepah kat kg. kat bandar ni je nak kena beli. hihi

      Delete
  3. kat depan lab dulu pon ade tanam pokok ni..
    skrg dh xde pokok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang biar tumbuh banyak sangat pun tak best juga. mungkin ada yang buang

      Delete
  4. pokok yg senang nak tanam ni kan Fieza. Tapi mcm klakar pulak nama dia pokok lidah mertua.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. senang tanam. haha..nama tu macam macam kan kak

      Delete
  5. nnti dia kuar akar ye? menarik jgk kalau mudah nk tanam nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok kat youtube macam tu lah gayanya.. tengok nanti macam mana kejadiannya

      Delete
  6. Replies
    1. ye, memang mudah tapi nak menunggu tu satu penyeksaan..huhu

      Delete
  7. pokok lidah mertua ni kalo ambil dari rumah mak mertua, lagi syok kan....ahahhaha

    ReplyDelete
  8. Hah tengah viral kan pokok-pokok ni . Kat umh CCL dulu ada je 3 jnis ni . Sekarang tinggal 1 jenis je .. Belang kuning tu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.