Fungsi Bunga Manggar

Kompang dipalu pengantin baru. Duduk bersanding tersipu malu. Eh..ternyanyi pulak! Ada jemputan kahwin ke harini? Bolehlah berehat masak dan menjamu nasi minyak kan. 

Cakap tentang kenduri kahwin teringat bunga manggar tiba-tiba. Sudahnya teringat terus bunga manggar majlis kahwin sendiri.  Lepas tu terfikir "apalah fungsi bunga manggar ni ye?". Gigih pula  nak fikir dan mencari nak dijadikan cerita hujung minggu.

Fungsi Bunga Manggar

Sebenarnya bunga manggar ni bukan lah benda wajib dalam majlis kahwin tapi sekadar salah satu hiasan penting dalam majlis kahwin. Boleh juga dikatakan satu simbolik majlis. Kalau tak ada bunga manggar tu macam kurang seri majlis kahwin lah kaedahnya gitu. 

Bukan majlis kahwin je ada bunga manggar ni, tapi majlis meraikan tetamu orang besar-besar pun ada bunga manggar. Digunakan ketika mengiringi pengantin atau tetamu. Bunga manggar ni macam penghias atau penyeri majlis menyambut dan meraikan. Mencantikkan lagi suasana majlis pun iya juga.


Selain tu, bunga manggar juga digunakan sebagai penunjuk arah ke majlis kahwin yang diletakkan pada papan tanda atau simpang jalan masuk ke rumah pengantin. 

Bunga manggar dilekatkan dengan tanda nama atau banner banting pengantin supaya tetamu tak salah rumah. Iyelah kan, kadang tu dalam masa yang sama dan tempat yang sama ada majlis kahwin yang lain juga.

Dulu-dulu bunga manggar dibuat daripada kertas plastik berkilat yang dililit pada batang lidi dan dicucuk pada buah betik muda. Bila dah siap bunga, buah betik dicucukkan pula pada batang buluh atau kayu sebagai pemegang. 

Biasanya budak-budak je ambil tugas pegang bunga manggar ni mengiringi pengantin. Dah siap iring pengantin lepas tu berebut nak ambil buat main. Bila zaman dah berubah, bunga manggar pun berubah ikut peredaran zaman. 

Fungsi Bunga Manggar

Jenis-jenis bunga manggar

Ada bunga manggar daripada gula-gula, bunga manggar rose, bunga manggar styrofoam dan bermacam-macam lagi lah. Saya suka something yang unik dan timbullah idea nak diy bunga manggar daripada plastik beg merah tu selepas google bermacam style. 

Kelopak bunga tu saya ikut tutorial macam orang buat bunga daripada riben dan saya pilih plastik tu sebab material dia plastik sesuai untuk cuaca hujan panas. Lagi satu, warna plastik bag tu warna pink yang sangat terang. Memang sesuai dengan majlis kahwin bertemakan pink!
 
baca juga : 

Boleh je guna material lain macam kertas crepe atau lain-lain kertas tapi sebab majlis outdoor, takut hujan je. Tak pasal bunga manggar jadi bunga manggar ku musnah nanti. Lagipun guna plastik merah tu sangat jimat kot. 

Kitar semula je plastik yang ada kat dapur tu. Sekarang pun dah bermacam warna plastik ada. Boleh rujuk tutorial link yang saya bagi kat atas tu ye.

Fungsi Bunga Manggar

Nampak tak keunikan bunga manggar yang dah siap ni. Fuhh, berbaloi tau gigih buat sorang-sorang bunga manggar ni. Of courselah kena siapkan awal. Kalau buat last minit memang tak lah nak siapkan. 

Bakal pengantin, kalau nak jimat DIY je. Tapi kalau bajet banyak dan tak cukup masa nak buat, beli je lagi senang kan. Buat sendiri ni memerlukan masa dan kegigihan. Kalau rajin separuh jalan pun tak guna.

Cuti sekolah tak lama lagikan. Mesti banyak majlis kahwin. Bolehlah buat bunga manggar di dari sekarang. Saja bagi idea pada kau orang walaupun dah entri tutorial tu dah bertahun lamanya. Masih berfungsi lagi entri tu untuk dikongsikan.

20 comments:

  1. antara moment yang best untuk diingati ialah majlis bersanding hehehe

    ReplyDelete
  2. Biasanya Bunga Manggar ni perkahwinan sekitar Johor yang banyak guna. Syaza sebagai anak Johor, gi any majlis kahwin selain Johor, jarang nak jumpa Bunga Manggar ni ^^. Kadang-kadang je jumpa tu pun kalau mak bapak pengantin asal Johor hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, setakat ni kat johor masih lagi ON bunga manggar :)

      Delete
  3. Cantiknya kak fiza buat sndiri ke ni?? kalah bunga manggar yg juai dkt kedai tu. Simple cantik. mmg naik sungguh dgn warna busana pengantin tu

    ReplyDelete
  4. xberseri majlis tnpa bunga manggar..
    hihi

    ReplyDelete
  5. Kreatif betul Gizah. Kecik-kecik dulu memang rasa tak sah kalau gi kenduri kahwin tak bawak balik bunga manggar. Sampai menangis-nangis. Hehehe. Ambil tempahan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ambil tempahan. nak buat boleh ikut tutorial yang fiza share tu je :)

      Delete
  6. ada bunga manggar, maksudnya ada orang kawwen..dulu masa kecik2 fikiran nya macam tu la.. hehe

    ReplyDelete
  7. Entah kenapa kalau pi umah orang kawen mesti rasa nak kawen lagi sekali..ehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsalah rasa tu kak. Moga bertemu dengan jodoh yang terbaik kak. Aaminn

      Delete
  8. Bunga manggat buat oenaik seri masa pengantin tiba

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.